Tuesday, May 14

selesa memanjang


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh *


zon selesa.
semua orang suka berada dalam zon selesa. namanya pun zon selesa, pastilah berasa selesa berada di dalamnya. dan semua orang suka untuk berasa selesa. okay dah, banyak sangat selesa.

hati senang. 
jiwa gembira. 
tiada rasa sakit. 
tiada rasa perit. 
tiada rasa pahit.
hanya penuh dengan gelak tawa.
riang gembira.
tiada duka.

semuanya seperti yang kita harapkan. seperti yang kita mahukan.

selesa. senyum sentiasa.

bunyi seakan-akan dah sampai bab 'and they lived happily ever after' kan? tapi sebenarnya episod satu pun belum habis lagi. nak habis satu episod pun sekurangnya ada unsur saspens atau dukacita sikit. tak gitu? aiceh tetiba sastera.

oh, senyuman yang tadi itu,

lama-lama, senyuman itu mula hilang. nama pun manusia, kita manusia cepat bosan. makan benda sama setiap hari membosankan. pakai baju warna sama setiap hari membosankan. takbuat apa-apa sepanjang hari membosankan. malah, senyum untuk perkara yang sama pun boleh jadi membosankan. perkara membosankan bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita. jadinya, berada di dalam zon selesa bukanlah sesuatu yang terbaik.

sebab itu pepatah popular mengatakan hidup umpama roda, sekejap pusing ada kat atas, sekejap pusing ada kat bawah. takpun, hidup umpama laut, sekejap tenang, sekejap ombak dahsyat. analogi ini mudah, jadi kenapa kita masih berharap untuk terus hidup dalam zon selesa itu? realitinya memang tak akan begitu. jadinya, saya di sini untuk menghancurkan harapan itu, bwahaha boleh pulak gitu.

jom kait dengan pesanan Allah ;

"dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu." 
47 : 31



kita nak masuk sekolah menengah, ada upsr
nak masuk universiti, ada spm
nak sambung second year medic, perlu pass first year punya final exam
nak makin berani bercakap depan khalayak ramai, kena cuba cakap dan buat kesalahan

oh malahan dalam ukhuwwah, 
mana ada ukhuwwah yang sebetul ukhuwwah tanpa pergaduhan, masam muka, tangisan,
yang pahit itu yang akan menjadikan manis itu lebih manis

nak tingkatkan tahap, prestasi, mesti kena lalui ujian, apa jenis ujian pun
nak jadi manusia yang lebih baik dari semalam, hari ini kena pass ujian
nak jadi manusia yang lebih baik esok, apa kita gagal hari ini, esok kita kena pass

kiraan matematiknya begitu sahaja. matematik ke? o.O

Allah tetap akan uji dan terus sentiasa uji, samada kita cuba untuk pass ujian itu atau tidak. sedihlah, kalau kita terus pilih zon selesa dan sentiasa gagal ujian yang Allah beri untuk kita tingkatkan diri kita sebenarnya. 

saidina Umar ra. sedih bila melihat orang lain dipilih Allah untuk diuji sedangkan beliau tidak terasa diuji. sebab orang diuji adalah orang Allah pilih, personally. patut rasa istimewa kan, Rasulullah diuji non-stop, sebab Rasulullah saw sangat istimewa kan?

jadi, bila rasa selesa, rasa macam tiada peningkatan level untuk jangka masa yang panjang, ada lacking mana-mana tu. cuba jadikan diri mampu untuk diuji Allah, supaya kita dapat rasa menjadi yang istimewa itu.

dan senyuman selepas berjaya sesuatu ujian itu, pasti senyuman itu tidak akan membosankan.
jadi, sabar sikit sahaja lagi ;)

"sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." 
az-Zumar : 10





moga Allah redha :*



No comments: