Tuesday, May 7

wrap it up yo

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

bismillahirrahmanirrahim,
saya cuba sebaiknya untuk tulis sebagai insan yang mengaku diri ditarbiyyah :)
kalau salah tolong jentik telinga, tapi jangan buat sup sudah.




***

jujur pilihanraya kali ini, ajar saya banyak benda, subhanallah serius banyak benda!
yang mana saya mampu terjemah dalam penulisan, maka ini lah hasilnya :)

1. mengambil tahu adalah langkah pertama ke arah perubahan yang lebih baik. 

macam saya pernah tulis, saya membesar dalam persekitaran yang membincangkan isu negara. tapi dulu saya fikir, tunggu dewasa lah. muda lagi ni. sampai satu masa, tahun ini juga sebenarnya, saya pun tak sedar sejak bila, oh tarbiyyah halus ibu-bapaku, tiba-tiba saya sendiri dah turut serta dalam perbincangan isu negara. ceh poyo, over sangat, isu PRU 13 lah okay sikit bunyinya. maka bila sudah berbincang, wujud perasaan ingin tahu lebih, bermulalah episod kaji selidik sendiri. dan banyak sangat benda saya tak tahu yang sepatutnya dah lama saya tahu. kesedaran berputik di situ. 

saya pasti ramai yang tahu. sistem pendidikan negara kita mendidik kita untuk tahu apa kita perlu tahu sahaja. hafal yang ini, ini yang akan masuk periksa. takperlu nak tahu lebih kenapa jadi macam tu kenapa jadi macam ni, kenapa kenapa kenapa, takpayah tanya kenapa. otak dihalang dari 'reasoning' maka dengan itu otak tidak berfikir, lahirlah masyarakat yang hanya menerima, tanpa berfikir menggunakan logik akal. dengan media yang sudah dikuasai, habislah, memang itu sahaja yang diterima, maka itu sahaja yang dipercaya.

jadinya kenapa mengambil tahu itu penting? bila kita tekad untuk ambil tahu, benda yang akan kita tahu, akan suruh otak kita berfikir, tak percaya, cuba. jadi bila otak sudah mula berfikir, hasilnya, ha yang sepatutnya terhasil lah. sebab ramai sahaja yang mengaku berfikir, tapi hmm, yang betul-betul berfikir berapa ramai? kita kena hormati daya pemikiran orang lain juga ya ;)

2. kita sokong bukan sebab fanatik, bukan sebab obses, bukan sebab taksub, semestinya bukan sebab jumlah duit yang masuk poket, tapi kita sokong sebab kita sokong perjuangan mereka.

bila sokong sebab perjuangan, seharusnya tiada isu tidak matang ; gaduh, pukul, dan seangkatan dengannya. apa? perjuangan mereka adalah untuk melahirkan anak-anak jantan yang gagah perkasa mempertahankan jati diri pihak masing-masing ke? lol come on! saya bayangkan gaduh-gaduh ini isu zaman sekolah sahaja, rupanya jelas masih wujud di kalangan masyarakat kita walau umur mencecah umur seorang bapa, pemikiran tersekat di sekolah, *no offense tapi isu ini sangat ugh!* sebab tu dah tua pun still gaduh-gaduh. flashmob ipoh? ya saya sudah tahu siapa pencetusnya, jadinya apa saya katakan ini untuk semua lah. adil dan saksama.

dan bila sokong perjuangan, bila ada pihak yang mencucuk-cucuk bash / kutuk / attack figura kita hormati / pihak kita sokong, abaikan sahaja. apa yang mereka tahu? mereka tak tahu apa-apa lah, kalau tahu, mereka tak kata begitu, kan kan *angkat kening dua kali* untuk abaikan, ohoi sangatlah bukan mudah, memang terasa kena hasutan syaitan, bilamana mereka dengan bangganya, terang-terangan kutuk, membara-bara-bara dah. tapi kalau nak layan pun, lagi kecoh, akhirnya gaduh. so biarkan saja. byebye.

cuma bila tahu wujud pihak mengutuk beberapa ulama', aduhai terlepas jugak letupan saat tu. nak kutuk bangsa itu macam boleh tahan sikit,*salahtetapsalah* tapi bila kutuk manusia yang kuat perjuangkan Islam ohoi. bukan membara lagi dah, terbakar hangus dah. tapi itulah membezakan saya dan para ulama', saya dah hangus, tapi mereka masih cool macam air tasik gitu, tenang, siap dah maafkan semuanya, Allahurabbi, berkatilah mereka dan perjuangan mereka.

