Tuesday, July 17

reminder perlu sebab manusia lupa

assalamualaikum warahmatullah :)

alhamdulillah masih lagi hirup udara segar, masih lagi mampu membuka biji mata dengan luasnya, masih lagi mampu mengguna deria bau. sampai perut siap duk buat konsert. bau jiran belakang masak sangat sedap :D

huu kali pertama taip entri kat rumah fairpark. berdebar. ha ha ha


kami a.n.e.a
***

alhamdulillah, diharap semua sihat dan didalam limpahan rahmatNya. 
nah flying kiss untuk semua sisters :* tibatiba rasa nak jadi sweet malam ni :')


kali ni nak cerita sikit, ehemehem, ceritanya bunyi macam ni, jengjeng :B

semalam kali pertama pergi masjid terletak dekat dengan kolej, 
dengan Nadia and Ya, tak ingat lagi nama masjid tu aduhai.


tujuan utama ; dengar ceramah
tajuk ceramah ; "Cabaran Alam Kampus"
penyampai; Ustaz Syed Bakri
sempat tanya kak Sarah, katanya beliau memang dikenali kat serata Ipoh.


since kami join lambat sikit, so there's only a few points to be shared here :)
                  harap bermanfaat :)


* pentingnya ilmu*
jangan sombong dalam belajar. sentiasa rasa ilmu di dada tidak cukup. mari contohi Imam Al-Ghazali, yang jika ilmunya nak dibandingkan dengan kita, aduh, parah. tetapi, masih tersemat rasa rendah diri, kerdil didalam dirinya, tentang ilmu. masyaAllah :')

* pandai pilih kawan*
alam kampus tak mudah. SERIUS NI ! ha dramatik. tapi betul, kita perlu all the supports and helps yang boleh. tak kira, study, emosi, transport eh!, rohani, semua aspek lah. ada masa kita okay sendiri, tapi kena ingat, pasti ada masa kita perlu seseorang, selain keluarga yang berjauhan, mereka lah yang akan membantu ;') and, only true friends can give you that :')

histology lab best

* jaga batas pergaulan*
bila dah makin besar, makin matang, kecenderungan berbeza. kawan? boleh, asal tidak mengabaikan syara' :) jalan mudah, jika tidak perlu, maka jangan. tapi jangan pulak tidak jika amat diperlukan. ha kan. senang cerita, jaga batas, bukan bina tembok terus. Islam itu mudah sahabatku :')

* disiplin, jaga masa*
ya Allah ini, sangat penting. sendiri pilih : study/aktiviti/ronggeng. tapi kena ingat, akibat, sendiri juga tanggung. lagi-lagi bila hidup rumah sendiri, tak ada rules, tak ada warden, tak ada pakcik guard nak halang. mereka yang dulu zaman sekolah, penat lelah, jerit sanasini bagai nak meletup anak tekak beri syarahan tapi point utama yang sebenar nak disampaikan, disiplin. dah besar, decide pun harus macam orang besar.


tirai ceramah dilabuhkan dengan video + gambar saudara di Syria. juga peringatan yang seharusnya buat kita tersedar. kita hidup senang, diuji nikmat dunia. mereka? diuji susahnya dunia agar mereka mengejar nikmat akhirat. ayuh doakan mereka :)


***

EH ! semua ni, perkara yang biasa dengar. betul. dulu saya pun bosan dengar. tapi macam tajuk, manusia lupa, apa yang perlu? peringatan :) 

housemate !

tak sampai sebulan jadi budak degree, dah wujudnya perasaan ; pentingnya masa disusun dengan rapi, fokus di dalam kelas yang amat memberi manfaat, kawan-kawan yang mampu membantu kita keep on track.

baru sedar, pentingnya point-point di atas lebih dari yang disangka. nak hilang fokus, nak futur, mudah. nak stay focus kejar impian, kejar cita-cita, mungkin berliku sedikit, ada lubang sana sini yang buat perjalanan kita a little bit bumpy, tapi kita sendiri kena pandai , pandai elak lubang lubang tu, bagi perjalanan kita smooth, buat ia jadi lebih mudah :')

lepas solat Isya' berjemaah, salam dengan senior senior, tiba tiba ada seorang makcik datang salam dengan kami. beliau memberi peringatan ; lepas solat, jangan lupa doakan ibubapa. itu yang paling penting. friends and others come next. beliau juga pesan doakan saudara seIslam di seluruh dunia tidak kira bangsanya. insyaAllah :') 

the end lalala.

rasa ringan balik dari ceramah tu, mungkin sebab dah lama tak pergi program macam tu. masjid itu pula sangat selesa alhamdulillah ;') surau al-huda digantikan dengan masjid *takingatnama* belakang kolej. alhamdulillah alhamdulillah <3

p/s ; esok pangkor. hati berat entah kenapa. moga hanya mainan perasaan. mari tajdid niat, agar semua berjalan lancar insyaAllah. dan malam ni housemate nak belanja dinner alhamdulillah, rezeki dariNya :')

may Allah bless :*









No comments: