Wednesday, October 3

belum segagah itu


tahun ini,
ditakdirkanNya  direkrut ke dalam Avant Garde - nama special usrah
murobbiku seorang muslimah hebat , tingkah laku , kata-katanya
mengajak aku berfikir sejenak dan mengingati Tuhan yang Esa
selain AG, kami juga dipanggil Khalid , supaya suatu hari nanti ,
peribadi kami mencontohi peribadi Khalid al-Walid yang sebenar

tetapi,
itu lah kisahnya ,
bila hendak dibandingkan peribadi pada hari ini - saat ini ,
dengan Khalid sahabat hebat di zaman Baginda itu ,
bezanya bagai langit dan bumi , siang dan malam , putih dan hitam

cuba untuk menjadi gagah, berkali-kali
sesetengah situasi aku mampu ,
baki selain dari itu , merasa diri ini adalah selemah-lemahnya
walau senyuman di bibir aku cuba untuk tidak hilangkannya

oh bukan, disini bukan untuk mengeluh, membebel perkara tidak perlu,
tetapi untuk mengeluarkan kenyataan bahawa ada masanya, seperti saat ini,
hati ini, tidak cukup tabah

sungguh apa yang aku inginkan,
cumalah doa dari sahabat sekalian - agar hati kecil ini tabah setiap masa

dan sungguh, ingin ku rasakan sekali lagi, kegagahan itu

*
tidak ku salah sesiapa atau apa-apa, kerna akhirnya ia berbalik kepada iman. muhasabah aku, mungkin hubungan ku denganNya begitu longgar. atau mungkin ini hanya salah satu permainan emosi seorang wanita. hormonal imbalance mungkin ? -.- apa pun ia, , sahabat , jika takdir kita adalah untuk berjumpa, jangan tunjukkan wajah sedih apatah lagi simpati kerna apa yang aku tulis hari ini , bukan ekspresi wajah yang aku pohonkan , tetapi sokongan dan doa kalian :)

jazakillahukhairankathira, ayuh saling menembak doa. sungguh doa untuk sahabat tanpa pengetahuannya adalah salah satu doa makbul bukan? mari berjumpa di dalam rangkaian doa kita wee :)


yang ikhlas,
hamba yang akan sentiasa cuba tersenyum 

may Allah bless :*


2 comments:

musafir asing said...

avant garde tu apa? tak tau punn.. bu

ateyyyy said...

nama anak usrah kak bijah dulu :)
barisan hadapan <3