Wednesday, April 24

jangan tak ubah


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
sudah lama rasanya, jari jemari ini tidak bersuka ria di atas papan kekunci toshiba ini.
alhamdulillah akhirnya Allah kurniakan ilham moga ia memberi manfaat.

post kali ini, is a new side of me, sebab saya tak pernah tulis pasal benda ni.
tapi rasanya, it's time, untuk saya ubah ! - ini *sambil jari tunjuk kat kepala*

inche gabbana risau nak post pasal politik, sebab pasti ada pihak yang akan mem-politik-kan post beliau, tapi itulah, saya tidak popular macam inche. rasanya tiada apa perlu dirisaukan kekeke. tapi post ini seakan inche telah hack saya, tabahkan diri untuk menghabiskannya :')

***

dulu zaman kecik-kecik, zaman sekolah lah kira, zaman pakai baju sekolah 5 hari seminggu, saya benci politik. mungkin terlebih dramatik disitu. saya tiada perasaan sebenarnya. mindset saya : apa nak jadi jadilah. bagi saya politik bukan benda penting saya perlu ambil tahu. sebabnya mudah, saya jenis manusia cool, oh sesungguhnya bukan niat saya untuk bermegah, tapi betul.

saya jenis tak suka perkara yang penuh emosi tidak stabil, tengking-menengking tahap trachea hampir meletup, kutuk mengutuk secara tidak matang di media, hubungan kekeluargaan rapuh kerana perbezaan parti pilihan, jiran tidak bertegur sapa dan banyak lagi, saya pasti anda sendiri tahu apa lagi yang boleh ditulis di sini. jadinya, saya ambil keputusan, whatever, you guys go and have this fight, I am just gonna sleep. lebih kurang gitu.

tapi, itu dulu.

***

alhamdulillah, saya dibesarkan bukan untuk menerima dan menerima dan menerima. surroundings saya mengajak saya untuk berfikir. ibu bapa, abang-abang. oh adik saya bolehlah ambil kredit sikit, kaum kerabat pun juga. cuma masa sekolah dulu malas nak fikir, lebih baik layan korea ke merlin ke tengok movie ke. tak stress, malah bahagia. 

tapi, itu dulu. 

sekarang, saya lihat ia seakan satu amanah untuk kita ambil tahu tentang politik, okay dalam bahasa mudahnya, kita kena tahu siapa yang memimpin kita, yang memimpin negara yang kita diami. sebabnya mudah, apa saja keputusan keluar dari kepala mereka, kesannya pada kita. mereka buat sesuatu dapatkan untung, kita dapat hasilnya. mereka buat sesuatu merugikan, kita kena bayar padahnya. every single decision. seriously, every single decision.

jadi bayangkanlah, kalau most of the decisions are made untuk kepentingan pihak tertentu, padahnya siapa perlu bayar? if most of the decisions are made tanpa menghiraukan suara rakyat, apa kejadah namanya wakil rakyat in the first place. most importantly, if most of the decisions are made langsung tidak menghiraukan syari'ah Allah, ajaran Baginda, mana berkatnya kepimpinan negara kita?
nauzubillahi min zalik.

dan semua orang sibuk duk fikir, kenapa masalah sosial makin berleluasa. masalah jenayah dah boleh setanding US. oh dan masalah korupsi? ohoi, kalau tak muntah hijau dengar cerita ini memang tak sah. hidup dalam keluarga terlibat bisnes besar, lagi lah muntah pelangi pun boleh. lagi hebat dari badang, jangan memain. ini serius.

***

kalau nak selit fakta menarik kat sini memang saya taktahu. fakta memang bukan bidang saya kekeke. fakta sains boleh lah. fakta angka, sejarah memang jujur, saya tak minat langsung wahaha. tapi, bila saya kata tak minat, tak bermaksud saya tak kisah. cara nak saya dengar speech anda is by fakta and truth. dan wajiblah fakta yang sah. kalau duk penuh semangat tapi fakta entah pahape, penipuan terang lagi bersuluh, byebye.

kalau fakta dari surat khabar atau berita memang hancus semuanya. oppps. rasa nak tergelak baca. abah sendiri pernah di-interview by satu surat khabar ni, apa ditulis langsung tak berkait dengan apa abah cakap, semua diorang tulis sendiri. apa tujuan interview entah, buat habis filem -.- bak kata pemimpin hebat seorang ni, kerja menipu memang kerja depa, biaq pi kat depa, depa kira-kira depa tak reti. adus tragis kahkahkah.

kerana itu, kita, the younger generations, we have eyes everywhere, we have internet, we have youtube, we have everything on our fingertip, spread out your wings and try to search for the truth. english pulok. seriously, seek for the truth. and, berhentilah tutup kepala anda dari berfikir. dan berhenti bersuara bila imu di dada sangat tidak mencukupi. saya suka untuk hormati pendapat orang lain, tapi bila it is langsung tak logik, it is really hard to do so. but I still try my best to respect you, really.

bebel panjang panjang nanti post ini tiada orang baca, tiada manfaat. benda saya post ini pun something that someone who is over 18 years old should understand well already. logik akal. kalau dah lebih 18 pun logik akal kurang berfungsi, well then, saya tak berhak mengatakan yang selanjutnya. boleh fikir sendiri.

the end.

***

bila semua masalah ini berkaitan mendapatkan pemimpin yang terbaik untuk negara, saya jadi rindu. rindu teramat. pada Baginda, pada barisan sahabat Baginda. saat kepimpinan milik mereka. Allah. pasti dunia aman sentosa damai bahagia. pasti sangat hebat sesuatu negara itu unutk mampu melahirkan pemimpin seperti mereka. palestine and mesir dah pun. tak mustahil lah kan :')

kadang-kadang, terbayang, jika Khalid al-Walid masih ada, saya akan hantar surat padanya pohon dia tawan negara ini dan kuasai kepimpinannya. mungkin juga pada Salahuddin, atau Nuruddin az-Zanki. Vendetta pun boleh, kasi letup semuanya bwahaha. that would be super awesome. dramatik lagi.


dalam bukunya Petunjuk Sepanjang Jalan , 
as-Syahid Syed Qutb menyatakan (mafhumnya) ;

Allah telah menjanjikan untuk menjaga Al-Qur'an dan agamaNya, 
dan Allah mengetahui dakwah ini boleh tertegak selepas ketiadaan Rasulullah s.a.w, 
kerna itu Allah wafatkan Baginda setelah 23 tahun perjalanan dakwahnya. 
maka ketiadaan Baginda bukanlah penyebab dakwah ini tidak boleh diteruskan.


bila kita perhatikan sesetengah pemimpin yang berjuang, 
kita boleh lihat pada wajah mereka, perjuangan mereka bukan senang. 
bukan sekejap. bukan suka-suka, bukan hobi masa lapang. 
teruk dikerjakan, keluar masuk penjara penat lelah bertahun-tahun lamanya, 
tapi mereka tak berhenti. 
seriously, kalau ini perjuangan hanya untuk kutip duit masuk poket, 
hanya untuk ditumbuk sampai mata lebam, 
hanya untuk dibiarkan dirakam video entah pahape serius tak matang, 
dengan semua keperitan itu, pasti sudah lama mereka berundur. pasti. 

tapi tidak. mereka terus maju, makin kuat, makin gagah.
bukti mereka sememangnya berjuang untuk kita.

and for that, 
they are the leaders I pray to be ruling this country now and forever since.
peace out. assalamualaikum, may Allah bless :*



No comments: