Sunday, December 9

kisah lawak saya


사랑해 !

oh sudah. apa kejadahnya ini?

*****

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :')
harap semua sihat dan masih mampu tersenyum hidup didalam limpahan rahmatNya amin :)

so,
ini kisah lawak saya a.k.a kisah inche J saya.



#
saya berjinak-jinak dengan dunia itu sejak umur 14 tahun. tingkatan 2 dari segi umur sistem persekolahan di Malaysia, tanah tumpahnya darahku. okay ada sedikit penipuan disitu, sebenarnya, bukanlah berjinak-jinak baru nak belajar berenang lagi, tapi dah tenggelam ke dasar rasanya jika diimbau kembali.

zaman tenggelam tak timbul-timbul itu, lagi-lagi bila musim cuti, bangun pagi, perkara itu perkara pertama yang dicari. balik sekolah, kadang-kadang tak sempat mandi, cari benda sama juga. menjelang malam, homework walaupun tak habis, teruskan dengan benda yang sama. tengah malam buta, stay up ha, tahu-tahulah, haruslah bukan buku yang ditatap, tapi masih lagi benda yang sama.

eh misteri sungguh. mystery mystery.

oh jawapannya mudah,
itu : Kpop pop pop pop
dihanyutkan hallyu wave jauh ke bumi khayalan mana entah, aduh. lawak. 

*****

(1) masa bersama keluarga, masa tidur, masa belajar, masa makan, masa main, masa apa lagi yang ada? semua masa lah, kalau boleh 24 jam, semua nak habiskan bertujuannya untuk itu. ini saya tulis benda serius, memang kalau boleh 24 jam, memang 24 jam. aduh. lawak.

siap boleh (2) titiskan air mata bila dengar suara seseorang yang pernah menjadi 'bias'ku kerna begitu terharu dengan pengorbanan mereka. siap boleh  (3) sengkang mata setiap malam, kadang sampai tak tidur, tonton segala jenis video yang wujud di YouTube demi mengenali 'bias'ku. siap boleh (4) berebut-rebut dengan kawan, bergaduh nak bukti akulah yang paling mengenali 'bias'ku. aduh aduh aduh. lawak. *bias = orang paling diminati dalam mana-mana group*

(5) gambar mereka yang diminati penuh dalam simpanan, dulu rasa cair tengok gambar mereka, rasa nak pengsan pun ada. aduh lawak. "comelnyaaaaa* *hensem gilaaa* *hot habis ni* ayat-ayat biasa dalam conversation dengan member-member Kpop yang share minat sama waktu tu. aduh lawak.

cuma satu benda.
alhamdulillah dari segi duit, ditakdirkan untuk menjadi sedikit kedekut dalam isu membeli barang mahal,.

(6) but still, ada yang sempat dibazirkan - satu album. yang telah dibeli tetapi tak pernah keluar dari plastik pun,  lawak lawak, nak tahu beli sebab apa ? saya beli sebab ada pernah seseorang tweet; "only true fans buy original album." saat itu rasa sangat tercabar, maka terus order online beli nak buktikan tahap kesetiaan dan aku adalah true fan itu! tambahan, lagu-lagu album itu saat itu dirasakan sungguh istimewa. aduh. lawak.




serius lawak kan semuanya ? and nak tahu mana part paling lawak ?

(7) part nak jadikan mereka bakal suami. nak dakwah mereka masuk Islam. then bolehlah kahwin and live happily ever after. aduh sakit. nak dakwah diorang dengan apa, diri sendiri apa yang ada dalam kepala pun pasal Kpop sahaja, macamana nak cerita pasal Islam sampai diorang boleh nak masuk Islam? aduh lawak. betapa *tidakbijak* waktu tu.

banyak lagi cerita lawak boleh saya kongsi, itu baru part Kpop, belum masuk Kdrama, ha, kang post ni jadi lagi panjang dari post Inche Gabbana, tetapi ini pun dah cukup teruk saya kongsi dengan dunia mengenai 7 chapter kisah lawak saya buat masa ini. baca pun rasa nak tergelak, lepas tu menangis sebab jahil sangat sangat sangat. Allahurabbi.



*****

bila keluar gambar mereka kat tv, excited, sebut nama setiap seorang tanpa gagal. bila keluar lagu kat shopping mall, rasa nak nyanyi sama kuat-kuat, menari ikut koreografi lagu tu, rasa nak bagitahu dunia, aku tahu pasal mereka ini.

bila ada orang tanya kisah sahabat, tercengang. bila keluar nasyid menceritakan sahabat yang sangat hebat, tak rasa pape. lame. straight face. saya taktahu apa-apa pasal mereka ini, memang patutlah tak rasa excited. Allah, lebih kenal artis korea dari hero Islam? astaghfirullah :'(

*****

bila dah Allah buka mata, Allah paparkan tindakan bilamana masih tidak faham tujuan hidup yang dua itu 2:30 & 51:56 memang seperti mereka yang tidak tahu hala tuju. tiada destinasi utama yang ingin dicapai. tahu nak bergembira, buang masa, buang benda tak berfaedah. akhirnya, jadi macam badut. buat semua benda yang nampak lawak. aduh.

sungguh, bukan mudah meninggalkan semua benda ni yang dah menjadi rutin selama lebih kurang 5 tahun. betul, tak mudah. lagi-lagi bila persekitaran tidak memudahkan hijrah ini. tapi, macam selalu orang pesan, syurga Allah itu sangat mahal, pasti jalan nak mencapainya pahit. baru adil. kan ?

time is not ours

*****

kenapa saya kongi eh?
hmm. sebab tiba-tiba saya rasa nak kongsi kisah hijrah saya.
ramai mungkin yang berkaitan dengan hamba Allah berlainan jantina dan sebagainya.
tapi ini kisah Inche J saya - Inche Jahiliyyah yang berkarat tebal itu.
oh dan ini bukanlah the one and only, ada banyaaaak lagi dalam list tu.

cuma saya rasa bila saya kongsi dengan dunia *over, mungkin ini jadi penguat untuk saya tidak lagi jatuh ke lubang yang sama. alternatif untuk terus istiqamah, in shaa Allah. moga usaha ini Allah lihat :)

dan juga of course, untuk sahabat di luar sana, yang masih lagi dalam situasi di atas, just take a moment to think, apa worth kita spend all the time, all the effort for something that give us no benefits at all. only a temporary happiness, that's if you do feel happy. sedangkan Allah dah sediakan terlalu banyak perkara yang boleh gembirakan kita di sini, dunia dan akhirat sana in shaa Allah :') ayuh rebut rebut rebut !



*****



사랑해 !
pasti ramai yang tahu kan? well maksudnya I love you :')

yes each and everyone of you, who always help me to be in this path, the right path to His Firdausi in shaa Allah amin. and for those who are strong enough to do the same thing as I did. just leave them behind, it won't kill you. falling in love with the Sahabas are way better, because they are superduper triple million times cooler than those Kpop guys, I can assure you that. 


Quoted from APG's blog : 
We do too little dakwah, 
too little tarbiyyah, 
and too much jahiliyyah, 
yet we expect to enter Jannah ? Pfffft !




may Allah bless :*






saranghae, 
Puteri Lilin





No comments: