Sunday, August 5

line of heroes

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


bermula dari Kosmik minggu lalu 


prof. dr arshad tanya ; 
"siapa kenal suhaib ar-rumi ? siapa tahu kisah beliau ?"

krik krik. sunyi.





dalaman terpaku. luaran? macam biasa, cool. ek abaikan.
dalaman jawab ; saya tahu saya tahu. saya tahu satu perkara berkenaan beliau. beliau adalah salah seorang sahabat yang namanya terpilih untuk dijadikan nama kelas di sekolahku dahulu. sekian terima kasih.

whatta. parah ni, parah. dalaman sedih. sentap macam kena panah. 

sebelum ni, zaman sekolah dulu, menjadi rutin harian, menyebut nama para sahabat. suhaib, saad, salman, tariq, nuruddin, salahuddin, razi, syafie, hassan, suyuti, maliki, tabari, qurtubi, urwah, ibn kathir. dah nama kelas kan.

tapi macamana eh nak cakap,
ia bagaikan berlalu begitu sahaja, tiap kali bibir mengungkapkan nama-nama hebat ni, hati tidak terkesan, macam sebut nama orang tak dikenali.

tidak bergetar mengenangkan perjuangan mereka, kerana tidak tahu, tidak rindu dengan dalamnya kasih sayang mereka pada Islam, kerana tidak tahu, tidak bergenang air mata membayang segala pengorbanan, derita mereka, kerana tidak tahu.

saya bukan jenis suka membaca. dan saya budak medic aha. ek abaikan. saya tak suka membaca perkara yang berkaitan dengan fakta - sejarah. rasa terbeban.

tapi, itu dulu, alhamdulillah sejak kak Elis share kisah Umar, hati terdetik rasa nak tahu lebih, rasa kerdil bila tidak tahu. dan bila kak Aslah share kisah Suhaib Ar-Rumi masa iftar buddy, sejak itu, kekuatan & semangat itu datang, setiap hari cuba selit masa baca sirah sahabiah. *akan cuba konsisten insyaAllah*

tak janji akan ingat kesemua fakta, tapi saya akan berusaha

peribadi para sahabat, sungguh indah, sungguh hebat. setiap kali baca, bila bayangkan satu satu situasi, sangat terharu, rasa malu dengan diri sendiri.


tidak mereka mengeluh walau payah
tidak mereka berpatah balik walau susah
tidak mereka goyah walau seksa

harta, jiwa tanpa ragu dikorbankan di jalanNya
kukuhnya iman mereka setiap seorang
hasilnya Islam tersebar luas

pasti suasana ketika itu sangat indah
walau keperitan menjelma bak cendawan tumbuh selepas hujan

sering membayangkan kekuatan ukhuwwah mereka 
subhanallah pasti kemanisannya tak mampu dijelaskan

adakah aku akan merasai sesuatu seperti itu




mission awal ; 
kenali semua sahabat = semua nama kelas di sekolah
ayuh !




may Allah bless :*



p/s ; 
kalau boleh tangisi kisah cinta, 
mari kita cuba tangisi kisah sahabat pula :')


No comments: