Wednesday, October 10

hadiah tahun ini


raihan menjerit !

raihan menjerit meminta bantuan saudaranya yang lain. tidak berhenti walau usahanya perlu diulang berkali-kali.  walau dengan tangisan tidak putus mengalir. tetapi, saudaranya diam seribu bahasa. terus dengan rutin sendiri. tenggelam dalam urusan duniawi. tiada walau seorang pun beralih ke arahnya. kesemuanya leka ! raihan tetap berusaha berusaha dan berusaha.

sehingga satu masa, raihan sudah tidak mampu, penat, raihan jatuh. melutut. buntu. raihan tidak mahu ini berterusan. tangannya lemah seakan tidak terdaya bergerak ke arah cahaya itu, kitab penuh kalimah mulia dari Tuhan yang Esa, kitab panduan Muslim seluruh dunia, Al-Qur'an dusturuna dibuka meminta pedoman. 

raihan bangkit, teruskan perjuangannya, cetuskan perubahan. kerna raihan percaya akan janji Tuhan-nya,  sesungguhnya Islam itu pasti akan bangkit semula, pasti ! maka raihan tidak akan berhenti sehingga Islam mampu mencapai kemenangan itu insyaAllah !

***

khamis yang lalu, tarikh lahirku mengikut kalendar masihi. umur sudah mencapai 19 tahun. umur sultan muhammad al-fateh bilamana beliau dilantik sebagai sultan. subhanallah.

keesokan harinya, hari jumaat, ditakdirkanNya, aku menghadiri ISK 3.0

seorang akhawat menegur ; "sanah helwah atey"
aku senyum ; "jazakillahukhair :)" 
ditanya pula : "atey dapat hadiah apa?" 
aku menjawab ; "ada patung sikit baju sikit itu sikit ini sikit" 
katanya yang masih segar dalam ingatan :
"insyaAllah ISK ini hadiah paling bermakna untuk atey"

subhanallah. sungguh! terselit kebenaran yang padu pada bait-bait bicaranya. *eh saya sangat bersyukur dengan segala hadiah yang sabahat telah beri, jazakumullahukhair* bukanlah hanya dengan dapat menghadiri program semata-mata. apa yang aku anggap hadiah bermakna adalah;

hati yang telah dicuci bersih dengan ilmu dan tarbiyyah.

***

situasi di atas sana, atas sekali sana, adalah kisah benar. aku sendiri pernah mengalami situasi itu. tetapi, saudara saudari, watak yang aku pegang bukanlah si raihan, tetapi, aku adalah saudara raihan yang telah lama pekakkan diri, butakan mata, bisukan mulut. akulah yang telah membuat raihan jatuh kepenatan. 

aku hidup. melakukan rutin harian. bangun solat makan pergi kelas balik study tidur. untuk berapa lama pun tidak aku sedari. buat dan buat hanya kerana ianya rutin. terselit juga rutin yang menjauhkan aku dariNya, amalan jahiliyyah yang pekat, menebal tertanam didalam hati kecil, berkarat-karat

aduh pedih. ya Allah lama sungguh aku hidup di dalam kotornya jahiliyyah.

***

jahiliyyah, aku tahu engkau tidak akan lari dari aku. malahan saban hari makin menggoda aku pulang kepadamu. maka, aku yang perlu bertindak. aku yang perlu bergerak. aku yang perlu kuatkan diri.

langkah pertama . tahu tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: 
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. ..."
(2 :30) 

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." 
(51:56)

 tujuan kita hidup ? ada dua. khalifah dan 'abid. tahu tujuan. tahu tindakan.
maka setiap apa dilakukan tanya pada diri adakah kita memenuhi tujuan hidup kita ?
adakah diredhai-Nya? adakah semakin dekat denganNya?

ingat, jahiliyyah tidak akan lari darimu. kamu yang perlu lari jauh darinya tanpa pusing belakang.

aku juga terbaca JOM isu 07 , di sini ingin ku selitkan sebuah hadis ;

Ibnu Rawahah berkata kepada Abu Darda' R.A : 
"Marilah kita beriman sejenak. 
Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"

hari ini perasaan aku sebegini. esok tidak tahu bagaimana. sungguh aku mengharap sahabat sekalian, bantu aku jangan lepaskan aku jauh jika aku terlupa. jangan biar aku leka mengabai tujuan hidupku.
kerna sahabat, ingin aku berpegangan tangan denganmu saat memasuki syurgaNya kelak.


tanam dalam diri benih iman sejati :) 



may Allah bless :*


No comments: