Wednesday, April 3

dalam sakit, ada manisnya


dua minggu menghampiri final, tahap ketahanan badan nampaknya sedikit lemah. mungkin berpunca dari emosi dan psikologi yang tidak stabil buat beberapa hari ini. (alhamdulillah sudah terubat oleh si dia, dengan susunan masa yang indah & keizinan istimewa oleh Dia) pelbagai jenis penyakit datang menyinggah. mata bengkak, badan menggeletar, hidung mengalir, tekak nak terkeluar, perut bergelojak? #eh

tapi sahabat, nak tahu?
dalam menahan semua kesakitan itu, Dia selitkan keindahan :')

***

dalam kesibukan masing-masing dengan urusan tersendiri, masih ramai sahabat yang mampu meluangkan masa hanya untuk merisaukan diri yang tidak pun istimewa ini. hati terus berbunga bila tahu, walau kami tidak punya masa untuk luang bersama buat masa ini, tetapi Allah itu sangat sweet, Allah masih memegang hati-hati kami dengan ikatan yang satu.


bunyi macam dramatik sangat duhai puteri lilin. cerita cliche pulak tu.
tolong jangan perbesarkan benda remeh.
itulah. bagaimana? benda remeh ini yang membuktikan ikatan hati kami.
dan benda remeh ini yang membuatkan diri ini mampu.


***

"Aqidah ini memang ajaib!" seru Syed Qutb dalam tafsirnya ; Fi Zilalil Qur'an. 

"Ketika (aqidah itu) telah meresap dalam hati, ia akan menjadikan hati itu dipenuhi cinta dan kasih sayang di antara sesamanya. Yang keras beralih lunak, yang kasar menjadi lembut, yang kering berubah menjadi basah, yang liar menjadi jinak. Ia berjalin kelindan di antara sesamanya dengan jalinan yang kukuh, dalam dan empuk."

"Tak ada yang mengetahui kegaiban himpunan hati ini, kecuali Dia yang telah mempersatukannya. Tak adayang merasakan indah kecuali hati-hati itu sendiri. Mereka berikrar untuk bermesra di-jalanNya."

- Salim A. Fillah ; Dalam Dakapan Ukhuwah

isu sebenar : saya sakit teruk untuk beberapa kali dalam 2 minggu ini.
isu penting : perasaan indahnya ukhuwah di dalam hati saya makin berbunga tiba-tiba :')

kerna saya yakin dengan ayatNya,
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu kemudahan. 
Sesungguhnya bersama kesulitan itu kemudahan."
94 : 5-6


Allah gunakan perkata 'bersama' bukan 'selepas'. Maksudnya, sambil kita rasa susah, perit, pahit, penat, ada sesuatu yang membawa kemudahan, keindahan, ketenangan Allah sudahpun sediakan. Kita cuma harus buka mata dan cari apa keindahan yang Allah hadiahkan itu :')

***

Dan benarlah kata Imam Ghazali, 
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, 
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

***

Shoutout untuk mereka yang masing-masing dalam usaha tahap maksimum kerana Allah, untuk kita mendapatkan keputusan terbaik yang Allah akan beri pada kita, jazakumullahukhairan kathira untuk tembakan doa dan sokongan, dan dalam usaha kita yang semakin menghampiri saat genting itu, 

ayuh sentiasa perbaharui niat, kerana Allah tahu :') Yosh!
dan jazakumullahukhair for the ukhuwwah, somehow for now it is a motivation for me to do my best ;)


moga Allah redha :*



1 comment:

MohdHafizan said...

Salam alaik. Mohon kebenaran copy paste petikan dari buku Dalam Dekapan Ukhuwah. Jazakillah.