Monday, August 6

terima kasih dato'

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
harap semua masih terus tingkatkan amal, ramadhan semakin dekat dengan penghujungnya ;/ 

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
dato' lee chong wei berjaya raihkan perak untuk Malaysia ! :')

tak perlu cakap, semua orang yang saksikan perlawanan antara Dato' dan Lin Dan semalam pasti tahu tahap epiknya perlawanan mereka. point tak jauh. dato' dapat satu, lin dan kejar satu. lin dan mara satu, dato' ikut mara. 

sejujurnya, saya ni spesis emosi energetik bila tonton sukan. tak kisah, bola ke tennis ke badminton ke. semua. selalu kena marah dengan abah bila emosi ter-over. adeh. maka dengan itu, tabik spring kepada semua pemain taraf dunia yang mampu mengawal perasaan dan tekanan.

macam biasa, dekat twitter, bila ada perlawanan besar apa-apa, kadang tak perlu tengok pon, baca timeline dah tahu segalanya. hebat. dan semalam, sepanjang final badminton olimpik 2012, para pengicau berkicau dengan aktifnya, sehinggalah selepas tamatnya perlawanan pun - termasuk saya

apa yang saya suka teruja gembira semalam, nampak rakyat Malaysia sebenarnya mampu bersatu padu. bila dato' bertarung, satu Malaysia menyokong dengan penuh semangat. dan bila pukulan terakhir dato' terkeluar, bila dato' terduduk, satu Malaysia merasakan kesedihan dato', ada yang menangis sekali dengan dato', tapi semua terus menyokong dan memberi kata-kata semangat. trending kat twitter pun mampu cecah yang tertinggi.

memang, memang ada yang sokong kerana Baskin semata-mata, dan ada yang cakap nak tukar warganegara pon. hmm. memang kadang-kadang nak bergurau tapi rasanya tak perlu - kerana mulut badan binasa. kalau boleh, cuba rasa amanah, tanggungjawab yang dato' rasa, takkan terkeluar ayat tu dari mulut isyisy.

Rasulullah sendiri pamerkan, tunjukkan, perasaan sayangkan tanah air baginda, Mekah. sering rasa rindu akan tempat kelahirannya.

Malaysia bukanlah antara negara Asia yang dikenali. selalunya bila dikatakan dari Malaysia, pasti perlu terangkan ianya terletak bersebelahan Singapore dan Indonesia. begitu kerdil Malaysia di mata dunia. malah saya sendiri pun dalam hati sentiasa ada harapan nak migrate bila dah besar nanti, bukan sebab apa, cuma saya ni puteri lilin yang suka travel ha gitu B)

tapi sekarang, Malaysia mula dikenali. dengan adanya mereka yang berjuang dalam bidang yang diminati dunia - bidang sukan :') kita yang biasa biasa bab sukan ni, jom teruskan sokongan ! :D


walaupun dato' takkan bacanya blog ni ;| saya nak juga tulis besar besar,
TAHNIAH DATO' LEE CHONG WEI. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK. 
SAYANG DATO' <3 b="b">

#ThankYouLeeChongWei ;)

satu tweet yang menarik saya terbaca ;
"Skill wins medal, attitude wins hearts" - ESPN
ESPN pun perasan something from attitude Dato', cayalah Dato' :)

BUKA INI GAMBAR 



Roger Federer pun kecundang, adeh.
Ini lagi seorang attitude hebat :)
Walau jatuh banyak kali, fans tak pernah berkurang.


May Allah bless :*


No comments: