Thursday, March 28

aku gembira, maka aku takut


bila rasa ujian Allah beri amat berat,
Allah hadirkan sahabat bercerita ujian dari Allah untuknya.

Allahurabbi. lebih berat ujian Allah untuknya.
apalah nak dibandingkan dengan ujian aku ini?

jujurnya aku cemburu,
kali ini, Allah pilih dia, bukan aku.

dan, sungguh aku takut,
dengan hari-hari yang berlalu penuh dengan kegembiraan semata,
hari-hari yang terus berlalu tanpa terasa diuji,
bagaimana sebenarnya tahap imanku saat ini?


"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

29 : 2

iman tinggi, ujian besar

Allah, 
rindu aku untuk rasa lemah di hadapan Mu
rindu aku untuk jelas kebergantunganku hanya pada Mu

jangan biar dunia terus menembusi hati aku

***

tidak salah terus hidup gembira,

tetapi sahabat,
hidup gembira yang bagaimana?
hidup gembira keindahan dunia fana, atau,
hidup gembira kerana sentiasa punya Allah bersama ? 


"maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, 
dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, 
dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya, 
serta meletakkan tutup atas penglihatannya. 
maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk 
setelah Allah membiarkannya sesat? 
mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"

45 : 23


moga Allah redha :')


No comments: