Tuesday, August 6

menang ke?


lagu raya sudah dimainkan.
riang ria tawa gembira nyanyi bersama.
tidak sabar tibanya hari itu menjelma.

katanya, itulah hari kemenangan.
setelah penat sebulan berpuasa.
maka seharusnya hari kemenangan itu dirai,
dengan penuh gembira, warna, dan tawa.

Allah pesan :
Allah wajibkan kamu berpuasa, agar kamu bertaqwa.

formula mudah ; puasa = supaya bertaqwa

logiknya, kemenangan untuk puasa,
bukanlah setakat penat atau lapar dan dahaga bukan ?
tetapi kemenangan itu apabila kamu berjaya mencapai ketaqwaan kepada Allah itu.

jadinya,
sudah capaikah taqwa untuk kita meraikan kemenangan itu ?

*tanya diri sendiri* *tidak pasti boleh jawab atau tidak*



:)
sekurang-kurangnya,
semoga kita tergolong dalam golongan yang berusaha mencapai taqwa itu.
semoga usaha kita Allah lihat, kira dan mengangkatnya ke sisi Dia.

ramadhan, moga kita ketemu lagi.
maaf zahir dan batin ;)

moga Allah redha :')




No comments: