Friday, July 26

Allah bagi hadiah


11 bulan lupa, leka, sibuk, dengan urusan dunia. dari bukanya mata di awal pagi hingga pejamnya mata di malam hari. terlalu banyak harus difikirkan tentang dunia, masih juga tidak selesai urusan dunia akhirnya. alasan pada Allah, Allah moga dengan urusan dunia ini, hubungan denganMu lebih terpelihara. tetapi, hanya baki-baki masa yang sedikit itu, yang mana mampu diselitkan, urusan ukhrawi (akhirat) cuba difikirkan. cuba. moga hubungan denganNya benar benar dipelihara.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

sehari tidak terkira berapa kali dilontarkan. tidak lekang dari bibir setiap kali ini ingin melakukan sesuatu. bukan hanya ketika solat dan membaca doa, malahan sebelum makan, sebelum tidur, sebelum belajar. diulang dan diulang dan diulang jutaan kali. 

tetapi, sedarkah saat ini, Allah itu benar benar sangat Pengasih lagi Penyayang ?

Allah itu benar benar sangat Pengasih lagi Penyayang, kerana saat ini, 
Allah sedang menghadiahkan Ramadhan kepada hamba-hambaNya :')

Allah telah hadiahkan Ramadhan supaya hambaNya yang telah leka 11 bulan dari mengingatiNya, yang terlalu sibuk dengan urusan dunia, punya masa 30 HARI untuk berusaha sekali lagi mencapai momentum menjadi hamba sebenar-benarnya dan bersedia menempuh 11 bulan selepas ramadhan.

***

tetapi bila bicara tentang hadiah ; pelbagai respons boleh diterima ;

a) A betul betul menginginkan pensil warna sebab dia amat memerlukan pensil warna sehinggakan termimpi-mimpi kan pensil warna. pada hari lahirnya, sahabatnya menghadiahkan A pensil warna. wajiblah A sangat terharu dan menggunakan pensil warna itu sebaiknya!

b) B rasa macam nak pen Sharpie baru. saja suka suka. kalau tak dapat pun tak kisah, tiada pergolakan jiwa pun. sebab B bukan perlukan Sharpie sangat dan tak pandai guna sangat pun. pada hari lahirnya, sahabatnya menghadiahkan B Sharpie! B bersyukur dan berterima kasih, tapi sebab B bukanlah nak sangat pun, jadi perasaannya gitu-gitu sahaja.

c) C tak minat pen jenama pilot. dia tak terfikir pun nak pen pilot. pada hari lahirnya, sahabat C hadiahkan C pen pilot 30 batang. walaupun banyak lagi mahal, C tak ambil guna dan tak kisah pun pasal pen tu. akhirnya berhabuk kat penjuru bilik C, jadi sarang labah labah. sampai rosak dan tak boleh digunakan lagi dah.

kita A / B / C bila hadiah itu adalah Ramadhan ?

***

Ramadhan ini hadiah dari Allah. kebaikan yang ada didalamnya tidak mampu untuk dijelaskan dengan kata-kata, hanya Dia yang tahu. rahmat dan berkat didalamnya pasti tidak ternilai harganya. Allah tahu kita sangat perlukan Ramadhan untuk kita pulang padaNya. jiwa kita akan tenteram, hati kita akan tenang hanya bila kita dekat padaNya, dengan Ramadhan, Allah beri laluan mudah untuk kita dekat padaNya kembali.

*bagaimana hati ini tidak terus jatuh cinta pada Pemilik Cinta itu? :')

dalam hadis Baginda menceritakan, seorang hamba yang pernah melalui Ramadhan sebaik-baiknya dapat melangkau seorang hamba yang syahid di jalan Allah! sedangkan sangat jelas pahala syahid di jalan Allah begitu besar lagi hebat lagi dahsyat, sungguh Allah itu Maha Hebat, dengan melalui Ramadhan, Allah tinggikan darjat hambaNya lebih dari seorang syahid. Allahu.

cumanya, Ramadhan kali ini bagaimana kita menerimanya?

setengah dari Ramadhan telah berlalu, tercapaikah perubahan didalam jiwa ke arah yang lebih baik? terdidik kah nafsu yang selama ini dimanja lagi dibelai? terisi masa dengan amal yang mendekatkan kepada Allah dan meningkatkan iman?

atau hanya lapar, dahaga, penat, kenyang terlampau masa iftar, terawih 20 tetapi lagi laju dari kapal terbang, tadarrus laju habis 30 juzu' 5 kali tetapi isinya tidak faham? 

tepuk dada, bagi salam.

***

setiap kali menjelang sujud terakhir witir, hati rasa berat, Ramadhan sedang berlalu pergi, satu hari, dua hari, tiga hari, seminggu, dua minggu. sekuat mana keinginan tidak mahu Ramadhan pergi, realitinya ia akan pergi juga. Ramadhan akan pergi! dan setelah Ramadhan pergi, hanya Allah yang Satu tahu kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi atau tidak.

moga dengan masa yang berbaki, amal ditingkatkan, hubungan dengan Allah mampu lebih dirapatkan, pahala dikumpulkan. semoga seandainya ini Ramadhan terakhir, ia telah dilalui sebagaimana Allah mahu kita laluinya.

semoga Ramadhan ini Ramadhan terbaik yang pernah kita lalui.
semoga kita terpilih berjumpa dengan lailatul qadr.
dan, moga Allah sentiasa meredhai. 




No comments: