Showing posts with label urgh. Show all posts
Showing posts with label urgh. Show all posts

Sunday, November 6

marah itu mudah, sabar itu indah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

jeng jeng. miss me ? :D
alhamdulillah sihat :)


dunia kini penuh pancaroba. banyak ujian datang melanda. emosi manusia celaru dibuatnya. ada yang gagah mengawal, ada juga yang tumbang mengikut hawa nafsu.

apa yang saya nak cakap sebenarnya ialah pasal marah. heee.

banyak aksi menarik berpunca dari marah pernah saya saksikan. tak kisahlah di televisyen atau di depan mata, semua pernah. oh, saya tak suka. sangat tidak suka. t.i.d.a.k. s.u.k.a. okay dah.

mengapa?

pertama sekali, bagi saya orang yang marah sangat tak macho. tengok muka orang yang tengah marah, macam hape. kita tengok pun rasa nak kasi *dush* rasa nak tergelak sebab lawak pun ade HAHA

kedua, sebab saya taksuka suasana tegang. jerit sana sini. isy tak bertamadun, sangat tidak bertamadun. sangat tidak bertamadun. okay terlebih tulis huahua.

ketiga, hasil tak berbaloi. mungkin dapat rasa puas, tapi sekejap je. lepas tu, masalah lain timbul. as for example, marah macam hape, lepas tu sedar dia yang silap, buat malu je. tak pun pecahkan barang mahal beli dari luar negara tak pasal sebab marah. kan dah menyesal. nangis pun dah takde guna :P

keempat, ini,

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.
- Hadis riwayat Bukhari


“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
– Hadith riwayat Bukhari


interpret sendiri. hehe. taklah. tertulis, orang yang paling kuat, orang yang dapat tahan marah. apa lagi, takyah lah nak gaduh gaduh tumbuk berdarah situ sini.

senyum je, banyak pahala :)

sebenarnya ini patut first, tapi saje buat intro kasi gempak bwahaha. maaf maaf :)

marah yang nak dikaitkan dekat sini adalah marah yang terlebih lebih or tak bertempat hoho.

manusia perlu jugak marah kadang kadang kan, kalau tak macamana nak didik anak, ajar murid murid. marah orang nak mengorat ke atau marah yang budak budak jiran yang suka buli kucing. betul tak ?

selain dari tu, takpayah la nak marah marah sangat. chill je lah. nanti kang dapat darah tinggi buat susah badan je, kedut pun dapat. kalau nak sangat marah, baik pergi ambil wudhu'. awet muda gitu. sejuk pun sejuk :)

kadang tu, memang susah. saya sendiri pun kalau dapat ujian dari Allah, kadang kadang lupa, ujian dariNya tanda sayang. banyak yang perlu diperbaiki. jom sama sama insyaAllah :)




p/s ; stay up just for macromedia. esok raya. syahdu je buat ;/
oh ignore bahasa saya, in the mood.
mood nak tulis macam ni ahaks ;)

Friday, August 5

neghang oh neghang

assalamualaikum w.b.t :)

dah lama tak post. pen pon.
okay now nak cerita pasal tempat baru woot.

first day sampai, urrm okay, kuala nerang itu memang bukan bandar la kan -,-
first takesah jugak, sebab tempat tu lawa. but well of course tak selawa palam ;p (jangan compare athirah ! okayokay).

*210711*

masa sampai ada a few students, AJK rasanya jaga kat dewan badlishah for registration. mula mula ingatkan diorang seniors, ghupenya sama umur, what the gila matang. okay biarlah.

then pergi bilik eh no asrama. ohemmgee, that moment memang rindu palam terus. HUAHUA. dia bilik macam dorm ada 4 orang satu bilik. sila bersyukur athirah. bilik dekat dengan tangga so okay lah jugak :) saya bilik F329. oh oh didi punya F326 sungguh dekat ngee :D

oh alhamdulillah takde orentasi. just two days with a few taklimat yang tak membebankan :)

*250711*

hari first start belajar. first class, biology lecture - dah mengantuk XD again rindu palam sebab oh well palam is palam. again, jangan nak compare lah athirah. so far, class semua okay alhamdulillah. kitorang ade 7subjects. banyak tak banyak. agagaga. yang main 3 je, yang lain tu, hmm.

****
sepanjang ada kat sana dah almost 3 weeks, homesick takpayah cakaplah. kedah s.a.n.g.a.t jauh. eh no kuala nerang sangat jauh. nak sampai alor setar je pun 30min itu kalau naik kereta, ini kalau naik bas 1jam -,- tapi saya memang bersyukur paksu maksu ada kat kedah ;)

makanan alhamdulillah lazat. taktahu lah nak cakap kalau nak compare dengan rumah, rumah sentiasa terbaaaik, tapi bolehlah makan. lepas tu, kalau suhu alhamdulillah, takpanas sangat. kadang kadang je terasa bahang dia.

one more thing, the rules. okay it's not that strict. but still, saya pernah masuk U. dan U memang tidak strict, ibuabah nak datang bawak makan or jalan luar anytime pun boleh. balik pkl 11 pun boleh. sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan nikmat itu :)

namun begitu di kmkn, kami seperti di sekolah specifically mrsm. jadi terasa lah terkongkong sikit, sikitlah. ngeee. bak kata cikgu, at least dapatlah rasa ber-mrsm. tapi honestly, shiro yo ;P al-amin is good enough for me ;D

oh one last thing, sini banyak sangaaaaaaaaaaaaaat INSECTS. which is my greatest phobia. masa dekat palam dulu nampak CALI yang tertampal kat bilik Amal je. kat sini, setiap kali masuk toilet nampak, setiap kali pergi bilik huda nampak, setiap kali berus gigi nampak, setiap kali basuh baju nampak. HAAA hebat tak hebat ?

tapi alhamdulillah so far CALI tak kacau saya. only those small insects yang dia gigit sakit ! at first ingatkan takde pape, lama lama jadi gatal macam hape. taktahaaan gatal ;'(


*******

above all,
saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah, beri saya peluang untuk belajar di situ, mengikut perjalanan yang lebih mudah insyaAllah untuk menjadi seorang doktor :) saya hanya perlu bertarung dengan diri sendiri bukan orang lain.

go atey gooo ! insyaAllah saya akan cuba yang terbaik :)



p/s 1 ; taksabar nak habis foundation 1year kat kmkn.
lepas tu pergi rcmp kat ipoh boleh tinggal sendiri :D
and ipoh dekaaaaat dengan KL weehoo.
dulu masa bafan duduk ipoh die balik setiap minggu,
so faham faham la kan XD


p/s 2 ; saya rindu sambut ramadhan dengan roses.
i'tikaf dekat masjid uia ramai ramai tidur kat bilik katil double decker tu. huuu.
the eve of first day of ramadhan kat kmkn, memang banjir la, sebak habis weewoo.
takpe athirah pengalaman baru :)

Thursday, March 24

It's 2 am.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

yeah , it's 2 am . and i can't tell what my heart is telling me right now ;/

yes , today is the day our spm results are finally out , wait it's yesterday .
but I'm not going to write about it just yet . don't get me wrong, I'm seriously happy about my result,

but it's just that , I'm thinking about something and big . and yeah, it's big .
not big like a dinosaur big but big as if BIG lah ! hah , pening kepala. emo jap :p

no turning back , no taking a peek , it's permanent . so adult-y eh .




atey , come on ! if you're going to be what you want , making decisions is all you have to do . you need to be an adult . start to think like an adult . ahh fine ! I'll try my best .

okay I'm starting to talk to myself , need to sleep .









-thanks to bibah and ikoi for listening , they didn't actually listen , they just read what i type :D
-yaAllah , tenangkanlah hati aku sebaik sahaja ku buka mataku esok pagi , amin (:

Friday, March 18

matang

assalamualaikum.

bulan oktober ni, saya akan jadi 18 tahun. sudah bertambah tua dong. perlu tambah matang kan? taknak boleh? :D

bagi saya, bila saya nak jadi matang saya boleh. tapi bila tak ada mood, tak matang la kan. takperlu nak marah, saya suka siapa saya. ohyeah baby!

the thing is, kadang kadang orang dengar 18 tahun, dah nampak orang yang matang, ni, apatah lagi orang 50 + tahun (?) ayoyo !

saya bukan nak cepat mengalah ke ape, tapi tindakan beliau yang begitu tidak mendatangkan hasil kepada mana mana pihak, dan terus nak salahkan orang tanpa tahu kisah sebenar, memang menguji tahap kesabaran gue, paham enggak ? kang takpasal jadi kisah lain.

terfikir jugak, budak budak kat sekolah dulu pun boleh settle masalah secara lebih matang / professional dari beliau, honest!

okay baik, mungkin beliau tengah ada masalah besar yang mungkin saya takkan faham, tapi dia punya kerja memang akan ada banyak masalah pun, tak boleh lah nak lepas kat budak budak kan. memang betul la nak kena. lagi lagi, bila parents saya kena jugak. body glove jugak kang.

dah habis lepas, nak make it up by buying us food. well, bila orang dah offer rezeki, jangan tolak kan, memang enjoy habis habisan la dia belanja :P

tapi dalam hati ni, tahap kecewa, terhina tebal sikit, so nak tengok muka beliau susah la sekarang. ya, saya tahu itu tidak patut. dan jangan risau, saya tak simpan lama pun, takpernah simpan lama pun benda benda ni. buat kacau kepala otak saya yang suci lagi putih. tapi makan masa jugak. so chill out y'all ;D






p/s 1; saya tak decide lagi apa yang patut saya buat.
kalau dia buat lagi sekali macam ni, bye.
tapi nak bye pun,
saya dah sayang housemates saya,
ottoke ?! ;'(

I need GGBS right now ;/


p/s 2; HAPPY BIRTHDAY SHAZWIN SOFINA :')

Wednesday, November 10

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, this week is better, urm, until, today?
Gee. I thought I understand what Sayang felt,
but I was wrong. It was way more painful.

JSYK, this is not about Sayang (:

I do respect her, and I still do.
But I don't know if I have to feel guilty or annoyed.
I'm not going to blame her, as I will not find others' fault anymore.
I'll take the blame for being the nasty neighbour.
But she should know, I'm not the only one who's neglecting.
They can say what they want, but I know what I did wrong & right,
please do not make it big, as if I shot someone in the head.

We're 17. We should handle this problem with maturity.
I'm saying this in a nice tone. Do not misunderstand.
SPM's near. This THING came up. Alhamdulillah, Sayang and Al were there.
I'll try to let it all go away today. Let the light shines tomorrow gracefully (:

Thursday, July 29

Me = Not you


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"I understand."
"I know, I've felt it before"

There are times when those words are the most soothing words that could be said by someone. But there are times, those words are the reason why hatred started to develop in a human heart.

Yeah. Me = Not you.
You can't really understand me. Seriously.
I am not saying that I am a total hypocrite,
who always try to be someone who is a 100% opposite of me.
No, no, that is so wrong.






I am me.
But please, there are limits for everything.
Don't ever pretend to be so understanding when you obviously don't.


Tonight, I am putting everything aside, trying to do what I hope, is right.





Ya Allah, ihdinas sirathol mustaqim.

Thursday, July 22

MALU.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

athirah : ibu kat mana?
ibu : ibu kat melaka.
athirah : ibu, kitorang kalah tadi, dengan budak form 2.
ibu : haha, takpe, diorang muda, banyak energy.
athirah : ye ye, kitorang tua.


beberapa minggu lepas, kecoh kat facebook pasal kawan's netball. mula-mula, pandang sebelah mata, ceh, nak belajar la kan. tiba-tiba nak pulak. ajak far, dia tak mahu. ajak orang orang tertentu. tak mahu juga. akhirnya, tak jadi.

sehari sebelum perlawanan, hazwani tanya, esok kita main tak? saya macam, ha!? nak masuk ke? lepas tu bincang-bincang, ada 5 orang nak masuk(aimi, kaiyisah, hazwani, ikoi, saya). jadi perlukan lagi 3 orang. petang tu, lepas study, jumpa nu'aimah, dia nak join. so lagi 2. pap pap pap, tanya sini situ sana, tak mahu. akhir sekali, aisyah huwaida join. cukup 8.

first day punya game, alhamdulillah, lawan u-kan c, team form 1 dan v.v.i.p, berjaya. ada game yang senyap je, ada game yang tension. awal-awal lagi, badan pon tak betul betul panas, kekuatan mental masih kukuh. alhamdulillah, kami gembira.

second day, lawan commano ni dan team form 4 lagi satu. rintangan (dari semua aspek) semakin kuat. namun begitu, berjaya sampai semi final. kami dapat tahu akan lawan v.v.i.p lagi sekali, pasukan tingkatan 2 yang dipandang tinggi oleh semua.

third day (hari ini), kami lawan mereka. tak boleh nak dinafikan, permainan teruk dari sebelum ini. saya main macam t***. dan saya tahu saya yang menyumbang kemenangan mereka, oh lupa nak bagitau, mereka menang [7 - 6]. bila dah kalah, janganlah nak harapkan senyuman. lagi-lagi bola jaring, emosi pasti tidak stabil DAN kami adalah team tingkatan 5 yang digerunkan sejak hari pertama.

habis main, jumpa kak ira, rasa bersalah tahap apa pada beliau sebab before tu main adehh, bengong punya teruk. salam, tiba-tiba teremosi pulak dah, adehh malu habis. haha. tapi lepas salam tu, kak ira pon bagi kata kata semangat, aiceh, okay lah sikit lepas tu.

and then, lawan for the 3rd place. fuyyoh, hebat ah sokongan untuk waka waka. satu sekolah berkumandang. tapi ntah, saya tak dengar pape pon. mungkin sebab tudung dah lencun, tak dengar. haha. lantai pulak licin tahap tak tahan. kesian nu'aimah. nak lari pon macam kena guna daya yang lebih untuk menahan dari berguling - guling dan akhirnya masuk goal ! heh.

alhamdulillah, finally, kami menang tempat ketiga.
terima kasih kepada semua yang menyokong.

*****

tajuk tu, MALU. hmm, malu ke kalah dengan mereka? tak malu? mustahil. even form 5 lain pon, ada je yang muka macam cuka, sebab, malu, ego runtuh. ye, itu fitrah kita kan. tak boleh nak salahkan sesiapa.

tapi bagi saya, saya tidak malu dengan mereka sebab saya kalah dengan mereka yang lebih muda. mereka memang handal, baguslah demi masa depan sekolah. tapi saya malu sebab lain. jeng jong jeng, muhasabah balik matlamat sebenar join K's Net itu.

lagipun, mungkin pergi ke bengkel physics dengan tenang adalah yang terbaik bagi kami.
saya redha, harapnya rakan-rakan lain juga redha.

uhm, mungkin ini kali terakhir saya main, as if, betul-betul kali terakhir, bukan sebab kecewa. no, no, no. haha. saya cuma penat. lagipun, bakat dah makin tumpul, nanti lepas sekolah lama lama hilang terus. saya main tennis and swim dengan Amru jelah. SUKA ! eh tapi sekarang, saya belajar.

biar menangis kalah sukan, tak nak menangis kalah spm.


p/s : alhamdulillah, saya dah tak rasa apa-apa.
commano ni and v.v.i.p, all the best saya ucapkan (:

Monday, June 28

Selalu

.assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oh it's been a long time since I wrote the previous post, pardon me, I was attacked by the writer's block disease. Eh, as if I'm a real writer. My marks for the language papers are all -___-

Last Wednesday, I went to the teachers' room with Alia and KakSafi. We wanted to ask Mrs. Zaimah something about Masba. One thing leads to another, Mrs. Zaimah asked me a favor, she wanted me to participate in the pentomen :|

I didn't really think about the pentomen, well actually I didn't think about it, at all. Until that Friday, the day we had to stay back for the rehearsal and all. It was so heavy for me to bring my bag. Actually, it was not that heavy but, hmm how should I say this, okay, abaikan. Home-sick kot? Haha, haprak la. I'm matured enough :)

That evening, my soul has already reached home. Text ibu, suruh ibu ambil. I called Wardah to tell her that I'm off to Wangsa Maju already. Blahblahblah, I decided to stay. However, I was such a mess that evening, I don't even know why, rasa nak menangis , but of course la tak kasi orang nampak, esy, malu ler :P Text ibu suruh ambil, AGAIN, but then, tak jadi jugak.

I don't know how I actually felt good being there.
Fun? Yeah, I always had fun being around them, I mean, my friends.
Or maybe the performances just make me feel so excited.
Or maybe Arif was so charming, even though masa tu dia jahat? :D
I don't know, but I was smiling, so perhaps I really did have fun :)

But then, the next morning, maybe I did had a home-sick. Text ibu suruh ambil, and this time I really did went home, at 7.50 p.m. Oh, everything that makes me feel sick just flow away from me the second I step into the car. I felt good. Abah, ibu and me went to Pasar Tani, we had breakfast, we went home, I had a nap for a minute, ready-ready, went back to school as the normal Atey.

Selepas itu, belajar Chemistry. It was such a havoc. Still, it was fun. Aish, suara still kena jaga, astaghfirullah.

Okay this post sounded so weird, okay, you're such a freak Athirah. Whatever, enjoy, good night.

Words from a wise man :
Life is not for the ones who live each day for a reason. Macam tu kot.
And he died alone trying to find the true meaning of life.

So I guess, everything actually does happen for a reason.
Same as the incident of me staying back at school that Friday night.
Maybe nak bagu saya witness kecomelan Wana dan Arif, hahaha.

Just chill out, and live your life to the fullest.
SPM, uhyeah!

All the best for the debat, debate and al-debat teams,
I wish you all the best :)

Thursday, June 10

Turkish delight

.assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Turkish Delight. Sedap ke? Edmund macam sangat suka makanan tu. Hmm, saya tak berapa biasa sangat dengan makanan arab-arab ini, sorry, tapi serius macam sedap je tengok dia makan, okay habis.

Tajuk pon pasal makanan, mestilah post ini pasal makanan bukan? Takkan bergoyang pokok kalau tak ada angin. Takkan air mata membasahi pipi, kalau tiada ransangan yang mengusik hati.

Takkan tersenyum kita semua hari ini kalau tahu keputusan kimia bagaimana
(oh, cikgu hasnah dah warning, gila seram)
Hah, tak pasal berbahasa bunga. Saya belum ambil periksa Bahasa Melayu la :)

Dulu-dulu, masa muda muda, saya boleh makan semua makanan. Apa saja makanan la, maksudnya tak ada lah alahan. Malang sekali, semua itu hanyalah kenangan manis yang telah ditinggalkan di tepi jalan.

Sejak darjah 5 or 6, tak ingat, setiap kali makan ayam, hidung macam apa je jadi. Dah macam music player pon boleh -___- '
One thing leads to another. Resdung saya gets worse from time to time.

Mula-mula ayam, kemudian saya jadi abnormal bila makan udang, kemudian sotong, kemudian ais, kemudian telur
(eh tapi telur punya kesan, jarang) and akhir sekali, belacan.

Haisy, belacan tu la yang paling perit menahan, lidah saya ni kalau tak rasa pedas setiap kali makan, macam loya je tekak nak telan. Tapi kalau makan belacan, adeeeeh.


Ayam, susah nak jumpa budak budak zaman sekarang tak suka ayam. Jadi, fahamilah keadaan saya. Udang, bolehlah tahan. Tak gila sangat.

Sotong pon, cuma kalau makan nasi lemak Pak Yeob atau nasi lemak makcik lorong tepi tu, mesti nak sambal sotong. Uh sedapnya! Ais, ini pon sama, lidah dah dari kecik minum ais, macam mana lah bila dah tua ni baru nak pantang, minum air panas. Erk, menderita.


Saya kalau nak sihat sepenuhnya, memang kena pantang semua itu. Jelaslah kan, memang susah saya nak sihat sepenuhnya.

Selsema tu kalau tak makan benda-benda tu pon, pagi-pagi mesti kena, ni kalau makan, huuuuuuuh, air paip bocor.
(maaf, macam geli, ahaha :P) Kalau teruk sangat, kena semput pulak. Huh huh huh.


Dugaan kan? Saya tahu ada sebab saya alah kepada semua benda itu, mungkin suruh makan sayur, memandangkan saya tak suka sayur (eh tapi saya tengah belajar makan sayur, still tak sedap, tapi bolehlah telan).

Tapi dah nama pon manusia kan? Nak makan tu nak makan ni, semua nak telan :P Lagi lagi yang sedap dan tidak begitu bermanfaat.



Sekarang ni, saya target nak pantang dua dulu, AYAM DAN AIS. Saya target dua yang major ni, sebab kalau saya berjaya, yang lain insyaAllah boleh.

Well, sikit-sikit lama lama jadi bukit. Kalau nak pantang semua terus, kan kempunan, jadi apa tak tau. Bila jumpa, jadi orang kebulur, adeh seram betul.




ADA SESIAPA ADA METHOD UNTUK BERPANTANG?
*ini tidak sama macam pantang orang bersalin. sila ambil notis*


Itulah kisah hidup saya. Saya alah kepada banyak jenis makanan. Chill out.
Bradley Cooper kacak okay.

Saturday, May 1

Liverpool

Assalamualaikum w.b.t.

Oh a quick notice , don't stop can't stop is a cool one from them , loving it. I don't stop , coz' I can't stop , till I reach the TOP. Uuuyeah!

---------

I walk alone everyday, in the morning when I am walking to my bus stop and when I was walking home in the evening. Well actually , I walk with the elementary school students each morning and I always get that "where in the world is she heading to?" kind of expression in their faces.

Duh of course , I was walking directly to their school gate. It was irritating at first , but after awhile , whatever , it's not like I'm committing any crime. Besides they are just kids :P


So, when I was walking home under the sky that I can't described how hot it is , I always hoped for someone to accompany me. I'm all alone walking at such a quiet road.

Then , one day , there was this couple, an Indian couple doing stuff in the middle of the road , I took the other way,
the hotter way , well, I don't care , I don't want to walk in between them. I thought it is just another adventurous day of my life. But actually , thing gets better each day.

The next day , another couple sat there and played some music that I can't translate , loudly , dancing and singing together , it was a fun walk for me. And you know , it gets better and better each day , the next day two Chinese veterans were collecting the rubbish and so on. There's always interesting people in the middle of the road doing unusual things.

Well , as long it is not something wrong and they are good people , I don't care what they do and I'm thankful for them to be there. At least, my worries reduced a little bit. I always thought about holding my knife when I walk back home or a pair of scissors maybe. It's scary.



Huh. What a wonderful world :D
I would love to have an ex-taiko teman balik rumah :)

Saturday, March 20

Human fair

Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun, ibu ajak pergi Book Fair Kat PWTC. Saya tak kesah , anyway ada novel buku nak cari so kalau murah mungkin boleh la capai satu dua dan tidak lupa , buku latihan.

Abah ada kelas di OUM. Hantar abah, terus parking kat The Mall. Jalan pergi PWTC, bilangan manusia, okay. Ramai yang masuk dari yang balik. Ibu awal-awal dah cakap, sebelum tengahari kena keluar. Okay set!

Sampai-sampai pintu masuk , tengok seorang lelaki keluar , saya terbayang diri saya keluar , mesti puas , sebab saya tahu kat dalam nanti mesti seksa. Masuk , jalan - jalan. Nampak MPH punya booth. Intai buku yang dicari , jumpa. Harga lebih kurang. Oh , buku itu sudah di-movie-kan, tapi saya akan baca dulu sebelum tengok movie dia, tak kira. Itu memang style saya. Tapi, tak jadi pon beli. Harga mahal juga, hampeh.

Teruskan perjalanan. Nampak Quran Tafsir yang macam Syaza and Mirer. Yang warna merah jambu dan biru lawa. Tapi tak beli. Ibu tengok buku-buku ibu and buku motivasi for Amru. Saya pula dah start pening , saya kalau pergi mana-mana pesta , tak sah kalau tak pening. Banyak sebab. Antaranya ;

1; Saya rasa sesak , lemas , tak dapat oksigen.
2; Banyak sangat minyak wangi bercampur = TENGIK.
3; Bau mulut orang merokok.
Nak tampar je rasa , eh tak , tumbuk !

4; Air-cond sentiasa buat kepala saya sakit.
5; Orang gelabah nak cepat, tolak-tolak.
6; Semua manusia nak bagi flyers ke apa ntah tu.
7; Muzik yang bercampur-campur. Tambah tension.
8; Orang suka berhenti tengah dunia walaupun tahu tengah sesak.
9; Budak-budak menjerit + menangis.
(saya suka budak-budak, tapi tolonglah)

10; Penjual yang taknak lepaskan saya kalau saya taknak beli.


Ha kan dah. Panjang jugak tapi memang pon. Jalan-jalan jumpa kedai jual buku Solusi, belilah yang latest punya. Then naik atas , jumpa kedai cenderamata , ibu bafan beli pen , saya beli bookmark dan highlight bunga. Pening jadi okay sikit. Ibu sambung tengok buku-buku ibu. Saya dah macam "Ahhhh! Nak balik!"

Jalan lagi dan lagi, kakak seorang tu, pegang cardboard tunjuk kat sana ada lagi booth banyak. Ibu dah jalan ke depan , saya ikut jelah. Kakak tu buat muka bengang. Eh , dia patut bersyukur untuk saya even berada kat situ. Patut lari keluar je.

Ibu dah beli a few buku untuk ibu tapi tak habis pusing lagi sebenarnya. Saya ajak ibu keluar , kami pon dah lapar , tak breakfast , jadi pergi kat luar , makan nasi goreng. Before kitorang beli makanan , saya nampak ada satu je meja kosong , saya suruh Bafan duduk. Bila Bafan on the way pergi meja tu , ada tiga wanita datang dari arah lain target meja sama , haha. Tiba-tiba, bunyi meletup kuat gila! Wanita tu terkejut, Bafan tidak. So, Bafan sampai dulu. Alhamdulillah. Sampai rumah baru sedar , tak jumpa pon buku latihan , teruk betul. HAHA. Habis. Saya selalu serik taknak pergi lagi dah, tapi nanti mesti pergi lagi. Haisy.


P/s: Iktikaf itu hari seronok. Tapi tak sampai habis. Sedih. Hmm.

Friday, March 12

7

Assalamualaikum.

WHAT A WEEK :(

For those who shared one or two classes with me.
They probably know.
I had stayed at home for the last 7 days,
It was all because of my nose ;O
Again, don't ask me what happened.
The only answer I would give is,
Saya telah bergaduh dengan boyfriend. Bye.
SEDIH ;'(




This is really making me sad. Even more, the last year SPM result went out yesterday. All kind of result I'd heard. Oh my, my heart climbed up to my throat already. Plus, in the family, I'm the only one who's taking the big exam this year. Just like every other years, when I was taking the big exam, every one in the family, I meant, the whole FAMILY, asked about me. Fiyuh. That is another motivation for me. Please pray for my success. Thanks.







I'll try my best.
InsyaAllah.
Let's do it g4squared.
May Allah guide our paths to success.
Amen~

Friday, February 26

CINTA BERPULUH SEGI

assalamualaikum.

kembali ke mode bahasa melayu eh ke bahasa malaysia? pening oh dengan malaysia ni. nama bahasa pon boleh tukar tukar, macam apa saja. dah, habis. saya tak paham bab politik.

tajuk kali ini tuan tuan puan puan, macam hebat? takdalah hebat mana pon, saja nak buat gempak.

kita sayang orang itu. orang itu sayang kita. tapi ada juga yang kita sayang orang itu, orang itu sayang orang ini, orang ini pula yang sayang kita. hesy, manusia dan karenahnya, memang pelik.

saya suka buat kawan. tak kisahlah orang tua ke muda ke, melayu ke bukan, ceh, padahal melayu je setakat ni, insyaAllah someday, wuhuuu. yang suka pink ke yang suka hitam, yang suka menari ke yang suka menyanyi. tak kisah. asalkan tak buat kawan dengan saya untuk kawan dengan orang lain.

ha. itulah isi penting karangan kali ini. sejak sekolah rendah lagi sebenarnya, ada empat lima senior rapat dengan saya sebab minat abang-abang saya(?) haha. itu tak kisah pon, asalkan ikhlas berkawan, saya faham sebab saya pon pernah(?) ceh, takdalah. joking joking. eh, ke betul? :P

tapi kalau yang jenis berkawan dengan saya sebab nak berkawan dengan orang lain atau nak tahu menahu pasal orang lain, esy, agak pantang sebenarnya. kalau tak jelas dan nyata tidak mengapa, tetapi, jelas dan terlebih nyata, bila bersama, apa yang dibincangkan hanya mengenai lagi seorang. tidak pernah lebih. cuba bayangkan. bagaikan minum air kopi pekat tidak bergula, atau bagaikan menelan sos cili terus dari botolnya. boleh bayang perasaan itu?

apa-apa pun, kalau hendak berkawan mestilah ikhlas kerana Dia. bukan kerana harta benda, manusia atau duit. semua adalah kerana Dia. dan ingat, segala pertemuan pasti bertemu perpisahan. jika kita dapat merasa sesuatu akan dirindui jika si kawan itu pergi, bolehla dinamakan kita ikhlas berkawan. kalau rasa macam angin lalu saja, dah sah .....? faham sendiri.

kali ini, saya menulis melalui pengalaman? cerita orang lain? sinopsis dari drama tv? hemm, apa-apa sajalah, asalkan point saya sampai, insyaAllah. silalah fahami perasaan orang yang dijadikan orang tengah itu. adakah beliau hanya seperti posmen yang tidak berperasaan menghantar surat ke sana sini atau letih...? huuuh. tamat :





sukan, al-falah menang. tahniah.
dahsyat betul tekad mereka,
semasa merentas desa.
kawan kawan ting 5 yang berusaha,
untuk tahun terakhir, tahniah.
saya? yang penting saya sertai merentas desa :D

Monday, February 15

Big Dream


NAK MAIN BOWLING ;(

The last time my family went, I stayed at home, I had to finish my Biology presentation. Huuu ;( Now, I'm free. Everybody else is busy.




Please come prince charming,
on your beautiful white horse.
bring me to the island of bowling
Let us play happily together.
- kempunan main bowling, inilah hasilnya -____-'

Thursday, January 21

Aduhai kakiku sayang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Hmm, kakiku?
Cerita pendek saja la.

Semalam, saya sebenarnya kena pulang lambat kerana ada tugasan pustakawan.
Namun begitu, apabila saya tanya pada Huwaida, katanya dia pulang awal, tidak jadi untuk pergi. Saya pun memutuskan untuk pulang awal, yeay! Dalam hati sewaktu sedang bersyabab bersama rakan seperjuangan yang semangat berkuiz, sekejap lagi lari dengan penuh semangat pergi telefon ibu untuk beritahu saya akan pulang awal.

Biasalah, saya manusia. Saya terlupa. Berjalan ke bas seperti biasa, cuma saya terlebih laju daripada kawan-kawan lain, tidak kisahla. Singgah di Al-Bustan, beli air bandung yang memang kaww. Sedap. Di kepala, bermain idea untuk pinjam telefon bimbit pakcik cermin mata lagi sekali. Naik bas, terlupa lagi. Adus. Jalan keluar terakhir, pinjam duit syiling GBSku, kerna duit saya sudah habis. Lagi sekali, terlupa.

Lompat turun dari bas di tempat istimewaku, oh tidaaaak~
Apa nak buat, saya memang pasti tiada jalan lain, selain jalan kaki. Jadi, bermulalah perjalanan yang penuh rintangan, rintangan = jauh, jauh dan jauh. HOHO. Hari-hari naik kereta lalu, terasa dekat saja dengan rumah. Mula-mula, tak kisah sangat. Sewaktu berjalan, setiap 20 saat tengok depan lepas tu pandang bawah, setiap kali angkat muka, jauh lagi perjalanan. Fiyuh.

Jumpa seorang makcik Cina, saya senyum, dia tengok muka saya macam saya alien dari planet Drool. Heh, biarlah. Jalan-jalan. Jumpa murid sekolah juga, pun saya ditengok macam alien. Apa-apa jelah. Alien pon alienlah. 3 saat setengah kemudian, Broooom kereta kak Najlaa berlalu pergi. Tengok-tengok dalam kereta penuh. Takpelah, ingatkan nak tumpang. Kemudian, ada dua tiga kereta murid Al-Amin juga, tapi semua berjalan ke arah bertentangan, hmm, takdir. Heh, kalau ya pun, takkan saya tebalkan muka untuk tumpang. Dah dekat dah pon.

Sampai-sampai rumah, tengok jam, fiyuh, 18-20 minit berjalan di bawah kepanasan Malaysia yang memang menguji ketahanan mental. Badan rasa letih campur dengan selsema yang tak elok dari minggu lepas, boom! Tidur. Bangun-bangun, lagilah letih. Hmm, inilah, otot-ototku yang telah lama dibiarkan bersenang lenang. Takpa, sukan akan bermula, aktif kembali. Huhu. Oh, saya check poket seluar malam itu, ada RM1, haish, memang dugaan. Hahaha. Hmm tak pendek pun cerita ini.


*teruk, masa sukan saja jadi aktif :P
*tak apa, rumah baru ada tennis court dan pool! gembira! :D


p/s: bila saya post dalam BM, ayat macam BI pula. Bahasa Indonesia ya ;) apa-apalah, tak kesah, UWEK!

Saturday, December 5

Please, go away.

peace be upon you.

Hmm,
When it starts, last year,
I can't help, but,
to feel excited about it.
Every single thing,
that I had to sacrifice,
for it's sake,
I would do it with pleasure.
*****

Seeing others,

also feeling the same.
Drew a smile on my face.
But of course,
to have that pleasant smile,
tears shall fall,
and pain should come.
*****
After 11 months,
through all the hard work and waiting,
there's only a few hours left,
before THE day arrives,
*****

but why,
why am I feeling like this?
As if there's no interest,
no desire no nothing,
urgh!
I hate this feeling and it scares me.
*****

Maybe I was thinking too much,
maybe, I feel that I'm not strong enough,
Ohmy, whatever the reason is,
I pray for it to go away,
far far away.

Please, just go away.

Sunday, October 4

Salesgirls, important?

peace be upon you.

Yesterday, I went to Giant Permata with Ibu, just to do a little shopping. Blouses and stuffs. Since my taste and Ibu's are different, I just stood beside ibu while ibu chose her blouse. Well, I guess it's in our blood the hard-to-choose-our-clothes attitude. From Ibu to Balep to Bajie to me. So, lamelah juga tunggu ibu pilih baju.

Then, Ibu tried the blouses. While I was waiting outside, the salesgirl or saleswoman(?), whatever, promoted a thousand type of blouses, pants and jubah. I wasn't in the mood at that time, so I acted like I wanted to buy it. HAHA.

When I touch this, she told me the price. When I touch that, she told me the price. I wanted to laugh it out loud, semangat betul. But, control la kan. So I walked around the shop, and guess what, she followed me like a stalker. When I was about to touch this beautiful shirt, she peeked on me. AAH, SCARY!

Thank god, another family came. So she had something to do else than scaring me. I went to the fitting room area again. Ibu asked my opinion. Blablabla. As I turned around, waaah! the scary saleswoman was already in front of me. She asked about Ibu's blouse. I said it was okay just a little fit, she took another one which is bigger. She put in on ibu's door and said "kak, ini saiz akak!"

At that time, I knew this woman is really desperate to sell something. As we walked out the shop, I told ibu what happened, ibu said, it's different in the States, they greet us, they'd ask if we need anything, then call them if we need anything. So the customer could choose more happily and more comfortably.
End

***********************

It's official! I'm 16! Have to act a little bit more mature, huh?
Next year, I would be thinking about THE DAY more than my birthday.
What day? SPM, of course. 17 weh! HAHA.

Friday, September 11

I just can't

peace be upon you.

Everyone has their own fear. Heights, Sea, Water, Cats, Darkness etc.
As for me, the biggest ones are
cockroaches and maggots!

Take a look! Even it's only in a picture,
it makes me feel like they are running, crawling and sliding? on me.
AAA! Seriously, I fear them :P



You think that's eeuuuww-y, think again! Check this out. HAHA.



Maggot and cockroaches for dinner,
I just can't believe that a normal people
could even think about making these two as dishes.
UWAAAA!