Friday, July 5

sedari keistimewaan ini

bismillah.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
*sapu habuk & bersihkan sawang*

***

bagi yang mengakui diri sudah berada di dalam jalan dakwah dan tarbiyyah,
sedarilah, ia adalah satu nikmat. nikmat yang sangat besar.

jalan d&t adalah jalan yang Rasulullah saw sendiri pernah lalui.
betapa manisnya, jalan yang kita lalui hari ini kerna wujudnya jejak jejak Baginda sendiri,
dan Rasulullah saw ada di penghujung jalan menanti bersama senyumannya

saat hati bersedih, Baginda pernah bersedih.
saat hati gembira, Baginda pernah gembira.
saat jiwa penat, Baginda juga pernah penat.
apa yang kita rasai, lalui, alami, Baginda pernah merasakannya.

dan ketika itu,
Allah hadirkan wahyu memberi kekuatan, ketenangan, kegembiraan untuk Baginda.
Allah tahu dari sudut mana hati Baginda perlu dicuit, pastilah, Allah yang menciptakan hati Baginda :')

begitu juga dengan kita, saat lemah longlai, Allah gerakkan hati, jari-jemari, untuk menyelak lembaran al-Qur'an, dan fokuskan anak mata pada ayat yang ingin Allah hadiahkan untuk hadirkan kekuatan ketenangan dan kegembiraan itu. kerana Allah tahu setiap saat hati kita perlukan apa,

kerana Allah jua yang menciptakan hati kita.

***

dengan keistimewaan sebegini, logiklah tenaga, masa, harta diluangkan tahap semampu boleh di jalan d&t. agar tidak tersasar, terbelok, terkeluar dari jalan ini dan dengan lajunya kita mampu menyelusuri jalan jalan yang penuh dengan jejak Rasulullah saw ini dan berjaya kita sampai ke penghujungnya untuk melihat Rasulullah saw menanti bersama senyumannya.

tidak semua mampu untuk terus berada di jalan ini,
kerana sunnatullah jalan kebenaran itu tidak mudah.
dan tidak semua mampu menahan kesusahan kepayahan kelelahan itu.

kita manusia hanya ada dua tarikan itu, tarikan jahiliyyah atau tarikan Islam. selangkah meninggalkan tarikan Islam, selangkah maju ke arah tarikan jahiliyyah itu. nauzubillah T.T semoga dengan kita menyedari dan terus mensyukuri betapa istimewa kita terpilih melalui jalan ini, kita akan tetap gagah meneruskan perjuangan ini. berlari meninggalkan tarikan jahiliyyah itu dan dengan penuh bergaya berlari kencang ke arah tarikan Islam.

Imam Hassan al-Banna mengingatkan ; 
"diantara karakter yang harus dipenuhi seseorang yang telah bergabung dalam dakwah, 
selain iman yang mendalam adalah kemahuan yang kuat."

moga terus berada dalam keadaan hati disinari iman yang menggerakkan!

moga perjuangan Dr Morsi diteruskan tanpa ada titik noktahnya. 
dari jauh kami hulurkan tembakan doa dan usahakan dakwah dan tarbiyyah di sini.

moga Allah redha :)



No comments: