Thursday, October 11

ingat Baginda

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


walau penat, sabar sahabatku, sabar, jangan disambut dengan mengeluh, lupakah kamu betapa penatnya Rasulullah bertahan segala rintangan demi menyampaikan Islam dahulu?

walau sakit, kuat sahabatku, kuat, jangan terus jatuh duhai sahabat, masih ingat kisah baginda di Taif? masih ingat teruknya Rasulullah cedera semasa perang Uhud?

walau sedih, tahan tangisan itu sahabat untuk saat ini, kerna masih ingat lagi? sedihnya Rasulullah apabila ahli keluarganya dibawa pergi bertemu Ilahi di saat Baginda sangat memerlukan mereka? masih ingat, ada satu masa sedihnya Rasulullah, sehinggakan Allah kurniakan ad-Dhuha memujuk hati baginda :')

***

sangat pasti, kudrat manusia ada batasnya, bukan boleh terus diguna 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa rasa letih dan penat. jika ada yang mampu, timbul pula persoalan misteri mana datangnya kuasa daya tahan sehebat itu bukan?

duhai sahabat :') Rasulullah, rasul kita, juga mengharungi setiap apa yang kita lalui, penat, sakit, pedih, sedih, semuanya baginda pernah, secukup rasa. eh tapi bagaimana kita masih mempunyai peluang keemasan menghirup udara segar kurniaan Ilahi, memegang jitu syahadah sebagai bukti Islam masih wujud di bumi? eh.eh.eh.

kerana Rasulullah tidak mengalah. Rasulullah terus sabar, kuat, demi Allah, demi Islam
pernah terfikir?
jika Rasulullah tidak sabar, tidak kuat, tidak tabah, kita bagaimana ?
kenal kah kita dengan pemilikpencipta kita ?

***

bila butang 'pause' atau lebih kritikal butang 'stop' nampak begitu menggoda,
butang play malah forward adalah yang terbaik untuk kita.
kalau kita pause, sooner or later, perlu juga tekan play.
kalau kita tekan stop, last-last kena start dari awal balik.

lumrah kehidupan - roda, laut dan sebagaimana, pasti dikaitkan dengan naik dan turun.
cuma kalau tak naik, terus kat bawah lah, dan kat bawah tak best. 
setuju kan?

***

kalau teringatkan si jahat jahiliyyah itu, sering aku peringatkan diri bila mahu pulang kepada si jahat itu, walau perit menahannya, peritnya pengorbanan Rasulullah jauh lebih perit. jangan nak manja sangat nak cakap perit. kuat atey kuat :')



sayang Rasulullah bukan? ayuh contohi peribadi mulianya :')

may Allah bless :*




p/s1 ; minggu depan end-of-module exam.
ya Allah permudahkanperjalanan ini amin :)

p/s2;  tidak pasti origin keinginan menulis post ini,
tetapi hati seakan berkata-kata, 
tangan pula seakan-akan menari-nari di atas papan kekunci.


No comments: