Thursday, June 10

Turkish delight

.assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Turkish Delight. Sedap ke? Edmund macam sangat suka makanan tu. Hmm, saya tak berapa biasa sangat dengan makanan arab-arab ini, sorry, tapi serius macam sedap je tengok dia makan, okay habis.

Tajuk pon pasal makanan, mestilah post ini pasal makanan bukan? Takkan bergoyang pokok kalau tak ada angin. Takkan air mata membasahi pipi, kalau tiada ransangan yang mengusik hati.

Takkan tersenyum kita semua hari ini kalau tahu keputusan kimia bagaimana
(oh, cikgu hasnah dah warning, gila seram)
Hah, tak pasal berbahasa bunga. Saya belum ambil periksa Bahasa Melayu la :)

Dulu-dulu, masa muda muda, saya boleh makan semua makanan. Apa saja makanan la, maksudnya tak ada lah alahan. Malang sekali, semua itu hanyalah kenangan manis yang telah ditinggalkan di tepi jalan.

Sejak darjah 5 or 6, tak ingat, setiap kali makan ayam, hidung macam apa je jadi. Dah macam music player pon boleh -___- '
One thing leads to another. Resdung saya gets worse from time to time.

Mula-mula ayam, kemudian saya jadi abnormal bila makan udang, kemudian sotong, kemudian ais, kemudian telur
(eh tapi telur punya kesan, jarang) and akhir sekali, belacan.

Haisy, belacan tu la yang paling perit menahan, lidah saya ni kalau tak rasa pedas setiap kali makan, macam loya je tekak nak telan. Tapi kalau makan belacan, adeeeeh.


Ayam, susah nak jumpa budak budak zaman sekarang tak suka ayam. Jadi, fahamilah keadaan saya. Udang, bolehlah tahan. Tak gila sangat.

Sotong pon, cuma kalau makan nasi lemak Pak Yeob atau nasi lemak makcik lorong tepi tu, mesti nak sambal sotong. Uh sedapnya! Ais, ini pon sama, lidah dah dari kecik minum ais, macam mana lah bila dah tua ni baru nak pantang, minum air panas. Erk, menderita.


Saya kalau nak sihat sepenuhnya, memang kena pantang semua itu. Jelaslah kan, memang susah saya nak sihat sepenuhnya.

Selsema tu kalau tak makan benda-benda tu pon, pagi-pagi mesti kena, ni kalau makan, huuuuuuuh, air paip bocor.
(maaf, macam geli, ahaha :P) Kalau teruk sangat, kena semput pulak. Huh huh huh.


Dugaan kan? Saya tahu ada sebab saya alah kepada semua benda itu, mungkin suruh makan sayur, memandangkan saya tak suka sayur (eh tapi saya tengah belajar makan sayur, still tak sedap, tapi bolehlah telan).

Tapi dah nama pon manusia kan? Nak makan tu nak makan ni, semua nak telan :P Lagi lagi yang sedap dan tidak begitu bermanfaat.



Sekarang ni, saya target nak pantang dua dulu, AYAM DAN AIS. Saya target dua yang major ni, sebab kalau saya berjaya, yang lain insyaAllah boleh.

Well, sikit-sikit lama lama jadi bukit. Kalau nak pantang semua terus, kan kempunan, jadi apa tak tau. Bila jumpa, jadi orang kebulur, adeh seram betul.




ADA SESIAPA ADA METHOD UNTUK BERPANTANG?
*ini tidak sama macam pantang orang bersalin. sila ambil notis*


Itulah kisah hidup saya. Saya alah kepada banyak jenis makanan. Chill out.
Bradley Cooper kacak okay.

1 comment:

.ikOi said...

turkish delight macam sedap kan edmund makan? teringin ngeeee ;P

boleh tak saya bg tips saya yg mnggunakan teknik "malas makan". HAHA