Showing posts with label teguran. Show all posts
Showing posts with label teguran. Show all posts

Wednesday, November 28

celupan sempurna


tiba-tiba terfikir sesuatu. ilham dari Dia.

***


saya dah boleh makan sayur.
hari ini banyak jenis sayur saya dah belajar makan ; 
sawi, kobis, kailan, kacang buncis, kangkung, batang saderi dan sebagainya. 
betul. buat apa perlu tipu kan. 
tapi hanya jika ia adalah  sejenis lauk. 
kalau jenis yang sayur dalam nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, dalam burger dan sebagainya, 
kiranya sayur yang bukan lauk, tetapi dimasak sekali, saya tidak begitu berminat.

tak percaya tanya usrah-mates saya, ex-usrah mates >.<

eh eh kenapa dengan sayur ? uhuk uhuk

***

dalam minggu ini, ada dua lecturer non-muslim yang saya hormati, bercakap mengenai Islam. bukan beri ceramah keagamaan ke apa, cuma menyentuh sekecil-kecil isu - tudung.

1st lecturer : panasnya lecture hall ni. *cakap pasal baju buat dari cotton dan synthetic* I don't know how you guys can wear tudung.

2nd lecturer : cancer patients are afraid of losing hair. but for you Muslim women, you don't need to worry about that. *sebab jika botak pun, manusia yang tidak halal, tidak tahu*

***

sambil membaca Basic Immunology, tiba-tiba satu ayat terlintas di ingatan, terus aku hidup dalam imaginasi, mengaitkan kesemua pengalaman yang berkaitan, oh sungguh bagai dalam drama aku rasakan. 

ayat apa ? ayat ini ;

"Wahai orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan
dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh ia adalah musuh yang nyata bagimu." 
2 : 208

***
berbalik pada sayur. saya walaupun makan sayur yang dilabel lauk. masih ramai cop muka saya "BTMS" : Budak Tak Makan Sayur. padahal makan sayur, cuma kalau sayur tu lauk. kalau orang tanya saya makan sayur tak ? saya jawab ; makan. tiba tiba, mesti ada muka pelik sebab bagi mereka saya tak makan sayur. situasi ini bagi saya aneh.

tetapi label Muslim. 
masih dipanggil Muslim, sedangkan tidak masuk ke dalam Islam secara keseluruhan pun? sedangkan itu pesanan Dia. dalam kitabNya. direct to the point. no turning around. hmm, situasi ini bagi saya lagi aneh. 


bila ada dua lecturer menyentuh even the smallest thing about Islam, and they are non-Muslims, entah, macam rasa kagum. mereka sebenarnya tahu a little bit something about Islam based on what we do. how we act. what we wear. generally, who we are everyday.

dan kalau, setiap tingkah laku kita bukanlah mempamerkan Islam itu sendiri, macamana ? mereka akan faham Islam itu adalah sebagaimana yang kita paparkan itu. jika ia positif alhamdulillah. tetapi jika ia negatif ?

bila dah terfikir, hidung sendiri yang terkena paling perit. saya tak pandang orang lain. serius. sebab diri sendiri ni, aduh. banyak sangat perlu diperbaiki. kerdil sungguh. haiya! bantu saya ya sahabat :)




***

Allah beri ilham untuk beri peringatan. moga dapat berusaha ke arah yang lebih baik. 
yosh !

may Allah bless :*




p/s ; takpa nak terus panggil saya BTMS pun,
no problemo ;)

Thursday, March 8

pedas tapi thanks

langkawi, forever in memories <3
( gambar ramai ramai takpe insyaAllah :)


assalamualaikum warahmatullah :)

saya, dapat rasa, saya lain sekarang. taktahu la sebab penurunan berat badan ke ape hihi. taklah bukan itu. okay senang je. dulu, bukanlah saya ni jahat ke liar ke.

cuma satu je sikap saya, saya suka bergambar B)
bergambar buat saya rasa teruja, happy dan hmm. gembira la senang cerita.
dan memang ditakdirkan saya ni agak photogenic. ahaks :P

facebook, macam biasa tempat remaja belia orang tua muda papar kisah masing masing. dan saya adalah seorang daripada mereka. kerap upload gambar yang saya rasa photogenic sikit sebab saja, suka suka tapi sejujur jujurnya dalam hati tiada niat nak orang puji ke ape. sebab saya memang suka bergambar.

namun begitu, itu bukan alasan. niat tidak menghalalkan cara. mungkin pada dasarnya saya tiada niat, benda yang boleh menimbulkan fitnah seharusnya dielakkan. mungkin bila ada orang like ke, komen "comelnya Ateeey !", perasaan riak mungkin mula bertapak. hati manusia siapa tahu ? saya pun tak.

tapi pada awalnya saya tidak sedar. sehinggalah satu hari,
saya upload gambar yang saya rasa cool.
2 / 3 hari lepas tu, saya lepak bersama kawan saya kat kmkn sorang ni,
dia cerita ada seorang lelaki, ajnabi, well orang yang bukan muhrim saya la kan,
tengok gambar tu dan kata ,

"tengok, ada ke budak al-amin buat macam ni."


tu, saya buat muka control. tapi dalam hati, macam kena panah straight tembus terpecah seribu. saya rasa kata kata itu sungguh pedas. pedas yang menyeksakan sebab pedas biasa macam sambal belacan sedap, I loike. sebab saya dipandang untuk membawa imej Islam dari SMIAAG, tapi apa yang saya tunjuk pada mereka ? astaghfirullah.

reaksi awal ;
siapa dia untuk nilai aku, bukannya kenal aku siapa, diri sendiri tu tak fikir ?
rasa marah itu memang ada. tapi saya simpan.

lama-lama, saya mula bertindak dengan mulakan perubahan.

saya mula sedar. memang saya ni photogenic. tapi kenapa harus dipapar untuk semua dan bukan untuk yang satu di masa hadapan ? pasti ia akan menjadi salah satu keistimewaan. *hoho fikir jauh sangat ni ;D* jadi saya mula tekan button delete satu demi satu. makin lama makin ringan je.

dulu facebook tempat saya meronggeng, stalk dan segala benda tak memberi manfaat. sekarang, saya suka tengok video video cool yang mengingatkan kita kepada Pencipta kita, share gambar menarik, communicate dengan orang orang berimu :)

reaksi kedua;
eh eh, saya dah lain. kenapa ? kerana teguran pedas itu.

"man qola lailahaillah, fa huadda'i"

pada mulanya, saya marah dengan komen beliau. hanya kerana diri dia bagaimana.
tapi saya tak pandang isi komennya yang betul.

kalau nak tunggu orang yang sempurna yang menegur, taktahulah bila. sementara itu, taktahu apa yang akan terjadi pada saya. oleh itu, terima kasih wahai ajnabi.


***

in the nutshell, tak kisahlah siapa yang menegur, pasti ada sebab orang tegur kita, apa yang penting, ambil teguran itu untuk kita berubah ke arah yang lebih baik, ke arah yang lebih dekat untuk mencapai mardhatillah <3