Friday, July 27

surat cinta

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)


alhamdulillah saat ini, hati gembira. gembira kerna kekosongan hati terasa diisi ;) sebab hari ini iftar, kat rumah tercinta. tapi yang specialnya, iftar kali ni ada agenda tambahan, qur'anic circle <3



qur'anic circle macam tadarus. tapi yang specialnya, *ayat ulang* bwahaha. focusnya lain, bukan hanya mengejar berlumba menghabiskan tadarus 30 juzu'. but focusing more on tadabbur ayat-ayat terpilih. sangat menyeronokkan. betul. tak caya, cuba sendiri :D 


"QC ni lain. Kita taknak lepas Ramadhan nanti sama je walaupun dah habis 30 juzu'. Kita bukan nak jadi hamba Ramadhan, tapi hamba Allah." Kak Cam, pemberi inspirasi :)

qur'anic circle pertama kami :) kami tadabbur surah Taha, 1 - 20. 

surah Taha sangat terkenal kaitannya dengan kisah pengislaman salah seorang pemimpin Islam yang cukup hebat. sangat digeruni, disegani, dihormati, siapa siapa siapa ? semestinya Saidina Umar Al-Khattab :') surah ni pun digalakkan kepada ibu-ibu yang mengandung untuk membacanya, mudah mudahan anak yang bakal lahir, lembut hati, lembut perwatakannya :) *habolehtakenotedarisekarang XD


"Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu agar engkau menjadi susah. Melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah" 
Taha : 2-3

hati sayu. fuh. kena straight panah kat hati. bukan panah yang membunuh tuu, tapi panah cinta ya ;') terdetik dalam hati, ya Allah banyak sangat dari dalam Al-Qur'an yang belum dipelajari, diteliti, dihayati. oh kerdil. 


malam semalam, terasa sangat kuat *gedebuk* ayat ni seperti Allah sedang berinteraksi direct. dengan lembutnya menyapa hati. aduhai. rasa ringan, rasa indah, terpercik dalam hati perasaan mengenal cintaNya yang sungguh bermakna ~cair~

oh dan sebenarnya kan, dalam qur'an tafsir yang kita punya tu, yang semua warna ada, semua style ada tu, selepas perkataan 'kepadamu' wujudnya perkataan '(Muhammad)', menunjukkan -mu itu sebenarnya merujuk kepada baginda. ha part ni yang menarik. tapi dalam arabnya, sebenarnya tiada pun perkataan Muhammad. ha dah dapat tak dah dapat tak apa yang nak disampaikan ?

jika kita, eh bukan, saya yang ilmu dalam bidang bahasa arab ini kureng sedikit, membaca tafsir ayat itu begitu, + (Muhammad), pasti wujud kesukaran dalam mewujudkan perasaan ayat itu sebenarnya adalah untuk diri kita juga. ia seolah-olah berlalu begitu saja. seolah-olah kita membaca surat cinta yang tertera nama orang lain. sedangkan, ia juga adalah untuk kita.

begitulah bagaimana Saidina Umar pabila membaca ayat tersebut, beliau terasa ayat tersebut betul betul adalah untuknya. seperti Allah berbicara terus dengannya. sehingga terdetik dihatinya untuk melafazkan syahadah. oh bila terkenang kisah pengislaman Saidina Umar seperti yang kak Elis kongsikan, air mata bergenang, subhanallah, indahnya :')

sahabat yang disayangi ceh macam syarahan, 
percayalah, al-qur'an itu untuk kita. surat cinta daripadaNya. tak kira tua muda hensem cantik pendek tinggi kurus takkurus melayu pakistan bugis, al-qur'an itu untuk kita. sebab kita sama. fitrah kita sama. 

bacalah dengan hati, bukan hanya dengan akal fikiran


"jadikan Al-Qur'an seperti kekasih yang cemburu. 
once kita lupakan dia, terus merajuk lari jauh."
- Kak Sol



alhamdulillah gembira sangat QC semalam wee ;) 
jazakillah khair kathira kak Hani, kak Alia, kak Elis, kak Sol <3 
may Allah bless :')






hari ni jumaat, jom baca Al-Mulk. hee.



2 comments:

Wardah Hazirah said...

ateyyy!! subhanallah, perkongsian yang mantap! :)))) *teringin jugak nak dok QC dgn semua~ huhu

ateyyyy said...

subhanallah :')
kongsikan apa yang dapat dicapai sepanjang QC hee, sangat seronok kak hazirah, bila bila mai jenguk datang rumah <3