Thursday, January 21

Aduhai kakiku sayang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Hmm, kakiku?
Cerita pendek saja la.

Semalam, saya sebenarnya kena pulang lambat kerana ada tugasan pustakawan.
Namun begitu, apabila saya tanya pada Huwaida, katanya dia pulang awal, tidak jadi untuk pergi. Saya pun memutuskan untuk pulang awal, yeay! Dalam hati sewaktu sedang bersyabab bersama rakan seperjuangan yang semangat berkuiz, sekejap lagi lari dengan penuh semangat pergi telefon ibu untuk beritahu saya akan pulang awal.

Biasalah, saya manusia. Saya terlupa. Berjalan ke bas seperti biasa, cuma saya terlebih laju daripada kawan-kawan lain, tidak kisahla. Singgah di Al-Bustan, beli air bandung yang memang kaww. Sedap. Di kepala, bermain idea untuk pinjam telefon bimbit pakcik cermin mata lagi sekali. Naik bas, terlupa lagi. Adus. Jalan keluar terakhir, pinjam duit syiling GBSku, kerna duit saya sudah habis. Lagi sekali, terlupa.

Lompat turun dari bas di tempat istimewaku, oh tidaaaak~
Apa nak buat, saya memang pasti tiada jalan lain, selain jalan kaki. Jadi, bermulalah perjalanan yang penuh rintangan, rintangan = jauh, jauh dan jauh. HOHO. Hari-hari naik kereta lalu, terasa dekat saja dengan rumah. Mula-mula, tak kisah sangat. Sewaktu berjalan, setiap 20 saat tengok depan lepas tu pandang bawah, setiap kali angkat muka, jauh lagi perjalanan. Fiyuh.

Jumpa seorang makcik Cina, saya senyum, dia tengok muka saya macam saya alien dari planet Drool. Heh, biarlah. Jalan-jalan. Jumpa murid sekolah juga, pun saya ditengok macam alien. Apa-apa jelah. Alien pon alienlah. 3 saat setengah kemudian, Broooom kereta kak Najlaa berlalu pergi. Tengok-tengok dalam kereta penuh. Takpelah, ingatkan nak tumpang. Kemudian, ada dua tiga kereta murid Al-Amin juga, tapi semua berjalan ke arah bertentangan, hmm, takdir. Heh, kalau ya pun, takkan saya tebalkan muka untuk tumpang. Dah dekat dah pon.

Sampai-sampai rumah, tengok jam, fiyuh, 18-20 minit berjalan di bawah kepanasan Malaysia yang memang menguji ketahanan mental. Badan rasa letih campur dengan selsema yang tak elok dari minggu lepas, boom! Tidur. Bangun-bangun, lagilah letih. Hmm, inilah, otot-ototku yang telah lama dibiarkan bersenang lenang. Takpa, sukan akan bermula, aktif kembali. Huhu. Oh, saya check poket seluar malam itu, ada RM1, haish, memang dugaan. Hahaha. Hmm tak pendek pun cerita ini.


*teruk, masa sukan saja jadi aktif :P
*tak apa, rumah baru ada tennis court dan pool! gembira! :D


p/s: bila saya post dalam BM, ayat macam BI pula. Bahasa Indonesia ya ;) apa-apalah, tak kesah, UWEK!

2 comments:

syifa' kamarudin said...

aduhai kakimu sayaaannnnnnngggg

:)

Norashikin Tajuddin said...

jadi kakak f5 contoh..jgn asek 'ngelat' ponteng aktiviti perjumpaan..