3. #inikalilah banyak refleksi diri berlaku. #ubah diri sendiri sebelum ubah negara

ada moment yang saya rasa yaAllah kejayaan itu sangat hampir. semalam saya dah membayangkan DSAI menjadi perdana menteri ke-7, menulis sejarah baru. ada moment kuat saya rasa ia tidak mustahil berlaku. saya terbayang banyak lagi perkara, saya boleh beli kereta idaman, saya boleh travel satu malaysia tak perlu risau nak tambah nilai smart tag, tak perlu risau duit minyak kereta. semua dah terbayang.

tapi bila satu-satu keputusan keluar semalam, dengan pelbagai insiden 'menarik', saya teringat suasana saat Presiden Morsi berjaya menawan Mesir. seluruh Mesir berhenti untuk sujud syukur kepada Allah. subhanallah! mereka sambut kejayaan itu bersandarkan sepenuhnya pada Allah. saya terbayang saat jika PR menang, adakah suasana sama yang akan wujud? saya pasti ada pihak yang akan buat perkara yang sama dengan rakyat Mesir itu, tapi belum sampai tahap Muslim seluruh Malaysia. 

dan akhirnya seperti akh Hamasah as-Syabab ke Afiq Sazlan ke, dengan reminder beliau yang sangat mengetuk jiwa, maratib amal kita masih sangat goyah. maratib amal itu gambar ini. 


kita nak capai UA (ustaziyatul alam) tapi itu anak tangga terakhir. mana boleh lompat tinggi sangat, hasilnya penat teramat. in fact mungkin tak sampai sampai pun. last-last jatuh bergolek golek ke bawah balik. kita kena naik one by one. dengan cool, dengan steady, dengan segala perancangan yang mantap. baru kita mampu capai UA dengan penuh bergaya sambil mengelap peluh di dahi. subhanallah :') 

jadinya, maratib amal itu bermula dengan itu ha rumah kecik comel itu - usrah :)
teringat sahabat pernah kongsi cerita naqibah dia, naqibah dia kata; 
Mesir dah capai tahap usrah itu memang untuk semua orang.
tiada golongan rebel, tiada golongan pentingkan hedonisme #eh

usrah mendidik individu muslim ke arah kebaikan. 
bukannya scary pun usrah ni, in fact sangat menyeronokkan!
sebab kebaikan itu fitrah, bila buat perkara fitrah, jiwa kita gembira.
sweet kan Allah? :')

ha. nak usrah ? boleh boleh :)

dan nak capai itu mungkin mengambil masa lebih dari 5 tahun, mungkin 10, 15, 20, 50 tahun, kita taktahu. tapi Allah janji kejayaan itu akan tiba, sama ada kita terlibat atau tidak, kejayaan itu akan tiba dengan izinNya, jadi jom kita pilih untuk terlibat sama ke arah mencapai kejayaan yang pasti itu. ada saham akhirat untuk kita in shaa Allah :)

4. kuasa Allah itu yang paling hebat

saya sedih pada awalnya kerana saya begitu yakin dengan kepimpinan yang sama, perubahan itu mustahil. kerajaan yang 'baru'? lagi telus? hampeh, memang hancur harapan. memang pada awalnya, saya macam, isy mustahil lah. tapi saya terlupa satu, hati setiap manusia, Allah yang pegang, hati para pemimpin kita pun, maka dengan itu ia tidak mustahil, Allah nak twist, satu saat sahaja boleh jadi. Allah Maha Hebat !

teringat ustaz Kazim Elias pernah kata; 
yang duk kutuk pemimpin kita ramai, kutuk bagi apa kat dia?
tapi berapa ramai yang doakan kebaikan untuk dia? 
berapa ramai yang doakan perubahan dari dia?

Allah ada. maka, kita doa.

***

macam saya kata, banyak saya belajar. 
banyak lagi sebenarnya, tapi nanti termuntah pulak sebelum habis baca.
tapi yang pasti, mata saya mula pandang perkara berbeza sekarang.
begitu juga pemikiran saya yang dah lama tidur.

saya berharap post ini tidak terlalu kontroversi.
dan saya berharap post ini membawa manfaat kepada saya dan anda.

moga kita dapat merasakan suasana satu negara sujud syukur dengan kemenangan yang haq. subhanallah :) moga kita sentiasa berada dalam golongan yang menyumbang ke arah UA itu in shaa Allah. hasbunallah wa nikmal wakeel :')

puteri lilin mahu beradu.
moga Allah redha.




No comments: