Thursday, May 16

kita enjoy! kat sana nanti eh

bismillah.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh *

kata panelis ; bayangkan anda berada di dalam majlis ilmu, yang berbicara adalah Rasulullah saw dan kamu sedang duduk bersama-sama para sahabat mendengar setiap bait bait mutiara ilmu dari bibir Rasulullah.

saya membayangkannya dan berlakunya banjir besar di tempat duduk saya saat itu. andai semua itu benar-benar terjadi.

***



Rasulullah menanyakan sesuatu kepada para sahabat semasa Baginda sedang menerangkan ayat Allah kepada mereka. jawapannya terus terlintas dalam fikiran seorang anak muda, Abdullah ibnu Umar. beliau tidak terus menjawab, kerana hadirnya Saidina Umar al-Khattab, bapanya dan Saidina Abu Bakr serta barisan-barisan sahabat Baginda yang lebih hebat pengalaman mereka dan juga lebih tua daripadanya.

akhirnya Rasulullah saw sendiri menjawab persoalan yang sepi tidak terjawab.

oh ! tepat sekali !

jawapan yang Abdullah ibnu Umar terfikirkan tepat sekali ! dibisikkan kepada bapanya Umar al-Khattab. "ayah, saya tahu jawapan kepada persoalan Baginda itu tadi. tetapi aku tidak menjawabnya kerana bapa dan Saidina Abu Bakr dan mereka yang lain diam sahaja."

Saidina Umar dengan lembutnya berpesan ; "sesungguhnya aku lebih suka jika kamu menyuarakan apa yang kamu ketahui dari kamu diam dan menyembunyikan pengetahuan."

***

> Abdullah ibnu Umar turut serta perbincangan bersama Rasulullah saw yang dipenuhi majoritinya mereka yang lebih tua darinya dan lebih berpengalaman. mungkin dengan segala perbincangan dan pendedahan, pemikirannya jauh lebih matang dari umurnya.

> personaliti Saidina Umar menunjukkan perbezaan didikan ibu bapa zaman Rasulullah dahulu dan zaman sekarang. hari ini, ramai, bukan semua, tetapi ramai yang bila anak-anak mereka ataupun boleh kita lihat aspek fikiran majikan / senior terhadap mereka yang lebih muda yang ingin bersuara atau menyatakan pendapat ; disuruhnya sedar diri dan pergi main jauh-jauh. kepam semua ilmu dalam kepala. jangan bersuara apa-apa.

engkau tu muda lagi, takpayah masuk campur! 
ewah macam dialog drama melayu.

***

hari ini, saya 19 nak masuk 20 tahun, seringkali memikirkan wujudkah jasa yang pernah disumbangkan? untuk negara itu sangatlah jauh. untuk diri sendiri, mahupun keluarga atau sahabat. hmm. krik krik, tiada jawapan.

tetapi itulah, sistem pendidikan dan pemikiran masyarakat masih belum sepenuhnya mencapai tahap membiarkan belia berfikir sendiri. banyak movie / drama hollywood tunjukkan, kanak-kanak mereka pada usia 7-8 tahun pun sudah dididik membuat keputusan sendiri. ko-kurikulum apa nak masuk, laluan masa depan mereka. mereka boleh buat keputusan macam seorang dewasa seawal usia itu. somehow, saya percaya itu adalah didikan yang baik.

kita adalah pemimpin hari esok. ceh translate sebutir-sebutir "we are the leaders of tomorrow."
kita kena mula sekarang. fikir yang besar-besar punya. jangan cikai cikai punya. masa inilah nak gunakan segala masa dan tenaga yang ada tahap maksima. we are young kan? bukan dok gossip pasal budak ini budak itu, nak fanatik main game atau bola sangat, jumpa artis negara ini negara itu.

katanya mahu "kita enjoy!" dulu.

apa kata?
jom kita enjoy kat akhirat sana sahabat :') kita dah terlalu tua sebenarnya. ada benda lagi besar perlu selesaikan. pernah saya tulis mengenai pasal umur dan matang ini, tapi sesuatu berlaku sepanjang cuti ini dan saya teringat kembali hal ini. banyak sangat isu yang diperbesarkan remaja hari ini yang tak perlu pun dibuang tenaga dan masa untuknya. urgh, that's not the way it should be. tapi itulah realiti.

***



solusinya,
kena contohi barisan pemuda zaman Rasulullah saw dulu. itu contoh terhebat!
pemuda zaman itu, mereka tidak duduk senyap goyang kaki, "kita enjoy!" dulu. tetapi, mereka turut serta.
ya, mungkin itulah langkah pertama, turut serta.

wallahua'alam :)
bergetar jiwa menulis petang ini. kerana Allah pasti akan uji.
but a must is a must. 


p/s : semua ini,
flashback skema 10 tahun lepas, 
sharing masa twins of faith '12,
terbaca dalam tulisan Salim A. Fillah 'Dalam Dekapan Ukhuwwah"




moga Allah redha :* 


No comments: