Thursday, March 8

pedas tapi thanks

langkawi, forever in memories <3
( gambar ramai ramai takpe insyaAllah :)


assalamualaikum warahmatullah :)

saya, dapat rasa, saya lain sekarang. taktahu la sebab penurunan berat badan ke ape hihi. taklah bukan itu. okay senang je. dulu, bukanlah saya ni jahat ke liar ke.

cuma satu je sikap saya, saya suka bergambar B)
bergambar buat saya rasa teruja, happy dan hmm. gembira la senang cerita.
dan memang ditakdirkan saya ni agak photogenic. ahaks :P

facebook, macam biasa tempat remaja belia orang tua muda papar kisah masing masing. dan saya adalah seorang daripada mereka. kerap upload gambar yang saya rasa photogenic sikit sebab saja, suka suka tapi sejujur jujurnya dalam hati tiada niat nak orang puji ke ape. sebab saya memang suka bergambar.

namun begitu, itu bukan alasan. niat tidak menghalalkan cara. mungkin pada dasarnya saya tiada niat, benda yang boleh menimbulkan fitnah seharusnya dielakkan. mungkin bila ada orang like ke, komen "comelnya Ateeey !", perasaan riak mungkin mula bertapak. hati manusia siapa tahu ? saya pun tak.

tapi pada awalnya saya tidak sedar. sehinggalah satu hari,
saya upload gambar yang saya rasa cool.
2 / 3 hari lepas tu, saya lepak bersama kawan saya kat kmkn sorang ni,
dia cerita ada seorang lelaki, ajnabi, well orang yang bukan muhrim saya la kan,
tengok gambar tu dan kata ,

"tengok, ada ke budak al-amin buat macam ni."


tu, saya buat muka control. tapi dalam hati, macam kena panah straight tembus terpecah seribu. saya rasa kata kata itu sungguh pedas. pedas yang menyeksakan sebab pedas biasa macam sambal belacan sedap, I loike. sebab saya dipandang untuk membawa imej Islam dari SMIAAG, tapi apa yang saya tunjuk pada mereka ? astaghfirullah.

reaksi awal ;
siapa dia untuk nilai aku, bukannya kenal aku siapa, diri sendiri tu tak fikir ?
rasa marah itu memang ada. tapi saya simpan.

lama-lama, saya mula bertindak dengan mulakan perubahan.

saya mula sedar. memang saya ni photogenic. tapi kenapa harus dipapar untuk semua dan bukan untuk yang satu di masa hadapan ? pasti ia akan menjadi salah satu keistimewaan. *hoho fikir jauh sangat ni ;D* jadi saya mula tekan button delete satu demi satu. makin lama makin ringan je.

dulu facebook tempat saya meronggeng, stalk dan segala benda tak memberi manfaat. sekarang, saya suka tengok video video cool yang mengingatkan kita kepada Pencipta kita, share gambar menarik, communicate dengan orang orang berimu :)

reaksi kedua;
eh eh, saya dah lain. kenapa ? kerana teguran pedas itu.

"man qola lailahaillah, fa huadda'i"

pada mulanya, saya marah dengan komen beliau. hanya kerana diri dia bagaimana.
tapi saya tak pandang isi komennya yang betul.

kalau nak tunggu orang yang sempurna yang menegur, taktahulah bila. sementara itu, taktahu apa yang akan terjadi pada saya. oleh itu, terima kasih wahai ajnabi.


***

in the nutshell, tak kisahlah siapa yang menegur, pasti ada sebab orang tegur kita, apa yang penting, ambil teguran itu untuk kita berubah ke arah yang lebih baik, ke arah yang lebih dekat untuk mencapai mardhatillah <3

2 comments:

ex-roommate :) said...

ateeeey~

alhamdulillah. memang niat di hati nak tegur pasal tu, cuma tak kesampaian lagi. lemahnya iman kaan. huhu. thanks pada si jejaka tu.
and paling penting, thank YOU ALLAH !
Uhibbuki fillah ateey..


p/s: Sangat jatuh cinta dengan Athirah Zahari yang baru nii, weee :'D

ateyyyy said...

ex rumet :)

terima kasih jenguk blog hihi <3
laaa kenapa tak tegur ?
takpe takpe, insyaAllah nanti kita kuatkan iman ya kawanku sayang :)

saya cinta kamu juga sayang !
I miss yoooou .