Showing posts with label mardhatillah. Show all posts
Showing posts with label mardhatillah. Show all posts

Thursday, October 18

cinta di dalam udara

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
tajuk itu sejujurnya adalah direct translation kepada frasa popular, love is in the air >.<


"andai gula tahu betapa manisnya cinta, 
pasti gula tersipu kerana manisnya gula itu tidak seberapa"
- Jalaluddin Rumi

eh apa ni? geli geleman dengar.

sabar sahabat, sabar. jangan geli lagi,
kerana ini bukanlah cinta biasa :')
serius cakap !

******

aku gembira, bahagia, 
apa yang jiwaku rasakan kini adalah ketenangan, syukur alhamdulillah

melihat wajah mereka, sungguh hati ini seperti berbunga mekar
masalah di bahu seperti semuanya hilang 
di bawa terbang merpati putih ciptaan Ilahi yang indah

dikala aku meluangkan masa bersama mereka
setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam
aku gembira



aneh bukan,
datangnya dari mana perasaan ini?

sedangkan suatu ketika dahulu,
pernah kami habiskan 10 bulan bersama
bertemu setiap hari, hadapi suka duka bersama

tetapi baru hari ini, 
perasaan itu timbul. dengan begitu signifikan,
sehingga tidak mampu menahan tangan ini dari terus menulis
hanya untuk berkongsi dengan dunia
bahawa cinta, kasih dan sayang ini wujud

duhai sahabatku,

cinta, kasih dan sayang itu
wujud hanya dengan izinNya

apabila setiap tindakan adalah keranaNya
apabila setiap bait-bait bicara membawa lebih dekat kepadaNya
keriangan yang dikongsi, masalah yang diluah semua berbalik padaNya

hanya dengan itu, perasaan itu wujud
kerana ,

"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
kelak Allah Yang Maha Pengasih 
akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka"
19 : 96

syukur syukur syukur tidak tercapai tahap tertinggi untuk aku sampaikan rasa syukur ini
telah dipilihNya untuk merasakan sendiri perasaan yang indah itu

teringat pernah seseorang bertanya ;
"tak pernah couple ? kenapa eh tak couple? kenapa kenapa kenapa ?"

dulu mungkin jawapanku hanya, kerna ianya membawa dosa. the end. byebye.

hari ini ingin aku selitkan,

sahabat,
mengapa perlu biar hati aku penat lelah, 
dilukai dicalar dinodai oleh perasaan yang hanya dikuasai musuh utama manusia,
dan gembiranya hanya seketika, 
sahabat percayalah ianya seketika,
malah membawa jauh dari yang Esa :'(

sedangkan wujudnya kasih dan sayang yang melimpah ruah, 
yang sentiasa buat hati ini tidak henti gembira
malah lebih dekat dekat dekat dan dekat kepadaNya

dan Allah tidak minta ia dengan bayaran yang tinggi sahabat,
hanya dengan iman dan amal kebajikan,
subhanallah pemurahnya Allah turut membuat aku jatuh cinta

itu jawapan aku, kerana itu adalah hak hati, yang ingin aku tunaikan

maka dengan itu duhai sahabat,
sungguh aku cinta kamu kerana Dia :')

dan duhai Khalid sekalian, terima kasih ku ucapkan kerana buat hati ini gembira :')
hadiah utama goes to Kak Nana yang dicintai ;)




may Allah bless :*



pukul 2 petang ini ada test
moga Allah permudah urusan
doakan kami 
sungguh dengan doa itu
mampu membawa 1001 kebaikan
jazakumullahukhairan kathira



Tuesday, October 16

tidak berhenti meminta

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

saya ada cerita. cerita pasal nur.
nur ada seorang kawan nama siti.

nur suka barang cantik. baju lawa. duit banyak. eh eh.
jalan mudah untuk nur dapat semua tu adalah siti kerana siti berkemampuan.
nur minta minta minta minta dan minta dari siti setiap apa yang nur mahukan.
lagi-lagi bila sedih, susah, nur minta macam-macam dari siti.

satu hari, siti ada hajat. siti ingin nur lakukan sesuatu untuknya
tapi, dengan clichenya nur rela hati melarikan diri sambil berkata tidak mahu !

hmm. itu kisah nur.
sakit hati ? apa boleh buat, itu tetap kisah nur. 

***
flowers draw a smile on my face

bila senang, minta pada Allah
bila susah, minta pada Allah
setiap masa, minta pada Allah


tapi,
bila Allah minta luang masa untuk-Nya, 
cari ilmu untuk-Nya, berjuanglah dijalan-Nya
beribadah kepada-Nya,

kita terus angguk. kita terus cakap YA!

eh cop cop cop cop cop, YE KE ?

mengeluh. mengeliat. terseliuh. semua ada secukup rasa.
*bercerita pengalaman sendiri*

ayuh fikir logik. 
kita dengan nur - macam sebijik je.
sedar tak sedar, rupanya kita buat orang lain sakit hati.
*tepuk dahi sendiri kuat-kuat kasi tinggal kesan*


sebagai hamba, logiklah kita sentiasa memohon pada yang Maha Kuasa.
tapi logik juga, kita mengikut setiap yang disuruh bukan? :)

tepuk dada tanya iman. mari menjadi hamba.
promote langitilahi pulak hihi

may Allah bless :*






idea muncul bila rumet membincangkan cara 
untuk mengajak mereka yang tegar memberi alasan
jazakillahukhair. 
bukan hanya untuk orang lain,
tetapi juga sebagai reminder untuk diri sendiri
alhamdulillah :)

Wednesday, October 10

hadiah tahun ini


raihan menjerit !

raihan menjerit meminta bantuan saudaranya yang lain. tidak berhenti walau usahanya perlu diulang berkali-kali.  walau dengan tangisan tidak putus mengalir. tetapi, saudaranya diam seribu bahasa. terus dengan rutin sendiri. tenggelam dalam urusan duniawi. tiada walau seorang pun beralih ke arahnya. kesemuanya leka ! raihan tetap berusaha berusaha dan berusaha.

sehingga satu masa, raihan sudah tidak mampu, penat, raihan jatuh. melutut. buntu. raihan tidak mahu ini berterusan. tangannya lemah seakan tidak terdaya bergerak ke arah cahaya itu, kitab penuh kalimah mulia dari Tuhan yang Esa, kitab panduan Muslim seluruh dunia, Al-Qur'an dusturuna dibuka meminta pedoman. 

raihan bangkit, teruskan perjuangannya, cetuskan perubahan. kerna raihan percaya akan janji Tuhan-nya,  sesungguhnya Islam itu pasti akan bangkit semula, pasti ! maka raihan tidak akan berhenti sehingga Islam mampu mencapai kemenangan itu insyaAllah !

***

khamis yang lalu, tarikh lahirku mengikut kalendar masihi. umur sudah mencapai 19 tahun. umur sultan muhammad al-fateh bilamana beliau dilantik sebagai sultan. subhanallah.

keesokan harinya, hari jumaat, ditakdirkanNya, aku menghadiri ISK 3.0

seorang akhawat menegur ; "sanah helwah atey"
aku senyum ; "jazakillahukhair :)" 
ditanya pula : "atey dapat hadiah apa?" 
aku menjawab ; "ada patung sikit baju sikit itu sikit ini sikit" 
katanya yang masih segar dalam ingatan :
"insyaAllah ISK ini hadiah paling bermakna untuk atey"

subhanallah. sungguh! terselit kebenaran yang padu pada bait-bait bicaranya. *eh saya sangat bersyukur dengan segala hadiah yang sabahat telah beri, jazakumullahukhair* bukanlah hanya dengan dapat menghadiri program semata-mata. apa yang aku anggap hadiah bermakna adalah;

hati yang telah dicuci bersih dengan ilmu dan tarbiyyah.

***

situasi di atas sana, atas sekali sana, adalah kisah benar. aku sendiri pernah mengalami situasi itu. tetapi, saudara saudari, watak yang aku pegang bukanlah si raihan, tetapi, aku adalah saudara raihan yang telah lama pekakkan diri, butakan mata, bisukan mulut. akulah yang telah membuat raihan jatuh kepenatan. 

aku hidup. melakukan rutin harian. bangun solat makan pergi kelas balik study tidur. untuk berapa lama pun tidak aku sedari. buat dan buat hanya kerana ianya rutin. terselit juga rutin yang menjauhkan aku dariNya, amalan jahiliyyah yang pekat, menebal tertanam didalam hati kecil, berkarat-karat

aduh pedih. ya Allah lama sungguh aku hidup di dalam kotornya jahiliyyah.

***

jahiliyyah, aku tahu engkau tidak akan lari dari aku. malahan saban hari makin menggoda aku pulang kepadamu. maka, aku yang perlu bertindak. aku yang perlu bergerak. aku yang perlu kuatkan diri.

langkah pertama . tahu tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: 
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. ..."
(2 :30) 

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." 
(51:56)

 tujuan kita hidup ? ada dua. khalifah dan 'abid. tahu tujuan. tahu tindakan.
maka setiap apa dilakukan tanya pada diri adakah kita memenuhi tujuan hidup kita ?
adakah diredhai-Nya? adakah semakin dekat denganNya?

ingat, jahiliyyah tidak akan lari darimu. kamu yang perlu lari jauh darinya tanpa pusing belakang.

aku juga terbaca JOM isu 07 , di sini ingin ku selitkan sebuah hadis ;

Ibnu Rawahah berkata kepada Abu Darda' R.A : 
"Marilah kita beriman sejenak. 
Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"

hari ini perasaan aku sebegini. esok tidak tahu bagaimana. sungguh aku mengharap sahabat sekalian, bantu aku jangan lepaskan aku jauh jika aku terlupa. jangan biar aku leka mengabai tujuan hidupku.
kerna sahabat, ingin aku berpegangan tangan denganmu saat memasuki syurgaNya kelak.


tanam dalam diri benih iman sejati :) 



may Allah bless :*


Friday, July 27

surat cinta

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)


alhamdulillah saat ini, hati gembira. gembira kerna kekosongan hati terasa diisi ;) sebab hari ini iftar, kat rumah tercinta. tapi yang specialnya, iftar kali ni ada agenda tambahan, qur'anic circle <3



qur'anic circle macam tadarus. tapi yang specialnya, *ayat ulang* bwahaha. focusnya lain, bukan hanya mengejar berlumba menghabiskan tadarus 30 juzu'. but focusing more on tadabbur ayat-ayat terpilih. sangat menyeronokkan. betul. tak caya, cuba sendiri :D 


"QC ni lain. Kita taknak lepas Ramadhan nanti sama je walaupun dah habis 30 juzu'. Kita bukan nak jadi hamba Ramadhan, tapi hamba Allah." Kak Cam, pemberi inspirasi :)

qur'anic circle pertama kami :) kami tadabbur surah Taha, 1 - 20. 

surah Taha sangat terkenal kaitannya dengan kisah pengislaman salah seorang pemimpin Islam yang cukup hebat. sangat digeruni, disegani, dihormati, siapa siapa siapa ? semestinya Saidina Umar Al-Khattab :') surah ni pun digalakkan kepada ibu-ibu yang mengandung untuk membacanya, mudah mudahan anak yang bakal lahir, lembut hati, lembut perwatakannya :) *habolehtakenotedarisekarang XD


"Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu agar engkau menjadi susah. Melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah" 
Taha : 2-3

hati sayu. fuh. kena straight panah kat hati. bukan panah yang membunuh tuu, tapi panah cinta ya ;') terdetik dalam hati, ya Allah banyak sangat dari dalam Al-Qur'an yang belum dipelajari, diteliti, dihayati. oh kerdil. 


malam semalam, terasa sangat kuat *gedebuk* ayat ni seperti Allah sedang berinteraksi direct. dengan lembutnya menyapa hati. aduhai. rasa ringan, rasa indah, terpercik dalam hati perasaan mengenal cintaNya yang sungguh bermakna ~cair~

oh dan sebenarnya kan, dalam qur'an tafsir yang kita punya tu, yang semua warna ada, semua style ada tu, selepas perkataan 'kepadamu' wujudnya perkataan '(Muhammad)', menunjukkan -mu itu sebenarnya merujuk kepada baginda. ha part ni yang menarik. tapi dalam arabnya, sebenarnya tiada pun perkataan Muhammad. ha dah dapat tak dah dapat tak apa yang nak disampaikan ?

jika kita, eh bukan, saya yang ilmu dalam bidang bahasa arab ini kureng sedikit, membaca tafsir ayat itu begitu, + (Muhammad), pasti wujud kesukaran dalam mewujudkan perasaan ayat itu sebenarnya adalah untuk diri kita juga. ia seolah-olah berlalu begitu saja. seolah-olah kita membaca surat cinta yang tertera nama orang lain. sedangkan, ia juga adalah untuk kita.

begitulah bagaimana Saidina Umar pabila membaca ayat tersebut, beliau terasa ayat tersebut betul betul adalah untuknya. seperti Allah berbicara terus dengannya. sehingga terdetik dihatinya untuk melafazkan syahadah. oh bila terkenang kisah pengislaman Saidina Umar seperti yang kak Elis kongsikan, air mata bergenang, subhanallah, indahnya :')

sahabat yang disayangi ceh macam syarahan, 
percayalah, al-qur'an itu untuk kita. surat cinta daripadaNya. tak kira tua muda hensem cantik pendek tinggi kurus takkurus melayu pakistan bugis, al-qur'an itu untuk kita. sebab kita sama. fitrah kita sama. 

bacalah dengan hati, bukan hanya dengan akal fikiran


"jadikan Al-Qur'an seperti kekasih yang cemburu. 
once kita lupakan dia, terus merajuk lari jauh."
- Kak Sol



alhamdulillah gembira sangat QC semalam wee ;) 
jazakillah khair kathira kak Hani, kak Alia, kak Elis, kak Sol <3 
may Allah bless :')






hari ni jumaat, jom baca Al-Mulk. hee.



Thursday, July 26

bila dewasa

bila apa yang diusahakan sepenuh hati,
perlu bergerak secara sir. rahsia.

tiap kali,
rasa ingin luahkan apa yang terpendam,
lepaskan semua sekali, terus, lemparkan,
senang cerita. 

tapi, hati menahan,
jangan. jangan terlalu ikutkan perasaan
itu bukan caranya, bukan penyelesaiannya
mungkin hasilnya lebih jauh dari yang diharapkan

air mata terkumpul, terasa berat takungannya.
akan terus ditahan, supaya ia jatuh hanya dihadapanMu

kerna kali ini, terasa,
sesuatu yang betul betul hati inginkan,
apa yang termampu, hanya berusaha dan memohon kepadaNya
kerana hati mereka, Dia yang pegang

tidak mudah, tapi, ini jalan aku. aku pilih jalan ini
aku akan terus berusaha
sahabat, doakan :')




semoga Allah akan tetapkan apa yang terbaik untuk mereka :)

may Allah bless :*






*hanya rentetan hati seorang hamba*

Monday, July 23

eh siapa kasi ni ?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

masih tersenyum ? alhamdulillah. just so you know, anda sangat bertuah kerana masih diberi peluang dari Allah untuk terus gagah berdiri menghirup udara segar di dalam bulan Ramadhan kali ini :) #jomtutupmataucapalhamdulillah <3

baiklah. kenyang? mengantuk? jangan risau. post kali ini simple. cuma sedikit dari apa yang saya dapat dari iftar di RI Zahra tadi :) - by KakWani <3
kad jemputan iftar by seniors. ohsem kan ? 

situasi 1 :
apabila Perdana Menteri beri hadiah pada kita. kononnya lah kan. maka kita sangatlah teruja kerana beliau adalah seorang Perdana Menteri, walau apa pun yang diberi. *ini contoh, tiada yang berkait dengan yang hidup / sudah pergi*

situasi 2 : 
tibanya hari lahir kita, apabila kawan-kawan, sahabat-handai, kaum kerabat memberi hadiah, hadiah ini, hadiah itu, hadiah ini, oh seronok, jiwa gembira hati berbunga. pasti yang diingati adalah siapa yang memberi, bukanlah apa. *takcaya cuba try* :D

situasi 3 : 
Allah yang Maha Kuasa, Maha Agung, Maha Besar mengurniakan kita satu jangka masa, di mana jika kita menggunakannya sebaiknya, hanya kebaikan yang akan menjelma. Juga satu jangka masa yang apabila kebanyakan kejahatan di dunia, seakan-akan hilang sementara. Jangka masa yang diberi nama Ramadhan.

Reaksi kita pabila tibanya Ramadhan ? 
Oh. Eh. Dah kena puasa . Dah kena terawih sebulan ni. Oh okay. Kbai. Meow :3

referring to situation 1 ; no matter what the present is, if it's from someone we claimed to be amazing,  superb, extraordinary, involuntarily, we'll fell really grateful. and referring to situation 2 ; we'll remember the person who gave the present more than what the present itself. got it dearly beloved ones ? okay, so now let's relate everything with situation 3.

what's with the sudden language change -.-

kali ini, Ramadhan, Allah yang Maha Agung yang kurniakan kepada kita. Allah, Tuhan sekalian alam. seharusnya wujud rasa syukur dengan pemberianNya ini. kerana ini adalah pemberian dari Tuhan kita, Allah. tanpa perlu sebarang bayaran, kita dikurniakan Ramadhan di mana ganjaran yang terdapat didalamnya berlipat kali ganda.

all the programs prepared by the Ikram seniors throughout Ramadhan :)
takada alasan dah ni Atey ;)


dan, seharusnya kita lebih mendekatiNya. Ramadhan hanya medium, tapi matlamat sebenar ? haruslah sentiasa ingat, mardhatillah <3 

sekarang ni, baru selesai tarawih ke-4. Tinggal 27 hari untuk berpuasa, 26 kali untuk bertarawih. adakah itu sahaja amalan dalam bulan ini ? yang belum pasti diterima atau tidak. pastinya bukan. 

masih belum terlambat untuk meletakkan azam untuk Ramadhan kali ini. usaha yang ingin dijalankan, perubahan diri ke arah kebaikan yang perlu di titikberatkan. mari mari tetapkan azam, dan berpegang dengannya :)

*JomOptimumkanRamadhanKaliIni* 


may Allah bless :*



Sunday, July 15

gembira bila semua kerana Dia


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
anda sihat ? gembira ? tak ? takpe takpe bersabaq naa ape ape pun, alhamdulillah, mari luangkan beberapa saat untuk memanjatkan kesyukuran kepadaNya :)
sudah ? jom baca post saya yang best ini.

  
saat menulis post ni, hati gembira. sangat sangat. urm, sangat.
banyak peristiwa berlaku 2, 3 hari. takpun dalam 2 minggu lepas ni. ada yang membuatkan hati berbunga mekar, bibir tersenyum indah dan ada juga yang mengguris hati kecil, mencuri tawa riang gembira. macam macam ada.

takdir Dia aku dicampakkan dalam satu suasana yang sungguh hebat. suasana kasih sayang, suasana riang gembira gelak tawa, suasana tarbiyyah, suasana mengingati Allah dalam setiap tingkah laku. bersyukur tak terhingga dengan ketentuanNya. rasa macam hidup dalam novel, hah over sikit tu. tapi betul, ada masanya gembira sampai taktahu nak describe bagaimana perasaan gembira tu.




scene 1: "akak dari mana ni ?" "akak dari hospital."
scene 2: "akak nak pergi mana lepas ni?" "akak nak pergi hospital, clerk patient untuk class esok"

sebelum atau selepas habis gathering / aktiviti bersama kami, macam tu lah perbualan selalunya dengan akhawat senior specificnya tahun tiga, mereka dah mula tahun klinikal. hospital sudah seperti rumah kedua.

bunyi mudah, ringan akak-akak tu sebut, nampak macam senang, macam semua orang mampu. tapi saya tahu, sebenarnya tidak, hanya mereka yang terpilih sahaja. jasa mereka, perlu pengorbanan yang besar, semangat juang yang tinggi dan bermujahadah untuk istiqamah berbuat begitu. dan hanya mereka yang percaya akan janjiNya yang akan berani menyahut cabaran dakwah itu.

terharu. bersyukur.
dakwah mereka ringan, santai.
dakwah fardhiyyah disampaikan hanya dengan menjadi diri mereka. indah.

aku bersyukur dengan suasana ini. mereka, kami, bersama sama berjuang dalam bidang yang sama, dan mencari cinta yang sama, cinta Dia :)



atey, kak hani, mira noordin
tiba tiba jadi tangga, 1001 ekspresi muka ;D


Ehem, yang tudung hijau tu Kak Umi, isteri Mr.Shakib. Saya baru tahu Sir adalah cikgu kak Umi dan juga suami kak Umi, patutlah muka kak Umi sangat familiar, lepas cerita kat ggbs baru tahu. Saya sangatlah teruja. Kecil betul dunia. Nanti nak berkenalan lagi <3


*Hadiqatul Jannah is ohsemazing ;)*


***

part yang down tu ? oh tak perlu lah kongsi, saya nak awak yang baca post saya ni rasa gembira je.
aww atey is so sweet :3

***

oh ha, saya kat kl sekarang. semalam bertolak petang dari ipoh naik ets. ktm laju katanya. memang laju pong. sepatutnya stop kl sentral. tiba tiba nampak ada stesen rawang, stop situ sebab plannya nak terus join AUTing 008 kat rumah cikgu shikin. alhamdulillah, semua berjalan lancar, AUTing 008 sangat best.

Roses selalu muncul bila hati perlukan sesuatu. Sebab itu saya cuba cari masa join AUTing kali ni. Berada bersama mereka, gembira lain, gelak tawa lain, garang garang pun lain, apa yang lain ? o.O Lain ruh-nya bak kata Didi.

Dapat jumpa tengok muka sembang kongsi saling memperingatkan,
ukhuwah itu tak pernah rasa macam pernah berjauhan pon.

khairi, zafi, wardah, aisyah, nu',
artis atey, ikoi, didi :)

oh tertinggal laptop dan quran kat Rawang. sedih. ujian.

Kami sentuh mengenai Ramadhan, ya Allah 6 hari sahaja lagi.
Dan Didi hurai hadith 31 dari hadith arba'in, mengenai zuhud.
Atau nama lainnya bak kata Wardah, qanaah.

Bersederhana.

"Ramai bersyukur dapat sesuatu yang baru tapi tak ramai bersyukur dengan apa yang dah ada" - Dr Asri

Syukur - bukan sesuatu yang boleh dipelajari dalam satu hari, atau selepas satu, dua ceramah, ia muncul dari hati yang sentiasa ikhlas mengingatiNya.

Ramadhan menghampiri, ayuh, mari sediakan hati-hati suci murni untuk dipolishkan agar kekal bersinar menyinari dunia akhir zaman ini.

Ya Allah saya sungguh tidak sabar menantinya. Iftar, iktikaf, tadarus, oh bersemangat. Semoga kita memanfaatkan masa Ramadhan sebaiknya <3




Alhamdulillah 'ala kulli hal. Allahummagh firli waiyyakum :')

may Allah bless :*


Tuesday, June 19

berjaya aku sentuh



"mengenang kembali hari-hari aku berusaha mempertingkatkan diri, malam-malam yang terisi dengan Istikharah, pengaduan, pengharapan, rasa takut kehilangan, rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri ketua keluarga berwibawa, semuanya datang dalam imbasan yang pantas. Hari ini, tangan ini berjaya aku sentuh." - Saifullah
- Terasing - Hilal Asyraf - 309 -





assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan menulis dalam blog serba sederhana ni. uhukuhuk, masih bertatih untuk menulis sambil menyentuh jiwa. alhamdulillah, masih mampu tekan keyboard ni sambil tersenyum. ehhhh normal tak tu ? dan alhamdulillah dah berjaya, ye saya tahu awak semua dah lama habis baca, tapi nak juga cakap, alhamdulillah saya berjaya habis baca Terasing by Hilal :D

best. saya suka. sahabatku, sila baca tau.

~ ~ ~ ~ ~

cuba baca yang warna hijau kat atas tu balik.

indah ? sweet ? romantik ? rasa nak pengsan ? eh over.

ayat tu, walau simple, walau 1, 2, 3 ... 7 perkataan je. 
tersentuh hati, bergetar jiwa baca. emosi bukan main naik turun pusing kanan kiri, eh boleh ke ? -..-

terbukti, betapa jejaka tersebut betul-betul bersyukur Allah kurniakan wanita itu sebagai isterinya. betapa dia telah berusaha menjadi sebaik-baik lelaki untuk mendapatkan wanita itu yang dianggap sebaik-baik wanita untuknya dan akhirnya Allah makbulkan keinginan dan doanya.

hari ni, orang sekelilingku ramai dah mula membina BM mereka. senior, sedara-mara, kawan ? junior ? eh dua last tu so far belum lagi. tapi, insyaAllah soon :) 

bila tengok mereka, lagi-lagi yang bila berkahwin mengikut syara', kemanisan cinta yang diberkatiNya terpapar jelas, aduh cemburu. memang rasa nak kahwin. 

tapi selalunya sekejap je, dalam 2, 3 minit je, lepas tu hilang
sebab sedar diri sendiri bagaimana. aduh. and it's not an easy thing bro.

kita, eh no. saya, selalu mengharap, berdoa untuk dapat yang terbaik. doa je ?

doa itu senjata mukmin, ayuh doa, doa supaya kita kuat, kita mampu berusaha menjadi yang terbaik :) sebab bila baca Terasing, semuanya sebenarnya terletak pada usaha kita untuk diri sendiri yang akan menentukan -simasadepan:P- kita, orangnya bagaimana. usaha apa ? 


usaha dalam memperbaiki ibadah kita, akhlak kita, 
hubungan kita denganNya, semua itu.



bila semua di tahap yang terbaik, Allah kurniakan kita yang terbaik. Allah dah janji kan ?

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 
(An Nur:26)


obviously for me, it is still a long way to go. but its' not impossible ayte sisters ? :')


persoalan, baik ke kita ? jawapan, insyaAllah kita akan ;)
Allah itu Adil. ayuh usaha dan percaya sahabat handai sekalian <3








ya Allah aku bersyukur kau tetapkan aku di jalan ini dan 
aku berharap kau tetapkan aku dijalan ini hingga ke akhirnya.


oh btw, Terasing is not only about love story haha, based on tajuk pun boleh tahu kan ?
read it and you'll know ;') 




may Allah bless :*



Saturday, June 16

action kame

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dia letak botol air mineral atas meja


"macamana nak kosongkan air dalam botol ni ?"

