Thursday, October 18

cinta di dalam udara

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
tajuk itu sejujurnya adalah direct translation kepada frasa popular, love is in the air >.<


"andai gula tahu betapa manisnya cinta, 
pasti gula tersipu kerana manisnya gula itu tidak seberapa"
- Jalaluddin Rumi

eh apa ni? geli geleman dengar.

sabar sahabat, sabar. jangan geli lagi,
kerana ini bukanlah cinta biasa :')
serius cakap !

******

aku gembira, bahagia, 
apa yang jiwaku rasakan kini adalah ketenangan, syukur alhamdulillah

melihat wajah mereka, sungguh hati ini seperti berbunga mekar
masalah di bahu seperti semuanya hilang 
di bawa terbang merpati putih ciptaan Ilahi yang indah

dikala aku meluangkan masa bersama mereka
setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam
aku gembira



aneh bukan,
datangnya dari mana perasaan ini?

sedangkan suatu ketika dahulu,
pernah kami habiskan 10 bulan bersama
bertemu setiap hari, hadapi suka duka bersama

tetapi baru hari ini, 
perasaan itu timbul. dengan begitu signifikan,
sehingga tidak mampu menahan tangan ini dari terus menulis
hanya untuk berkongsi dengan dunia
bahawa cinta, kasih dan sayang ini wujud

duhai sahabatku,

cinta, kasih dan sayang itu
wujud hanya dengan izinNya

apabila setiap tindakan adalah keranaNya
apabila setiap bait-bait bicara membawa lebih dekat kepadaNya
keriangan yang dikongsi, masalah yang diluah semua berbalik padaNya

hanya dengan itu, perasaan itu wujud
kerana ,

"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
kelak Allah Yang Maha Pengasih 
akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka"
19 : 96

syukur syukur syukur tidak tercapai tahap tertinggi untuk aku sampaikan rasa syukur ini
telah dipilihNya untuk merasakan sendiri perasaan yang indah itu

teringat pernah seseorang bertanya ;
"tak pernah couple ? kenapa eh tak couple? kenapa kenapa kenapa ?"

dulu mungkin jawapanku hanya, kerna ianya membawa dosa. the end. byebye.

hari ini ingin aku selitkan,

sahabat,
mengapa perlu biar hati aku penat lelah, 
dilukai dicalar dinodai oleh perasaan yang hanya dikuasai musuh utama manusia,
dan gembiranya hanya seketika, 
sahabat percayalah ianya seketika,
malah membawa jauh dari yang Esa :'(

sedangkan wujudnya kasih dan sayang yang melimpah ruah, 
yang sentiasa buat hati ini tidak henti gembira
malah lebih dekat dekat dekat dan dekat kepadaNya

dan Allah tidak minta ia dengan bayaran yang tinggi sahabat,
hanya dengan iman dan amal kebajikan,
subhanallah pemurahnya Allah turut membuat aku jatuh cinta

itu jawapan aku, kerana itu adalah hak hati, yang ingin aku tunaikan

maka dengan itu duhai sahabat,
sungguh aku cinta kamu kerana Dia :')

dan duhai Khalid sekalian, terima kasih ku ucapkan kerana buat hati ini gembira :')
hadiah utama goes to Kak Nana yang dicintai ;)




may Allah bless :*



pukul 2 petang ini ada test
moga Allah permudah urusan
doakan kami 
sungguh dengan doa itu
mampu membawa 1001 kebaikan
jazakumullahukhairan kathira



2 comments:

Mardhatillah Seeker said...

dear serikandi atey. jazakillah untuk ukhwah ini. uhibbuki fillah :)

ateyyyy said...

uhibbuki fillah aidhan :')
till jannah, insyaAllah <3