Sunday, February 24

mata dan fikiran diketuk


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

sekarang tepat 3.37 pagi, 
di hotel tengah bandar Melaka, 
esok nak jenguk adik bongsu di Merlimau in shaa Allah
*saje nak ceghita :D

****

mutakhir ini, semakin kerap kedengaran suara-suara bicara isu yang sangat berkait dengan hidup saya saat ini. suara itu pula bagaimana mahu saya katakan, bukannya sumbang, tetapi seakan pitch lari mungkin? lol. tidak tidak, gurauan semata-mata >.< 

mereka-mereka yang bersuara ini figura yang saya hormati, bibit bibit kata mereka seringkali dikaitkan dengan logik akal dan pengalaman yang mendidik. saya pasti ilham itu datang dari Dia dan suara-suara ini membuka mata saya dan mengetuk kotak fikiran untuk terbuka lebih luas dalam memandang isu hangat ini bukan untuk bersedih dengan jalan yang dipilih dan terus berpegang pada point yang berbaur negatif itu.

panjang betul into, sebenarnya isunya adalah bidang perubatan. *winks*

pasti,
cita-cita kebanyakan kanak-kanak adalah untuk menjadi doktor. tak? jangan tipu, saya tahu. haha. but then, as we grow older, pendedahan yang berbeza mungkin telah mengubah impian itu, which is cool, semua manusia punya minat dan kelebihan dalam bidang masing-masing bukan?



tapi untuk saya,
jalan menuju cita-cita itu sangat dipermudahkan oleh Dia. serius. *panjang nak cerita, maka percaya sahaja :D*
ada lah juga, 2-3 kali sebulan, terdetik dalam hati, 

"woah! I'm in the journey to become a doctor in shaa Allah, this is supercool"

supercool does not mean supereasy :P haha. tapi betul, ramai yang impikan berada di tempat saya, tapi tak ramai Allah beri nikmat itu. okay, saya bukanlah belajar di negara sejuk 4 musim pun, cuma maksud saya adalah menjadi pelajar perubatan itu ya ahaks.

dan makin lama bertatih dalam bidang ini, semakin jelas dan tajam durinya lebih. bau wangian bunga jarang sekali menjenguk hidung yang sering tersumbat ini. benar. dan saya baru tahun pertama. lagi lagi dari segi masa free, nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat dari bidang lain, fiyuh, memang bagai langit dan bumi. ceh hiperbola. tapi sekali lagi, betul.

lagi lagi dalam D&T (dakwahdantarbiyah), kedengaran, dalam bidang ini, 
bila kerja nanti, banyak persoalan muncul. 
dari sudut mana boleh dakwah itu dilakukan? 
dari sudut mana tarbiyyah itu boleh mengetuk pintu hati muhasabah level iman? 
dari sudut mana, masa boleh diketepikan hanya untuk menghadiri program dakwah dan tarbiyyah? 

ohoi. saya tak tahu langsung jawapan kepada semua persoalan-persoalan kat atas ni. untuk jawab soalan itu, bukan boleh reka essay sesuka hati, goreng sana sini. kang kena label cakap besar, natijahnya ciput. takmo takmo, tidak mahu jadi begitu. Allah pun tidak suka hambaNya berbicara sesuatu yang tidak dilakukannya. (as-Saff :2-3)



tapi hanya satu perkara saya nak kongsi,
saya yakin jawapannya Allah simpan.
dan Allah takkan sia-siakan usaha hambaNya,
lagi-lagi yang bekerja, berusaha demiNya.

Cuba check al-Ma'idah  : 56 
dan juga Muhammad :7

saya terfikir juga cliche betul ayat di atas, well like I care :P haha.
saya hanya mahu letak sepenuh keyakinan dan kebergantungan seratus peratus padaNya.
saya hanya mahu percaya PASTI ada sebab AKU terpilih menusuri jalan ini.
hanya perlu yakin dan percaya.
dan juga, aha! strategi! :)


Sepertimana kata-kata Saidina Ali r.a, 
"kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun".


***

dulu saya lebih suka just follow the flow man. everything's gonna be alright yo. tapi tak, itu dulu. bila dah diseru untuk berfikir tentang perkara ini, baru saya ambil berat perancangan jangka panjang. 
what to do next? then what? kalau tak jadi then what?

now I see kenapa Chinese dari baby dah dididik untuk susun jalan hidup.
even most Mat Salleh(?) pun dah susun how they want their lives to work out. 

"tapi, semuanya ketentuan Ilahi! 
kita tak boleh nak lawan pun nanti, 
buat sedih je perancangan tak jadi"

well. siapa suruh percaya memang hidup kita akan ikut perancangan yang kita sediakan tu. kita sebagai hamba, hanya mampu merancang dan berusaha ke arah itu, Allah will do the rest, and in fact Allah will give us even better which is the best. perancangan kita hari ini pasti ada cacat celanya yang kita tak ternampak, Allah akak kasi nampak in shaa Allah :')

kita semua hanya perlu berusaha dan yakin dengan Dia :)

macam saya kata tadi, alhamdulillah suara-suara mereka baru buat saya tersedar, beruntung aku terpilih dalam bidang ini. dan saya akan cuba untuk memaksimumkan peluang yang dihadiahkan dari Dia untukku :)

dearest awak, jom kita sama sama eh :)
and please remind me of what I write today, if I seems to be lost >.<

final exam lagi 41 hari woohoo. yosh!

***



p/s: senior 2nd saya baru habis final exam mereka dan result mereka keseluruhannya gempak subhanallah walhamdulillah :) bergetar jiwa dan lutut bila observe mereka gembira dengan keputusan masing-masing, Allahu :') moga menjadi pembakar semangat untuk saya awak kita semua :)



sudah mengantuk. selamat malam.


moga Allah redha.

No comments: