Showing posts with label akhawat. Show all posts
Showing posts with label akhawat. Show all posts

Thursday, March 13

kunci takmau lemau



istiqamah.
lama mencari kunci untuk terus gagah melakukan yang itu.
susah wey susah. terutama, bila tinggal sendiri.

tiada akhawat. tiada bi'ah.
yang ada diri sendiri. dan ruang udara, berjerebu.
dan jahiliyyah yang terlampau dahsyat pekatnya.
dan apa sahaja yang masih ada, dalam hati - iman.

duhai jiwa yang bermujahadah,
kunci istiqamah adalah iman
iman yang membara di dalam hati seorang mu'min
iman yang mampu menggerakkan anggota, menzahirkan amal
dan semuanya kerana Dia.

berbincang dengan murobbi,
"akak, saya rasa susah nak sorok apa yang saya dah faham ni. macam nak bagitau semua orang"
"tak perlu pun sorok, sebab kefahaman itu datang dengan iman, 
dan iman seorang mu'min akan terus memancar keluar. iman tidak akan mampu untuk disorokkan."
*au kama qolat a.k.a lebih kurang gitulah conversationnya.

bila yang dikatakan susah untuk istiqamah itu, kerana di saat itu, sungguh iman kita benar teruji. dan yang menjadi saksi hanya Dia. Allah yang satu. tiada manusia yang akan menilai kita, tiada manusia yang akan memandang enteng pada kita, jika kita tidak melakukan yang ma'ruf atau sekiranya kita mengamalkan yang mungkar *nauzubillah. tetapi jika iman itu masih bersinar, maka amal itu berterusan, 
istiqamah itu hadir.

pasti lah berbeza apabila bersama yang mereka yang sentiasa saling peringatkan untuk penuhkan mutabaah amal, yang sentiasa berlumba mengejar amal kebaikab bila bersama. senang. untuk terus beramal itu mudah.

lumrah lah kan. bila ada ujian kita rasa susah. dan bila kita tidak teruji. senang rasanya.

yang menjadi kerisauan, betulkah di saat senang itu, 
amal kita lahir dari iman yang membara itu? 
benarkah penuhnya mutabaah amal itu kerana iman yang tidak mampu disorokkan itu?

in shaa Allah, moga semuanya kerana iman kita. tapi hakikatnya, kadang, kita sendiri taktahu. sebab buktinya kita sedang perjuangkan iman kita adalah apabila kita sedang hadapi realiti hidup. ya, yang apabila tinggal sendiri, tiada akhawat, tiada bi'ah, yang kita punya, hanya iman. saat apabila teruji itu. baru boleh dikenal pasti iman itu benar sedang membara, atau semakin malap cahayanya. dan selama ini, kita beramal kerana wujudnya iman atau sebaliknya? T.T

saat itu, kita mampu melihat, takat mana iman kita sebenarnya.

allahurabbi, tsabbit qulubana 'ala dinik :)

pointnya, bukanlah nak emphasize, tak perlu cari bi'ah itu, tapi fokus sebenar adalah untuk kita jelas untuk perjuangkan setiap amal itu adalah kerana iman. iman yang sentiasa membara itu. hanya kerana Dia. amal yang moga tidak sia sia. amal yang tidak akan menjadi debu yang berterbangan tu. in shaa Allah. biiznillah :') Allahu. alhamdulillah for this amazing reminder :)

moga terus istiqamah di mana sahaja bumi Allah anda berada.
moga terus gagah pertahankan iman di dada. supaya terus bersinar dan terus menyinari.
in shaa Allah, biiznillah :')

***

KL jerebu. sampai dalam Jusco. saat rasa begitu terhimpit, sebab paru paru saya dan hidung saya sedikit lemah dari normal, rasa nak lari dari KL, tiba tiba Allah turunkan hujan. dalam 3 saat. how He knows, what we prayed for. even for that beautiful 3 seconds, I have faith in You more and more :')
so in shaa Allah saya stay kat KL hihi. 

doakan Gaza. doakan MH370.
pesan kapten ; mungkin perlu perbanyak solat taubat dulu sebelum solat hajat.

lama betui tak menulis. hihi.
dah maghrib. solat dulu.
assalamualaikum :)




Wednesday, April 3

dalam sakit, ada manisnya


dua minggu menghampiri final, tahap ketahanan badan nampaknya sedikit lemah. mungkin berpunca dari emosi dan psikologi yang tidak stabil buat beberapa hari ini. (alhamdulillah sudah terubat oleh si dia, dengan susunan masa yang indah & keizinan istimewa oleh Dia) pelbagai jenis penyakit datang menyinggah. mata bengkak, badan menggeletar, hidung mengalir, tekak nak terkeluar, perut bergelojak? #eh

tapi sahabat, nak tahu?
dalam menahan semua kesakitan itu, Dia selitkan keindahan :')

***

dalam kesibukan masing-masing dengan urusan tersendiri, masih ramai sahabat yang mampu meluangkan masa hanya untuk merisaukan diri yang tidak pun istimewa ini. hati terus berbunga bila tahu, walau kami tidak punya masa untuk luang bersama buat masa ini, tetapi Allah itu sangat sweet, Allah masih memegang hati-hati kami dengan ikatan yang satu.


bunyi macam dramatik sangat duhai puteri lilin. cerita cliche pulak tu.
tolong jangan perbesarkan benda remeh.
itulah. bagaimana? benda remeh ini yang membuktikan ikatan hati kami.
dan benda remeh ini yang membuatkan diri ini mampu.


***

"Aqidah ini memang ajaib!" seru Syed Qutb dalam tafsirnya ; Fi Zilalil Qur'an. 

"Ketika (aqidah itu) telah meresap dalam hati, ia akan menjadikan hati itu dipenuhi cinta dan kasih sayang di antara sesamanya. Yang keras beralih lunak, yang kasar menjadi lembut, yang kering berubah menjadi basah, yang liar menjadi jinak. Ia berjalin kelindan di antara sesamanya dengan jalinan yang kukuh, dalam dan empuk."

"Tak ada yang mengetahui kegaiban himpunan hati ini, kecuali Dia yang telah mempersatukannya. Tak adayang merasakan indah kecuali hati-hati itu sendiri. Mereka berikrar untuk bermesra di-jalanNya."

- Salim A. Fillah ; Dalam Dakapan Ukhuwah

isu sebenar : saya sakit teruk untuk beberapa kali dalam 2 minggu ini.
isu penting : perasaan indahnya ukhuwah di dalam hati saya makin berbunga tiba-tiba :')

kerna saya yakin dengan ayatNya,
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu kemudahan. 
Sesungguhnya bersama kesulitan itu kemudahan."
94 : 5-6


Allah gunakan perkata 'bersama' bukan 'selepas'. Maksudnya, sambil kita rasa susah, perit, pahit, penat, ada sesuatu yang membawa kemudahan, keindahan, ketenangan Allah sudahpun sediakan. Kita cuma harus buka mata dan cari apa keindahan yang Allah hadiahkan itu :')

***

Dan benarlah kata Imam Ghazali, 
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, 
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

***

Shoutout untuk mereka yang masing-masing dalam usaha tahap maksimum kerana Allah, untuk kita mendapatkan keputusan terbaik yang Allah akan beri pada kita, jazakumullahukhairan kathira untuk tembakan doa dan sokongan, dan dalam usaha kita yang semakin menghampiri saat genting itu, 

ayuh sentiasa perbaharui niat, kerana Allah tahu :') Yosh!
dan jazakumullahukhair for the ukhuwwah, somehow for now it is a motivation for me to do my best ;)


moga Allah redha :*