Sunday, August 11

that pink tudung!


bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum !

tiba tiba teringat hari tu, masa tengah quiz math kat kolej mara kuala nerang. mengantuk benor masa quiz tu, ada la dalam 10 kali terlelap. nasib baik duduk belakang sekali, takde orang gelak. tapi nampaklah cikgu maths duk tengok je. mana tak orang lain muka stress nak siapkan, saya boleh ngantuk. nak buat macamana, itu memang genetik saya lalala. *ini bukan cerita utama.


cerita utama ;

hari tu saya pakai tudung akel pink. bidang 60. habis quiz tu. dua orang classmates datang menghampiri dengan senyuman. oh malunya. zaman awal awal kmkn saya tak kawan dengan manusia, kawan dengan phone je. kahkah. pemalu la katakan. tiba tiba diorang tegur.

"cantik tudung."
"awak buat tudung labuh nampak cantik."

ewah istighfar banyak banyak. *bukan niat nak poyo, baca sampai habis naa*
senyum, "terima kasih :)" taktahu nak cakap apa, lariiiii!

dalam hati,
"labuh sangat ke tudung ni, rasa normal je, labuh la kot kehkeh"

saat tu tak terasa lagi kepentingan membawa imej tudung labuh, biasa sejak al-amin pun kan,
tak rasa pun dipandang asing walaupun memang dipandang asing sebenarnya,
sebab tak diserap ke dalam dunia d&t lagi mungkin. itu intro Allah nak kasi :')

***

"satu hari nanti nak try jugak pakai tudung atey yang pink tu!
tapi bukan sekarang lah, tapi in shaa Allah nak jugak someday."
penuh teruja hawa (bukan nama sebenar) bagitau azam dia.

"almari tu sentiasa terbuka. bila dah ready amek je! ;)"
penuh teruja saya menjawab haha.

setelah setahun, kami pun dah migrate ke ipoh, hari tu tertinggal tudung pink tu kat rumah hawa, bila hawa kata nak pinjam. entah dia ingat tak azam dia -.- maklumlah almari dia sendiri dah penuh tudung 60 :') tapi dalam hati, ya Allah, tiba juga hari ini. *nangis* - okay over drama.

***



alhamdulillah, hari ini tiga-tiga dah pun berhijrah dengan jayanya dan in shaa Allah mereka akan terus istiqamah :') oh sekeliling saya bukan tiga orang je, ghamai benor alhamdulillah haha :') kadang kadang bila tengok mereka mereka ni, termenung, terbayang perasaan seronoknya mereka dapat rasa nikmat hijrah itu. bukan mudah. tetapi sorang sorang berjaya. in fact masing-masing, laju betul dalam dunia dakwah dan tarbiyyah.

kisah hijrah mereka selalu boost up perasaan saya.

benda-benda kecil ni kadang bila dah berada semakin lama dalam d&t, nampak kecik. tapi ia yang mengingatkan kita, bila Allah pilih nak beri hidayah, tiada siapa boleh halang. dan sekiranya Allah belum pilih seseorang itu untuk diberi hidayah, there's nothing we can do about it. banyak kali Allah pesan dalam al-Qur'an. 

semoga kita sentiasa berada di dalam golongan yang Allah pilih untuk beri hidayahNya :)
dan terus laju dalam d&t, sampai terbang! ke sorga Firdausi sana. 


it's been 4 days since ramadhan ends.
selamat kembali kepada fitrah,
moga terus gagah pertahankan diri untuk sentiasa
berada di dalam fitrah kita yang sebenar :') 


moga Allah redha.





#balikipohjaplagi T.T


2 comments:

::a journey of learning:: said...

Ateyy..chanteknya blog.wuwuwu ;)
Nanti ajar ye.hehe ^_^
Btw,mcm nk nanges bc post ni.deep :')

::a journey of learning:: said...
This comment has been removed by the author.