Monday, July 8

hentakan pertama

 
Sabar itu adalah pada hentakan pertama.
 
Saat ujian menimpa, pada detik pertama menyedari ini adalah sesuatu yang bukan dalam perancangan, ia bukan sesuatu yang diinginkan, ia juga bukan sesuatu yang disukai, pada detik pertama itu, jika mampu untuk bersabar, dan sedari itu semua adalah dari Allah, maka hadiah sabar dari Allah itu berjaya dikecapi.
 
Contohnya, pada saat pertama orang sekeliling menyakitkan hati sesakit-sakitnya, daripada melenting dan mengeluarkan bahasa bahasa kesat lagi tidak menyelerakan, jika pilihannya adalah untuk berdiam dan bersabar, maka hadirlah sabar itu didalam jiwa. Tetapi sekiranya pilihannya adalah untuk melenting selama 5 minit, kemudian baru nak sapu dada, istighfar banyak banyak kali, sabar pada saat itu bukanlah sabar yang Allah nak hadiahkan itu.

Kita sendiri pasti pernah merasainya. Membebel panjang panjang tidak mendatangkan apa-apa pun pada akhirnya, habiskan tenaga sendiri. Tetapi sekiranya kita sabar, banyak yang kita perolehi. Sungguh, bersabar itu bukan mudah. Kerana itu orang yang mampu menahan sabar itu orang yang kuat kata Rasulullah saw.
 
Dan ujian sabar yang sebenarnya, Allah tidak uji pada titik yang seseorang itu mampu bersabar, tetapi pada titik kelemahannya, ketika dia penat, ketika dia stress, ketika dia sibuk, ketika dia down, ketika dia sedih etc dan sekiranya masih mampu untuk bersabar pada hentakan pertama itu, maka dengan izinNya sangat kuatlah jiwa insan itu.
 
***
 
Menulis ayat-ayat di atas amat mudah tetapi untuk mengamalkannya sangatlah kontra.
Tetapi jika mampu mencapai tahap sabar pada hentakan pertama itu, pasti jiwa tenang. Kerana mampu untuk menjadi mukmin yang ajaib itu :')

 
 
Rasulullah saw bersabda:  
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja.

Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 
 
Hadith riwayat Muslim.




moga Allah redha,
countdown to Ramadhan.

jazakillahukhair nil :')

 

No comments: