Sunday, September 30

that alphabet I miss


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah result end-of-module FOMS 1 dah keluar. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. sangat bersyukur dengan result sendiri sebab tahu usaha banyak mana -.-

bila bagitahu abah result. nak lari ; jadi bagitahu abah medic ni susah. exam hari tu sangat susah. ha.ha.ha. result tak macam sekolah dulu. 'alphabet' yang sama selalunya. susah kot bro. tapi sebenarnya, ada juga k beberapa ketul batchmates yang berjaya dapat that 'alphabet' yang saya selalu dapat zaman sekolah dulu. 

OHOI. TAK MUSTAHIL PON.

diorang boleh maka saya boleh. dan saya mahu cuba jadi orang yang boleh itu. *mukaserius*

maka, teringat forum dari alumni rcmp minggu lepas. antara alumni yang terus berjaya :)
kat sini nak share point penting yang dapat dari mereka ;

1. betulkan niat sentiasa 
- bosan dengar? biar bosan tapi ada hasil jangan bosan biar ia lalu je macam burung gagak dalam cerita anime yang suka buat krik krik. lagipun, hadith 1 dari hadith 40 juga berkaitan niat, memang hasil usaha kita akan berbalik pada niat.

simple logic : nak beli tosai untuk maktok (bahasa moden : grandma) tercinta, walau terjatuh basikal lutut berdarah, walau dikejar anjing gigi tiga lapis, kita tetap terus berusaha sampai ke kedai mamak sebab nak beli untuk maktok. tetapi kalau untuk beli untuk diri yang dah pun kenyang, terus balik lepas jatuh basikal kan ? dapat tak ? :D *takdapatsilatanyadirectlypadasaya* :)

bila niat betul. the path to achieve apa kita niatkan, jadi sedikit senang :)

2. disiplin / masa
- erk. adeh. this is one of my greatest disadvantage. 

semua orang ada masa yang sama banyak. 24 jam sehari. orang kata, yang beza antara student medic dan yang lain, medic kerja nak buat susah dan banyak, yang lain, mungkin degree of hardship or degree of abundance is a little bit less. *di sini bukan ingin membezaka diri sendiri dengan sesiapa* cuma cakap secara general, harap buka minda :)

the thing is, kerja takkan berkurang, masa takkan bertambah. disiplin controls it all. ada disiplin, masa bukan masalah. tiada disiplin, kerja jadi masalah. *dush ketuk dahi*

dan cara paling senang train diri disiplin ; solat awal waktu. Islam ajar kita jaga masa 5 kali sehari setiap hari dalam hidup. kalau dapat jaga, yang lain, insyaAllah boleh jaga. logik kan ? indahnya Islam kan :')

3. attitude
- handsome cantik pandai bijak bergaya kaya , semua ada kalau attitude tiada , hidup tak bahagia . mungkin ada yang sudi berdamping dengan kelebihan kelebihan seperti yang tertera , tapi hasilnya tak sama bagi yang berdamping kerna attitude anda . 

rasanya semua faham ni. kan ada orang yang kita tengok rasa tenang, rasa nak buat kawan. kerana attitudenya. maka attitude penting, lagi-lagi bakal doktor, akan hidup berdepan dengan masyarakat , attitude takde , pesakit tak hormat tak percaya . last-last berhenti kerja , tanam anggur ? nauzubillah . 




ya Allah ya Allah ya Allah.
saya bukan sesiapa untuk menulis benda benda begini.
saya tulis terutamanya untuk diri saya yang masih terlalu banyak kelemahan.
peringatan penting untuk masa depan sendiri. 
jika mampu bantu anda, maka alhamdulillah :)

ayuh tunaikan tanggungjawab :)
may Allah bless :*


No comments: