Thursday, July 22

MALU.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

athirah : ibu kat mana?
ibu : ibu kat melaka.
athirah : ibu, kitorang kalah tadi, dengan budak form 2.
ibu : haha, takpe, diorang muda, banyak energy.
athirah : ye ye, kitorang tua.


beberapa minggu lepas, kecoh kat facebook pasal kawan's netball. mula-mula, pandang sebelah mata, ceh, nak belajar la kan. tiba-tiba nak pulak. ajak far, dia tak mahu. ajak orang orang tertentu. tak mahu juga. akhirnya, tak jadi.

sehari sebelum perlawanan, hazwani tanya, esok kita main tak? saya macam, ha!? nak masuk ke? lepas tu bincang-bincang, ada 5 orang nak masuk(aimi, kaiyisah, hazwani, ikoi, saya). jadi perlukan lagi 3 orang. petang tu, lepas study, jumpa nu'aimah, dia nak join. so lagi 2. pap pap pap, tanya sini situ sana, tak mahu. akhir sekali, aisyah huwaida join. cukup 8.

first day punya game, alhamdulillah, lawan u-kan c, team form 1 dan v.v.i.p, berjaya. ada game yang senyap je, ada game yang tension. awal-awal lagi, badan pon tak betul betul panas, kekuatan mental masih kukuh. alhamdulillah, kami gembira.

second day, lawan commano ni dan team form 4 lagi satu. rintangan (dari semua aspek) semakin kuat. namun begitu, berjaya sampai semi final. kami dapat tahu akan lawan v.v.i.p lagi sekali, pasukan tingkatan 2 yang dipandang tinggi oleh semua.

third day (hari ini), kami lawan mereka. tak boleh nak dinafikan, permainan teruk dari sebelum ini. saya main macam t***. dan saya tahu saya yang menyumbang kemenangan mereka, oh lupa nak bagitau, mereka menang [7 - 6]. bila dah kalah, janganlah nak harapkan senyuman. lagi-lagi bola jaring, emosi pasti tidak stabil DAN kami adalah team tingkatan 5 yang digerunkan sejak hari pertama.

habis main, jumpa kak ira, rasa bersalah tahap apa pada beliau sebab before tu main adehh, bengong punya teruk. salam, tiba-tiba teremosi pulak dah, adehh malu habis. haha. tapi lepas salam tu, kak ira pon bagi kata kata semangat, aiceh, okay lah sikit lepas tu.

and then, lawan for the 3rd place. fuyyoh, hebat ah sokongan untuk waka waka. satu sekolah berkumandang. tapi ntah, saya tak dengar pape pon. mungkin sebab tudung dah lencun, tak dengar. haha. lantai pulak licin tahap tak tahan. kesian nu'aimah. nak lari pon macam kena guna daya yang lebih untuk menahan dari berguling - guling dan akhirnya masuk goal ! heh.

alhamdulillah, finally, kami menang tempat ketiga.
terima kasih kepada semua yang menyokong.

*****

tajuk tu, MALU. hmm, malu ke kalah dengan mereka? tak malu? mustahil. even form 5 lain pon, ada je yang muka macam cuka, sebab, malu, ego runtuh. ye, itu fitrah kita kan. tak boleh nak salahkan sesiapa.

tapi bagi saya, saya tidak malu dengan mereka sebab saya kalah dengan mereka yang lebih muda. mereka memang handal, baguslah demi masa depan sekolah. tapi saya malu sebab lain. jeng jong jeng, muhasabah balik matlamat sebenar join K's Net itu.

lagipun, mungkin pergi ke bengkel physics dengan tenang adalah yang terbaik bagi kami.
saya redha, harapnya rakan-rakan lain juga redha.

uhm, mungkin ini kali terakhir saya main, as if, betul-betul kali terakhir, bukan sebab kecewa. no, no, no. haha. saya cuma penat. lagipun, bakat dah makin tumpul, nanti lepas sekolah lama lama hilang terus. saya main tennis and swim dengan Amru jelah. SUKA ! eh tapi sekarang, saya belajar.

biar menangis kalah sukan, tak nak menangis kalah spm.


p/s : alhamdulillah, saya dah tak rasa apa-apa.
commano ni and v.v.i.p, all the best saya ucapkan (:

4 comments:

Anonymous said...

yeahh..tempat ke 3 pun da ok..hehe
Allah da aturkan kene fokus kat klas fizik uh..enjoy ur self..jgn tensen2..

ateyyyy said...

alhamdulillah (:
betul betul, kena fokus belajar!

Khalilah Alhuda said...

main untuk puas.
xmenang, tp puas ok la tu :)

dah, spm! spm!

ateyyyy said...

puas lah jugak :D

yes, spm!