Tuesday, October 16

tidak berhenti meminta

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

saya ada cerita. cerita pasal nur.
nur ada seorang kawan nama siti.

nur suka barang cantik. baju lawa. duit banyak. eh eh.
jalan mudah untuk nur dapat semua tu adalah siti kerana siti berkemampuan.
nur minta minta minta minta dan minta dari siti setiap apa yang nur mahukan.
lagi-lagi bila sedih, susah, nur minta macam-macam dari siti.

satu hari, siti ada hajat. siti ingin nur lakukan sesuatu untuknya
tapi, dengan clichenya nur rela hati melarikan diri sambil berkata tidak mahu !

hmm. itu kisah nur.
sakit hati ? apa boleh buat, itu tetap kisah nur. 

***
flowers draw a smile on my face

bila senang, minta pada Allah
bila susah, minta pada Allah
setiap masa, minta pada Allah


tapi,
bila Allah minta luang masa untuk-Nya, 
cari ilmu untuk-Nya, berjuanglah dijalan-Nya
beribadah kepada-Nya,

kita terus angguk. kita terus cakap YA!

eh cop cop cop cop cop, YE KE ?

mengeluh. mengeliat. terseliuh. semua ada secukup rasa.
*bercerita pengalaman sendiri*

ayuh fikir logik. 
kita dengan nur - macam sebijik je.
sedar tak sedar, rupanya kita buat orang lain sakit hati.
*tepuk dahi sendiri kuat-kuat kasi tinggal kesan*


sebagai hamba, logiklah kita sentiasa memohon pada yang Maha Kuasa.
tapi logik juga, kita mengikut setiap yang disuruh bukan? :)

tepuk dada tanya iman. mari menjadi hamba.
promote langitilahi pulak hihi

may Allah bless :*






idea muncul bila rumet membincangkan cara 
untuk mengajak mereka yang tegar memberi alasan
jazakillahukhair. 
bukan hanya untuk orang lain,
tetapi juga sebagai reminder untuk diri sendiri
alhamdulillah :)

No comments: