Monday, December 3

kami alien & kami takesah


betul rupanya, memang betul, bila teringat,
zaman sekolah dulu, wujudnya pihak yang berulang kali pesan ; 

bila dah keluar sekolah nanti, bila bukan dalam suasana (baca : bi'ah) yang selesa, bukan lagi dalam bi'ah yang saling memperingatkan, bukan lagi dalam bi'ah yang di mana ahlinya semua memahami tuntutan Islam
   -baru kita tahu kedudukan kita dalam pemahaman dan praktikal Islam
-sebab bukan senang kat dunia luar nanti






simple. dulu zaman sekolah. nak tengok study group campur banat (baca : student perempuan) dan banin (baca: student lelaki) memang mustahil. kalau ada discussion itu, memang benda professional - pengawas, debat, handle program dsb. sebagaimana Islam mengajar, ada masanya untuk situasi yang sebegitu dibenarkan. eh terserlah Islam mendidik sikap professional :') dan jikalau wujudnya discussion yang tidak sepatutnya, pasti akan dipandang serong. pandang select bak kata orang melayu.

rumit. sekarang zaman kolej. tak perlu saya terangkan, anda sendiri sudah boleh bayang bagaimana rupa bentuk sikap pelajar kolej - dari aspek ikhtilat. mungkin ada beberapa kolej yang terkecuali alhamdulillah :') tetapi kita lihat skop umumnya di Malaysia hari ini. peratus yang terkecuali itu sangatlah kecil. dan di kolej juga, saya belajar, pihak yang berusaha untuk menjaga ikhtilat itu yang dipandang serong. serong sampai sakit tengkuk

***

kawan, bukan isu ikhtilat yang saya ingin kongsikan, isu lain sebenarnya. jengjeng.

isunya ini ; 

1) zaman sekolah saya. situasi yang mana ikhtilat itu mampu dijaga kerana mereka yang berada di dalam suasana itu faham. kerana itu mudahnya Islam dipraktikkan. bila mana saya menggunakan istilah 'faham' - bermaksud individu itu faham Islam. apa yang disarankan Islam. 

2 ) zaman kolej saya. situasi yang mana mereka yang menjaga ikhtilat itu dilihat sebagai pelik! alien! orang gila! 
eh over sikit disitu :3 tapi itulah realitinya. yang saya sendiri sudah melaluinya. Islam nampaknya ada cabaran untuk dipraktikkan kerana mereka yang faham, adalah golongan minoriti. ghuraba' betul. tetapi kan, aneh aneh aneh, kerana golongan majoriti yang memandang serong itu, di IC mereka tertulisnya Islam. 



kuasa Allah - sangat hebat - kenapa masih lagi jauh? kenapa


***

teringat soalan yang diajukan Sir Irwan Affendi semasa forum SKEMA,
"adakah umat Islam hari ini mampu menjadi pemangkin legasi Rasulullah s.a.w.?"

mulanya saya jawab dalam hati ; mampu kot. tetapi bila dihuraikan maksud persoalan beliau, jawapan adalah tidak oh tidak. fikirlah. isu ikhtilat sudah gagal, bagaimana mahu bawa legasi Rasulullah yang sungguh hebat itu. 
dan kegagalan hari ini adalah kerana tiada kefahaman. salah satu solusinya, tanggungjawab mereka yang faham untuk memahamkan mereka yang lain bukan? aduh, menggigil tangan menaip setiap suku kata dalam ayat ini. tanggungjawab khalifah (2:30) itu memang bukanlah main-main.

oleh kerana itu, anda, yes, anda yang faham setiap bait bicara post ini, kita harus buat sesuatu, mungkin bukan terus pada dunia. tetapi bermula dari tempat kita masing-masing. 

kerana itu kita yang Allah takdirkan untuk faham lebih awal dari yang lain, Allah taburkan di muka bumi ini, kolej itu kolej ini, fantasyirul fil ard, untuk Islam naik toing toing toing dari seluruh pelosok dunia insyaAllah :')

***

kerana itu anda, yes anda yang tidak faham atau mungkin faham tapi sengaja buat tidak faham dan sentiasa cuba untuk jatuhkan saya dan sahabat saya, percayalah, kami tidak lemah sebagaimana yang kamu fikirkan, dan anda boleh bercerita apa sahaja yang anda ingin tentang kami dan tindakan kami, reply kami ;
kami alien & kami takesah.

sebab Islam itu memang datang dengan ghuraba' asing dan ia akan pulang sebagai ghuraba' asing
itu hadis Baginda.
tidak kisah menjadi alien asalkan termasuk antara yang Islam itu insyaAllah :)

***


sekalung perhargaan kepada abah dan ibu yang berusaha bertungkus lumus untuk menyekolahkan aku dan adik beradik di sekolah itu, kerana dengan sekolahitu aku dapat lihat tahap nazaknya dunia hari ini. alhamdulillah. thankyou abah hensem and ibu anggun :')


walau perit, aku bersyukur


may Allah bless :*




No comments: