Tuesday, June 12

tak tahu ? then please shush

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
moga sentiasa bergumbira dalam limpahan maghfirah dan rahmatNya <3


hari ni, tadi baru je, kat giant permata ada reunion sikit, dengan Fatin Nabilah Norzihad :') it was short, but really cool. fatin is as always, sama je oh but I realized she was holding a S2, nak pengsan :P


^^^^^^


so post kali ni, achik kawan saya nak cerita sikit .



bismillah :)


hari tu, achik keluar jalan-jalan dengan kenalan dia. achik drive. 
semua berjalan dengan lancar, macam biasa, cool je. 
achik dan kenalan nak pergi menuju satu shopping complex yang agak popular. 
achik pun drive masuk parking lot.


nak jadi cerita. penuh habis tempat parking lot tu. 
memang penuh. zero empty parking lot. 
nak dekat 5 , 6 kali juga achik pusing tempat sama.


achik pun manusia biasa. tak lari dari buat silap.
dah lama sangat, mula timbul perasaan tidak sabar. geram.


tiba-tiba, kereta depan achik jam break.
meletus juga gunung berapi achik. marah habis lah.


kereta depan tu warna merah. achik tunggu siapa keluar.
rupanya, wanita hamil keluar, dengan wajahnya, 
seperti orang yang hamil lah, yang kepenatan.
achik tertelan apa yang dia nak luahkan. dush kena dahi sekali.


pusingan kelima / keenam , achik sampai bahagian parking lot o.k.u.
ada satu kereta baru berjaya park kat situ.
achik yang dah penat, mula fokuskan mata,
mencari, siapa yang oku nya ?


satu, dua, tiga , empat orang keluar, eh normal je semua
perasaan negatif dah mula nak membakar dalam hati achik
kereta achik dah makin ke depan
pemandunya keluar yang terakhir, driver dia rupanya


astaghfirullah.
achik diam, tarik nafas dalam-dalam.


kenapa negatif sangat ni ? 
bukan ke semua benda, boleh dijadikan ibadah kalau diniatkan kerana Allah ? 
malah memandu pun.


tapi macamana ni, kalau dipenuhi perasaan yang begitu negatif ? 
astaghfirullah.


saat tu jugak achik muhasabah diri. banyak salah ni.
banyak syaitan ke dalam kereta ni. isy takutnya.
achik istighfar banyak banyak kali.


pusingan seterusnya. achik jumpa parking lot.
achik berbicara dalam hati.


semua ni Allah susun. parking lot kat mana, pusingan ke berapa.
kalau yang ke 7 baru jumpa, tapi yang ke 6 dah putus asa. 
memang tak jumpa jugak, tidak begitu ?


achik dan kenalannya sambung misi mereka berjalan-jalan ;)

^^^^^^


oh achik tanya ; dramatik ke ? achik jawab ; well nak buat macamana, dah memang jadi :)




^^^^^^

eh kenapa dia cakap macam tu ? 
eh kenapa dia buat macam tu ? 
eh kenapa dia tak buat macam tu ? 
eh tak baik !
eh jahatnya !

eh eh awak tak jahat pulak cakap dia jahat ?

HA !

^^^^^^ 

“Never look down on anybody unless you're helping them up.” ― Jesse Jackson


may Allah bless :*



so what say you ?

No comments: