Sunday, July 15

gembira bila semua kerana Dia


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
anda sihat ? gembira ? tak ? takpe takpe bersabaq naa ape ape pun, alhamdulillah, mari luangkan beberapa saat untuk memanjatkan kesyukuran kepadaNya :)
sudah ? jom baca post saya yang best ini.

  
saat menulis post ni, hati gembira. sangat sangat. urm, sangat.
banyak peristiwa berlaku 2, 3 hari. takpun dalam 2 minggu lepas ni. ada yang membuatkan hati berbunga mekar, bibir tersenyum indah dan ada juga yang mengguris hati kecil, mencuri tawa riang gembira. macam macam ada.

takdir Dia aku dicampakkan dalam satu suasana yang sungguh hebat. suasana kasih sayang, suasana riang gembira gelak tawa, suasana tarbiyyah, suasana mengingati Allah dalam setiap tingkah laku. bersyukur tak terhingga dengan ketentuanNya. rasa macam hidup dalam novel, hah over sikit tu. tapi betul, ada masanya gembira sampai taktahu nak describe bagaimana perasaan gembira tu.




scene 1: "akak dari mana ni ?" "akak dari hospital."
scene 2: "akak nak pergi mana lepas ni?" "akak nak pergi hospital, clerk patient untuk class esok"

sebelum atau selepas habis gathering / aktiviti bersama kami, macam tu lah perbualan selalunya dengan akhawat senior specificnya tahun tiga, mereka dah mula tahun klinikal. hospital sudah seperti rumah kedua.

bunyi mudah, ringan akak-akak tu sebut, nampak macam senang, macam semua orang mampu. tapi saya tahu, sebenarnya tidak, hanya mereka yang terpilih sahaja. jasa mereka, perlu pengorbanan yang besar, semangat juang yang tinggi dan bermujahadah untuk istiqamah berbuat begitu. dan hanya mereka yang percaya akan janjiNya yang akan berani menyahut cabaran dakwah itu.

terharu. bersyukur.
dakwah mereka ringan, santai.
dakwah fardhiyyah disampaikan hanya dengan menjadi diri mereka. indah.

aku bersyukur dengan suasana ini. mereka, kami, bersama sama berjuang dalam bidang yang sama, dan mencari cinta yang sama, cinta Dia :)



atey, kak hani, mira noordin
tiba tiba jadi tangga, 1001 ekspresi muka ;D


Ehem, yang tudung hijau tu Kak Umi, isteri Mr.Shakib. Saya baru tahu Sir adalah cikgu kak Umi dan juga suami kak Umi, patutlah muka kak Umi sangat familiar, lepas cerita kat ggbs baru tahu. Saya sangatlah teruja. Kecil betul dunia. Nanti nak berkenalan lagi <3


*Hadiqatul Jannah is ohsemazing ;)*


***

part yang down tu ? oh tak perlu lah kongsi, saya nak awak yang baca post saya ni rasa gembira je.
aww atey is so sweet :3

***

oh ha, saya kat kl sekarang. semalam bertolak petang dari ipoh naik ets. ktm laju katanya. memang laju pong. sepatutnya stop kl sentral. tiba tiba nampak ada stesen rawang, stop situ sebab plannya nak terus join AUTing 008 kat rumah cikgu shikin. alhamdulillah, semua berjalan lancar, AUTing 008 sangat best.

Roses selalu muncul bila hati perlukan sesuatu. Sebab itu saya cuba cari masa join AUTing kali ni. Berada bersama mereka, gembira lain, gelak tawa lain, garang garang pun lain, apa yang lain ? o.O Lain ruh-nya bak kata Didi.

Dapat jumpa tengok muka sembang kongsi saling memperingatkan,
ukhuwah itu tak pernah rasa macam pernah berjauhan pon.

khairi, zafi, wardah, aisyah, nu',
artis atey, ikoi, didi :)

oh tertinggal laptop dan quran kat Rawang. sedih. ujian.

Kami sentuh mengenai Ramadhan, ya Allah 6 hari sahaja lagi.
Dan Didi hurai hadith 31 dari hadith arba'in, mengenai zuhud.
Atau nama lainnya bak kata Wardah, qanaah.

Bersederhana.

"Ramai bersyukur dapat sesuatu yang baru tapi tak ramai bersyukur dengan apa yang dah ada" - Dr Asri

Syukur - bukan sesuatu yang boleh dipelajari dalam satu hari, atau selepas satu, dua ceramah, ia muncul dari hati yang sentiasa ikhlas mengingatiNya.

Ramadhan menghampiri, ayuh, mari sediakan hati-hati suci murni untuk dipolishkan agar kekal bersinar menyinari dunia akhir zaman ini.

Ya Allah saya sungguh tidak sabar menantinya. Iftar, iktikaf, tadarus, oh bersemangat. Semoga kita memanfaatkan masa Ramadhan sebaiknya <3




Alhamdulillah 'ala kulli hal. Allahummagh firli waiyyakum :')

may Allah bless :*


No comments: