surau.
oh banyak wajah asing, rakan diploma mungkin,
qailulah berjemaah, memenuhi setiap inci kotak surau
letak barang, rehat, memenuhi kehendak badan - oksigen
intai jam ungu di tangan, aduh masa cemburui aku
bingkas ambil wudhu' niatnya mengejar dhuha
selesai sudah,
dengan pakaian yang bersedia untuk date denganNya
azan zohor dari masjid berkumandang
oh takpelah, insyaAllah esok kata hati
selesai azan, 2 saf penuh, berdiri
aku di hujung kanan barisan hadapan
kedengaran suara-suara meminta imam memulakan tugasnya
10 saat, senyap,
pusing kiri, ukhti di tengah sudah angkat takbir - sendiri
mereka di saf kedua terpinga-pinga, aku pun
suara-suara di belakang semakin lantang
aku bertanyakan ukhti di sebelah "jemaah ke sendiri ni eh ?"
dijawabnya tidak tahu, dan tanpa diduga
bibirnya bergetar, matanya sudah bertakungnya air mata - eh kenapa kamu ?
matanya memandang aku seolah memohon pertolongan
- saya tak berani jadi imam kak.
suara-suara di belakang bertukar garang, sibuk agaknya,
tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan
"takpe meh akak jadi imam"
***
entah. aku sangat tersentuh saat itu.
cuma, terserlah di mata, wajah adik itu,
gusarnya membawa amanah seorang imam,
risaunya dia sehingga hampir menitiskan air mata
betul pun
amanah imam besar
tidak sempurna solat imam, begitu juga ma'mum
saya sendiri kalau hati tak bersedia, saya suka orang lain kehadapan
bukan berniat nak menakutkan-nakutkan, jangan jadi imam ! bukan bukan. cuma, sekadar satu pandangan yang mungkin kita, termasuk saya terlepas pandang. solat kan tiang agama, tak boleh pandang enteng kan ? :)
mari mengejar kesempurnaan solat insyaAllah :)
insyaAllah adik itu mampu suatu hari hanti menjadi imam - aku doakannya
dan aku hormatinya kerana berani menyatakannya. ada orang diam terus angkat takbir solat sendiri abaikan terus jemaah di belakang. *tak refer sesiapa spesifik* wallau'alam :)
may Allah bless :*
1 comment:
kite tak faham citer ni cemane -,-
Post a Comment