Saturday, October 27

umur & matang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
sedikit sesuatu untuk dikongsi. harap bermanfaat untuk semua :)
apa yang baik ambil sebagai pengajaran, apa yang urm tak baik, bolehlah tegur ;)

***


panelis 1 

dimulakan bicaranya dengan kalimah suci al-qur'an, pada mulanya bacaanya bertona biasa seperti sedang berkata-kata, lama kelamaan semakin lembut semakin merdu penuh tarannum. ayat-ayat Allah yang dibaca menenangkan hati dan membuat hati bersedia menerima ilmu yang bakal dicurahkan, subhanallah.

disambung dengan kisah sahabat yang sangat memberi inspirasi, sahabat yang muda, sahabat yang punya kebolehan berperang yang sungguh hebat, sahabat yang digelar pengiring Rasulullah, yupyup, sahabat yang bernama Zubair al-Awwam.

saat yang sangat mengetuk hati apabila Zubair dikatakan cuba menjadi setiap apa yang Rasulullah perlukan.

bila ditanya siapa yang mahu ikut berperang ? Zubair mejawab AKU
bila ditanya siapa yang ingin menjadi utusan ? Zubair menjawab AKU
bila ditanya siapa yang ingin bawakan air ? Zubair menjawab AKU

kesimpulannya Zubair ingin menjadi setiap apa yang termampu disisi Baginda
sungguh berusaha cuba melakukan apa sahaja yang mampu untuk meraih cinta Ilahi dan RasulNya

*****

panelis 2

tema - matang . memandangkan fokus utama program di hari tu adalah mahasiswa. dikaitkan keduanya. kematangan dan mahasiswa.

direnungkan kisah hebat penakluk konstantinopel, sultan muhammad al-fateh. dimana sultan muhammad dilantik menjadi sultan pada umurnya 19 tahun dan berjaya menakluk konstantinopel pada umurnya 21 tahun.

jika dibandingkan dengan kita hari ini, pada umur 19 tahun, apa yang telah kita berjaya lakukan? pass pmr? spm? asasi? matriks juga mungkin? aduh. ketuk dahi sendiri.

sultan muhammad al-fateh adalah contoh anak muda yang matang pemikirannya. baginda telah dididik sejak kecil dengan kenyataan bahawa beliau yang akan membuka konstantinopel. dari kecil, baginda telah diterapkan dengan pemikiran bahawa suatu hari, baginda akan melakukan satu perubahan besar untuk dunia.

kita? okay kecilkan lagi skop, saya sendiri. dulu bila terfikir nak buat sesuatu, aduh baru 19 tahun, leklu bro. kita observe dulu. kita biar mereka yang lebih berpengalaman. kadang-kadang mereka yang lebih berpengalaman pun, eh jangan bro, muda lagi budak ni, kang tak pasal-pasal tak jadi.

nampak tak bezanya disitu ? betapa pemikiran kita sendiri memutuskan kematangan adalah selari dengan umur seseorang. sebaliknya, ia bukanlah sebegitu. 

kita ambil contoh lain, 

saidina ali r.a. telah dipilih untuk mengganti tempat tidur baginda ketika baginda masih lagi kecil. usamah bin zaid memimpin tentera Islampada umur 17 tahun. dan banyak lagi sudah pasti.

saya sendiri, jika ditanya pada mereka yang kenal, pasti menjawab saya bukanlah antara yang termatang, malah entah pahape pemikiran. surat khabar jarang sekali baca -.- dan mungkin kerana itu Allah telah pilih saya untuk menghadiri program itu untuk menjadikan ia turning point saya. alhamdulillah :')



duhai sahabat, sedarlah kita bukan lagi kanak-kanak yang hidup hanya untuk bersuka ria, shopping, layan lagu korea, tengok cerita hindustan sambil pegang tisu, main dota sampai mata bengkak, tengok bola 2-3 pagi nak bukti tahap kesetiaan, tak pun layan how I met your mother sampai season 8.

banyak lagi kebolehan kita yang kita boleh asah. serius. kalau tak pasti, cari. kalau tak jumpa-jumpa, tanya. setiap seorang daripada punya kelebihan masing-masing, kelebihan yang akan bawa Islam kepada tahap ustaziyatul alam itu kembali insyaAllah :)

dan jika mahu tengok dari segi biologi pun, kita semua adalah istimewa. di antara berjuta-juta sperma, kita yang berjaya bersatu bersama ovum yang akhirnya bersatu menjadi manusia, untuk pikul tanggungjawab khalifah dan 'abid di muka bumi ini :) geli? dah orang cakap kita semua ada kelebihan, maka silalah percaya :')

DAN jangan kita tunggu orang lain untuk memulakan, ayuh contohi Zubair yang sentiasa ingin menjadi seseorang yang melakukan sesuatu demi Islam, tidak ditunggu sesiapa yang lain untuk ke hadapan. 

maka, ayuh!

may Allah bless :*


panelis1 : imam muda asyraf
panelis 2 : hilal asyraf
program : SKEMA
seminar kesejahteraan mahasiswa
seronoooook :)

No comments: