Saturday, March 20

Human fair

Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun, ibu ajak pergi Book Fair Kat PWTC. Saya tak kesah , anyway ada novel buku nak cari so kalau murah mungkin boleh la capai satu dua dan tidak lupa , buku latihan.

Abah ada kelas di OUM. Hantar abah, terus parking kat The Mall. Jalan pergi PWTC, bilangan manusia, okay. Ramai yang masuk dari yang balik. Ibu awal-awal dah cakap, sebelum tengahari kena keluar. Okay set!

Sampai-sampai pintu masuk , tengok seorang lelaki keluar , saya terbayang diri saya keluar , mesti puas , sebab saya tahu kat dalam nanti mesti seksa. Masuk , jalan - jalan. Nampak MPH punya booth. Intai buku yang dicari , jumpa. Harga lebih kurang. Oh , buku itu sudah di-movie-kan, tapi saya akan baca dulu sebelum tengok movie dia, tak kira. Itu memang style saya. Tapi, tak jadi pon beli. Harga mahal juga, hampeh.

Teruskan perjalanan. Nampak Quran Tafsir yang macam Syaza and Mirer. Yang warna merah jambu dan biru lawa. Tapi tak beli. Ibu tengok buku-buku ibu and buku motivasi for Amru. Saya pula dah start pening , saya kalau pergi mana-mana pesta , tak sah kalau tak pening. Banyak sebab. Antaranya ;

1; Saya rasa sesak , lemas , tak dapat oksigen.
2; Banyak sangat minyak wangi bercampur = TENGIK.
3; Bau mulut orang merokok.
Nak tampar je rasa , eh tak , tumbuk !

4; Air-cond sentiasa buat kepala saya sakit.
5; Orang gelabah nak cepat, tolak-tolak.
6; Semua manusia nak bagi flyers ke apa ntah tu.
7; Muzik yang bercampur-campur. Tambah tension.
8; Orang suka berhenti tengah dunia walaupun tahu tengah sesak.
9; Budak-budak menjerit + menangis.
(saya suka budak-budak, tapi tolonglah)

10; Penjual yang taknak lepaskan saya kalau saya taknak beli.


Ha kan dah. Panjang jugak tapi memang pon. Jalan-jalan jumpa kedai jual buku Solusi, belilah yang latest punya. Then naik atas , jumpa kedai cenderamata , ibu bafan beli pen , saya beli bookmark dan highlight bunga. Pening jadi okay sikit. Ibu sambung tengok buku-buku ibu. Saya dah macam "Ahhhh! Nak balik!"

Jalan lagi dan lagi, kakak seorang tu, pegang cardboard tunjuk kat sana ada lagi booth banyak. Ibu dah jalan ke depan , saya ikut jelah. Kakak tu buat muka bengang. Eh , dia patut bersyukur untuk saya even berada kat situ. Patut lari keluar je.

Ibu dah beli a few buku untuk ibu tapi tak habis pusing lagi sebenarnya. Saya ajak ibu keluar , kami pon dah lapar , tak breakfast , jadi pergi kat luar , makan nasi goreng. Before kitorang beli makanan , saya nampak ada satu je meja kosong , saya suruh Bafan duduk. Bila Bafan on the way pergi meja tu , ada tiga wanita datang dari arah lain target meja sama , haha. Tiba-tiba, bunyi meletup kuat gila! Wanita tu terkejut, Bafan tidak. So, Bafan sampai dulu. Alhamdulillah. Sampai rumah baru sedar , tak jumpa pon buku latihan , teruk betul. HAHA. Habis. Saya selalu serik taknak pergi lagi dah, tapi nanti mesti pergi lagi. Haisy.


P/s: Iktikaf itu hari seronok. Tapi tak sampai habis. Sedih. Hmm.

5 comments:

Insyirah said...

Aha..ana pn dah pergi. Alah..ana buat tak tahu je tau kat promoters tu. Tak larat rasenya nak layan..huhu

atey said...

HAHA.
Ana memang buat taktahu je.
Tapi nanti mak ana tegor,
kesian diorang penat2 buat flyers tu.
Akur saja. Hehe.

Norashikin Tajuddin said...

erm da bertahun2 cg x pergi book fair ke..pc fair ke..cg x berminat sbb bergesel2 dgn org ramai..geliii..cg nak beli komp ke ape ke..g low yat jer..x pe mahak 2 3 hinggit asalkan x sesak napas..

amzyami said...

ana dah pgi bookfair dan beli 7 komik serta 3 novel yang ana dah habiskan sebelum sekolah mula (hari ini). namun, berita sedihnya adalah ana tak penuhi impian cuti ana yakni untuk fahamkan integration sefaham-fahamnya. hahahahahahahhahahaha

pemilikblogindahini said...

cikgu; ana taksuka jugak. tapi taktahu nape, ana stil nak pegi. huhu. ana tak kerja, duit sikit, ana kene beli yg murah2 kat book fair/pc fair, xmampu kat lowyat punya. HAHA.



mirer; i bought jugak hari tu tp kat mph, dua novel, ayah ana da warning, cepat2 habiskan. haha. OH, ana dengar impian nt psl integration tu waktu iktikaf. sabar ye mirer. BERUSAHA! :)