"tuang dalam cawan"
"minum"
"buang je air tu"


cadangan jawapan, banyak. tapi, dia senyum dan senyap.

tiba-tiba seorang lagi - beliau bangun, menghampiri dia, beliau buka tutup botol air mineral tu, duduk, minum

dia senyum.

semua yang ada terus dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


untuk perubahan itu berlaku, idea, keinginan diperlukan, tapi hanya tinggal angan-angan kosong tanpa tindakan.

awak. tak perlu lihat skop besar. kita tengok diri sendiri. karat-karat jahiliyyah masih tebal ? mungkin banyak terluah di mulut inginkan perubahan. tapi, hmm iya, hanya tinggal luahan.

oh susah itu memang susah, tapi benda yang susah confirm kalau berjaya, habuan memuaskan kan ? :) ayuh jadi macam beliau. di saat yang lain hanya mampu bersuara / memberi pengalaman , beliau bertindak. ambil tindakan sepatutnya.


ayuh. 

Tuesday, June 12

tak tahu ? then please shush

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
moga sentiasa bergumbira dalam limpahan maghfirah dan rahmatNya <3


hari ni, tadi baru je, kat giant permata ada reunion sikit, dengan Fatin Nabilah Norzihad :') it was short, but really cool. fatin is as always, sama je oh but I realized she was holding a S2, nak pengsan :P


^^^^^^


so post kali ni, achik kawan saya nak cerita sikit .



bismillah :)


hari tu, achik keluar jalan-jalan dengan kenalan dia. achik drive. 
semua berjalan dengan lancar, macam biasa, cool je. 
achik dan kenalan nak pergi menuju satu shopping complex yang agak popular. 
achik pun drive masuk parking lot.


nak jadi cerita. penuh habis tempat parking lot tu. 
memang penuh. zero empty parking lot. 
nak dekat 5 , 6 kali juga achik pusing tempat sama.


achik pun manusia biasa. tak lari dari buat silap.
dah lama sangat, mula timbul perasaan tidak sabar. geram.


tiba-tiba, kereta depan achik jam break.
meletus juga gunung berapi achik. marah habis lah.


kereta depan tu warna merah. achik tunggu siapa keluar.
rupanya, wanita hamil keluar, dengan wajahnya, 
seperti orang yang hamil lah, yang kepenatan.
achik tertelan apa yang dia nak luahkan. dush kena dahi sekali.


pusingan kelima / keenam , achik sampai bahagian parking lot o.k.u.
ada satu kereta baru berjaya park kat situ.
achik yang dah penat, mula fokuskan mata,
mencari, siapa yang oku nya ?


satu, dua, tiga , empat orang keluar, eh normal je semua
perasaan negatif dah mula nak membakar dalam hati achik
kereta achik dah makin ke depan
pemandunya keluar yang terakhir, driver dia rupanya


astaghfirullah.
achik diam, tarik nafas dalam-dalam.


kenapa negatif sangat ni ? 
bukan ke semua benda, boleh dijadikan ibadah kalau diniatkan kerana Allah ? 
malah memandu pun.


tapi macamana ni, kalau dipenuhi perasaan yang begitu negatif ? 
astaghfirullah.


saat tu jugak achik muhasabah diri. banyak salah ni.
banyak syaitan ke dalam kereta ni. isy takutnya.
achik istighfar banyak banyak kali.


pusingan seterusnya. achik jumpa parking lot.
achik berbicara dalam hati.


semua ni Allah susun. parking lot kat mana, pusingan ke berapa.
kalau yang ke 7 baru jumpa, tapi yang ke 6 dah putus asa. 
memang tak jumpa jugak, tidak begitu ?


achik dan kenalannya sambung misi mereka berjalan-jalan ;)

^^^^^^


oh achik tanya ; dramatik ke ? achik jawab ; well nak buat macamana, dah memang jadi :)




^^^^^^

eh kenapa dia cakap macam tu ? 
eh kenapa dia buat macam tu ? 
eh kenapa dia tak buat macam tu ? 
eh tak baik !
eh jahatnya !

eh eh awak tak jahat pulak cakap dia jahat ?

HA !

^^^^^^ 

“Never look down on anybody unless you're helping them up.” ― Jesse Jackson


may Allah bless :*



so what say you ?

Sunday, June 10

couple seats huh ?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
menulis nampaknya semakin seronok dan semakin mencabar. 
diharap anda semua sentiasa tersenyum berada di dalam limpahan berkat dan rahmatNya.


******

semalam, sabtu. ibu abah - negeri sembilan - kerja sikit. 

; ditugaskan untuk bawa encik amru pergi kedai untuk tempah stuffs. sebagai kakak yang baik, jadi bawa dia. mula-mula, dekat kedai area AU3. then, pergi carrefour. lepas settle everything, kami pergi mana ? pergi wangsa walk mall yay. semestinya pada mulanya dia taknak, nak buat macamana, I'm the driver *evil laugh*

; tujuan ? nak cari kasut baru. semua kasut dah tahap nazak. serius ni. huahua. 

mula-mula, saja pusing tempat bowling. uuu ramai. wayang? lagilah. that was the longest queue ever. maksud saya yang pernah saya tengok kat wwm punya tgv. so takpelah. kami cari kasut. hmm, tak jumpa yang menarik. jalan terus sampai food court, beli lagi takoyaki kesayangan !

apa nak cerita sebenarnya ni ? hehe. baiklah :3 here it goes. 

; saya teringat dulu-dulu kalau pergi tengok movies dengan amru. bila nak beli tiket, dalam kepala dah tahu mesti dia akan tanya satu soalan, soalan tu berbunyi ,

"seat biasa or couple seats ?"

"do I look like his girlfriend to you ?! I'm his elder sister -.- "
ha, itu bukanlah jawapan saya hehe.

first time kitorang kena, tahan gelak, terpedaya dan jawab yes. tiket lagi mahal rupanya -.- lepas tu tak dah, tahan gelak je, walaupun agak best, kerusi dia selesa + memang ada privasi. ya Allah lindungi mereka yang beli tiket untuk kerusi itu huu. oh yeah every single time kitorang beli tiket for movies, mesti kena soalan tu. 

well I guess, we look cute together aww -.-
- oh that's the way teens love to say these days ayte ?

cara orang pandang kami - yeah diorang tak tahu saya kakak dia adik. tak apelah. hari yang sama, ada seorang kakak ni, tudung labuh sama macam saya, tengok je kami dari jauh, muka dia, emotionless. macam sedih pun ada. saya macam eh kakak, ini adik saya. kakak tu pergi. aduh, janganlah dia berfikir yang negatif amin.

; bom ! teringat diri sendiri. saya kalau nampak urm couple, secara automatik tertenung. tak berniat memberi jelingan tajam / sayu / membunuh. automatik. berminat nak tengok apa aksi yang mereka buat kot ? haha. isy, astaghfirullah.

; dalam hati sebenarnya. aduhai, mereka tidak tahu. rasa macam nak join masuk usrah. isy drastik habis. nak tarik si gadis dengan dramatiknya. eh melampau tahap over. nak menyamar jadi APG ? dia lelaki lah. nak pergi tegur ? aduh lemah tutut T.T akhirnya yang tinggal, doa - selemah-selemah iman setiap kali.

TAPI. itu kalau couple betul. kalau yang tak, macam kes kami yang adorable. memang betul kita kena bersangka baik, husnuzzon, but then kalau semua disangka baik, macamana dakwah nak move forward ? saya rasa tak salah nak tegur tapi seharusnya dihiasi dengan hikmah :) 

isu couple ni besar sebenarnya. masa makan kat bbq chicken dengan amru. dia cerita kawan-kawan dia mana yang ada teman istimewa, semua proud. it's something that you want to tell the world. budaya timur kita dah ikut budaya sana kan ? timur ke ? :P hmm. di mana didikan agama dari kecil itu sangat penting. dan dakwah.

saya teringat kawan yang saya sayang, masa tu dia ada masalah dengan orang yang dia sayang, kmkn black out pulak waktu tu, memang dramatik, memang tak ada pengalaman tapi dia memang selalu akan cerita kat saya. saya cuba bantu dengan dia. ada satu ayat dia yang paling saya ingat.

"aku jealous dengan orang macam kau atey. tak ada masalah-masalah macam ni. aku nak jadi macam kau "

jsyk, saya tak kisah orang guna aku dengan saya. walaupun in reply saya tak guna pun. and in fact, saya selesa. sebab saya rasa dia menjadi diri dia bila dengan saya. oh mengenai ayat tu, tak pernah terfikir. subhanallah, betul lah apa dia kata :) saya bahagia tanpa masalah-masalah macam itu. alhamdulillah <3 dan saya bersyukur Allah beri dia peluang untuk nampak :')


oleh itu, dalam perkara ni, saya rasa qudwah hasanah - sangat penting. sebab kan, cuba bayang, kat facebook terutamanya, ramai yang post, share about this thing, but then, how many yang berubah sebab benda-benda itu ? just think. susah sebenarnya, again, saya tahu.

saya ni tak adalah qudwah yang hasanah sangat, tapi saya cuba.
jadi jom cuba brothers & sisters across the world ;)

janganlah jodoh yang dijanjikan, sibuk dicari-cari, 
sedangkan hidayah yang perlu dicari, hanya ditunggu ia datang bergolek-golek.


may Allah bless :*