Sunday, June 3

hijab, fashion and dakwah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga anda sentiasa dilimpahi rahmat Allah :)


Current status ;

Bercuti bersama keluarga ;) Bercuti dari MISI sebentar ;/

Sentiasa ingat Atey, Allah IS the best planner :)


************


So the other day, saya terfikir pasal something, which is quite serious if kita tengok isu itu dari sudut seriusnya. Besar impaknya jika ditelitikannya. Tapi mungkin itu hanya dari pandangan seseorang seperti saya, yang baru belajar, dan mempunyai minat terhadap sesuatu yang sangat common, berfesyen. Jadi saya nak berkongsi lah.


Sangatlah obvious sekarang ni, okay kita fokuskan kepada tudung/hijab, macam-macam gaya, warna, corak dan style. Macam-macam ada gituuu. Kalau pergi shopping complex, tak perlu yang grand macam Pavi pun, JJ Au2 pun cukup meriah jenis, cara tudung yang dipakai wanita muslimah diluar sana.


“Ya Allah apa nak jadi budak budak zaman sekarang ni ?”

Isy isy isy. Eh tidak ! Sesungguhnya bukan itu yang bermain di dalam kotak fikiranku.

*rasa nak pengsan baca ayat sendiri*


From my own personal opinion, there’s nothing wrong with fashion in wearing hijab. BUT OF COURSE selagi syara’ masih dipatuhi dengan betul, nak lilit ke, bungkus ke, pin sana sini ke, tak pun macam Ustaz Don cakap ; kelepiaq kat muka ke selagi tuntutan sebenar memakai hijab diikuti, tak ada masalah. Silakan berfesyen. Remaja , belia memang susahlah nak dipisahkan dengan fesyen kan ?


Itu satu. Kedua, yang saya nak fokuskan. Fashion, can also be one of the method for dakwah. I know the moment you read the previous sentence; you knew what I wanted to talk about.


Kita tahu kan, cara paling mudah nak menunjuk sesuatu adalah dengan kita sendiri melakukannya. Kita nak ajar masak, mestilah tunjuk demo dulu, berpuluh kali ibu ajar pun tak pass lagi -..- Nak belajar drive pun, mak/ayah/abang/kakak tunjuk, kita cuba. If the way sesuatu itu ditunjuk dengan menarik dan senang, senanglah orang tertarik nak ikut. Tak gitu kawan kawan ? :)


Mari kita applikasikan dalam pemakaian hijab. Okay.

Let’s say Aminah -random eh ;) she’s interested in wearing hijab. Dah lama dia simpan hasrat, tapi kekuatan itu tak cukup sebab she’s a very stylish girl. Dia takut once dia start pakai tudung, dia kena belajar buang semua keinginannya untuk berfesyen. Until one day, dia nampak this girl named Nur (random juga ;P) sangat ayu lagi sopan, pemakaiannya kemas dan setelah diperhatikan, auratnya terjaga rapi and at the same time, stylo ! Wah indah. Aminah teruja. Mungkin di situ terpercik sinar di hati dia untuk memulakan hijrahnya.


Okay sesi drama habis. Itu bukan kisah benar pun, baru je reka tapi macam sesuai je jadi kisah benar kan ? Sebab kan, ramai kat luar sana yang dah sedar tuntutan tuntutan aurat mesti ditutup tapi diorang tak nak tiba tiba ketinggalan dalam dunia fesyen disebabkan hijrah mereka. Jadi hasrat di hati tak mampu nak ditunaikan.


“Kalau buat kerana Allah mesti boleh.”

Satu je. Mereka baru. Takkan kita terus nak harap mereka wujudkan perasaan sebegini dalam hati mereka. Kita ni pun kadang kadang nak buat something pun walaupun dah diperingatkan dengan ayat tu masih tak mampu nak buat. Mengapa kita mudah harap mereka peringatkan diri dengan ayat itu ?


Dan lagi satu kita sebagai masyarakat sekeliling, jangan cepat kita nilai. Yup betul, mungkin niat asal adalah kerana suka-suka, fesyen tapi sekurang-kurangnya ada niat untuk menutup aurat. Bila orang ramai komen pasal cara Yuna pakai tudung, Ustaz Azhar Idrus kata ; Kenapa orang yang berniat nak pakai hijab dikritik, mereka yang seksi sana sini tu dibiarkan pulak ? Cuba bayang jika kritikan kita merupakan sebab seseorang itu kembali tidak mengenakan hijab, ha nazubillah.


Macam ibadah sunat, Ustaz Azhar lagi kata, pada awalnya mungkin paksa, lama kelamaan keikhlasan itu akan muncul. Sama macam pakai tudung, awalnya mungkin niat lain, but actually once dia dah mula, it’s our responsibility sebenarnya to show the actual way of wearing hijab and insyaAllah someday, niat dia betul. Kita tak boleh minta esok atau lusa dari dia. Sabar. Biar perlahan asal konsisten dan selamat ;)


To be honest, saya sendiri pun haih, baru tahun ni baru start faham betul betul.

InsyaAllah saya doa saya istiqamah.

Ha itu saya, yang dah lama hidup dalam dunia tarbiyyah. Jadi mereka ?

Wahai para daie, bersabarlah :)


Oleh yang demikian, apa yang saya nak tekankan, tunjuklah pada mereka pemakaian dalam Islam itu mudah dan indah :) Bukan mundur, dull seperti yang mereka sangka. Saya tidak minta anda berpakaian terang lagi menyerlah atau ubah gaya pemakaian anda, tapi teruskan pakai apa yang anda pakai hari ini, pastikan ia kemas dan tenang pabila mata lain memandang bukan tergoda tapi tenang.


furthermore, tak bermakna berfesyen kita tidak bersederhana kerana saya tahu Islam mengutamakan kesederhanaan, tapi bersederhana dan tidak ambil kisah adalah 2 perkara bebeza, jangan terlalu sibuk mementingkan perkara lain, pakaian dan penampilan diabaikan. bukankah pakaian Rasulullah sentiasa kemas dan kelihatan cantik <3 hee.


dan mungkin dari masa ke semasa wujudkan satu trend baru yang berjiwa muda yang boleh membuat mereka di luar sana tertarik :)


Ini adalah peringatan penting untuk diri saya terutamanya :)


p/s ; ini cuma perkongsian pandangan saya. sebarang komen membina amatlah dialu-alukan. saya sendiri masih mencari :) oh btw, minta maaf bahasa bercampur. dia macam automatic. sejujurnya minta maaf :)

2 comments:

Anonymous said...

nice entry dear..teruskn menulis utk Ad-Din..:)

ateyyyy said...

syukran cik anony :)
insyaAllah <3