Sunday, August 12

mungkin belum tiba masanya


astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah



ya Allah kenapa aku macam ni ? 
dengan mudah memikirkan mereka kurang dari aku
kurang kefahaman, kurang amalan, kurang iman

sedap hati menilai yang lain. sedang aku tahu
tahap iman seseorang hanya Dia yang tahu

***
dalam tempoh masa yang agak lama,
kefuturan jelas terasa di hati, malah terpapar dalam amalan seharian
terasa sangat jauh dari yang Maha Esa, sangat sangat jauh
sudah lama mata tidak menangis, merindu

aku cuba cari punca utama
penyebab kepada segala ke-negativiti-an ini
dan tanpa memandang ke arah yang sepatutnya
aku terus menuding jari

kerana mereka aku futur ! kerana mereka aku sukar mengejar cintaMu ! mereka !
mereka dipersalahkan, senang hati


aku tersedar perkara ini, selepas apa yang aku lepaskan semasa sesi curhat
aku jadikan mereka penyebab kefuturan
sedangkan mereka juga sedang bermujahadah
meninggalkan sisa sisa jahiliyyah

astaghfirullah astaghfirullah
telah aku salahkan sekeliling, telah aku salahkan suasana
telah aku mengharapkan kesempurnaan
sedangkan diri sendiri tidak sempurna
astaghfirullah

maaf sahabat-sahabat ku

assisting environment ?
He didn't give me that
but instead, He gave me a challenging one
why?
mungkin supaya berhenti memanjakan diri
dan mungkin supaya menjadi the one yang menegakkan Islam di dalam diri 
sehingga tertegaknya Islam di sekelilingku suatu hari nanti
insyaAllah

***
pesan sahabatku ;
bila sesuatu diharapkan tidak menjadi, jangan sedih, beritahu diri
mungkin belum tiba masanya
terus lakukan apa yang sepatutnya

masanya memang lama, dan perlukan mujahadah yang kuat dari dalam
akan tiba masanya suatu hari nanti insyaAllah

***
diri sendiri tidak muhasabah
sebenarnya punca utama futur datang dari diri sendiri, dari hati sendiri
astaghfirullah

***


hati, sampai saat ini rasa gembira
alhamdulillah ya Allah
kerna kurniakan mereka yang sentiasa membawa aku
lebih dekat denganMu



may Allah bless :*

2 comments:

Anonymous said...

bring me altogether with you ateyy...fight for jannah..6^

musafir asing said...

lets' packing up our iman, our taqwa and run towards our kampung! our jannah!