Friday, May 24

yang lemah itu yang kuat


abdullah ibnu maktum,
seorang insan terpilih di sisi Allah,
kerana beliau, Rasulullah pernah ditegur Allah
dan ayat-ayat 'Abasa yang dihafal sejak bangku sekolah diturunkan.

beliau istimewa.
Allah ujinya dari sudut nikmat melihat dunia
Abdullah seorang insan buta

pabila tiba saat panggilan jihad dilaungkan
mereka yang punya kekurangan Allah izinkan untuk tinggal, untuk tidak turut serta di dalam medan perang. tetapi Abdullah tidak ingin begitu. Abdullah pohon dan rayu pada Baginda untuk turut berjihad di jalan Allah, untuk memegang panji-panji Islam.

dengan kata-katanya ;
"disebabkan aku buta, aku takkan lari."

beliau tidak akan nampak sebarang musuh yang akan menyerang,
maka beliau akan tetap bergerak menghala ke hadapan, mempertahankan panji-panji Islam itu.

***

mungkin wujud titik kelemahan kita yang dilihat orang sekeliling itulah titik yang akan menjatuhkan kita, tetapi untuk Abdullah, mungkin kekurangan nikmat melihat beliau dilihat sebagai titik kelemahan oleh pandangan mata manusia di sekeliling, tetapi tidak bagi dirinya, sebaliknya telah beliau jadikan ia titik kekuatannya!

daripada merungut, membebel, meroyan, sudah tiba masanya kita mencari sebab untuk titik kelemahan kita boleh bertukar menjadi titik kekuatan. ayuh! bertukar!



- dishare sahabat tersayang >.<
- sebulan lebih lepas
- dipetik dari JOM


hati tiba-tiba tergerak untuk menulis.
esok daurah SH.
moga Allah pilih hati ini untuk memahami SH itu.
dan,
moga Allah redha :*




No comments: