Tuesday, January 29

bila rasa jauh


ada masanya, perasaan seperti itu menjenguk kembali

aduh, parah.

perasaan terkapai kapai
perasaan seakan terlambung lambung
perasaan seakan terdampar di tengah lautan tanpa ada apa pun yang akan membantu

tiada pendirian teguh , tiada pandangan yang jelas
keadaan seolah-olah kelabu, kabur

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah
hubungan dengan Allah terasa renggang, longgar, jauh

seringkali diselitkan di dalam doa ;
ya Allah, jangan Engkau jauh dari aku. jangan Engkau tinggalkan aku.




ketahuilah sahabat,
Allah tidak pernah jauh dari HambaNya. tidak pernah.


"Demi waktu Dhuha. 
Dan demi malam apabila telah sunyi. 
Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak pula membencimu."

Ad-Dhuha : 1-3


pesan murobbi ;
Bila kita rasa jauh dengan Allah. Muhasabah hubungan kita dengan Al-Qur'an. 

Al-Qur'an itu surat cinta dari Dia untuk kita. 
Mengikut logik akal dan penghayatan emosi, jika sering kali diteliti dan difahami ayat-ayat dalam surat cinta pasti hadirnya rindu, sayang, dan perasaan dekat di hati di antara pembaca surat dan penulis surat.

Begitu juga antara kita sebagai hamba Allah yang membaca, tadabbur ayat-ayat surat cinta Allah itu, pasti hadir perasaan cinta, sayang dan rindu padaNya.

Allah itu sungguh ar-Rahman dan ar-Rahim kan ? :')

Cuma kita sebagai hamba yang hidup di dalam dunia penuh dugaan dan cabaran ini, kadang-kadang kita kalah pada godaan syaitan dan hawa nafsu. Jarak yang terwujud itu adalah berpunca dari diri kita sendiri. Maka apabila tersedar akan kewujudan jarak itu, ambillah tindakan yang pantas. Sepantas kilat! 


*aurat nampak >.<*

Jangan biar jarak itu terus jauh. Kita yang seharusnya berlari kembali pada Dia. Cari cari dan cari.
Kerana Allah tidak pernah tutup pintuNya bagi mereka yang datang mencariNya.


"Carilah hatimu di dalam solat, jika tidak jumpa, carilah di dalam Al-Qur'an, jika tidak jumpa, carilah di saat kamu mengingati kematian, jika tidak jumpa, pintalah hati yang baru kerana hati kamu itu telah mati"
- Imam Al-Ghazali


Moga Allah redha :*




No comments: