Monday, July 23

eh siapa kasi ni ?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

masih tersenyum ? alhamdulillah. just so you know, anda sangat bertuah kerana masih diberi peluang dari Allah untuk terus gagah berdiri menghirup udara segar di dalam bulan Ramadhan kali ini :) #jomtutupmataucapalhamdulillah <3

baiklah. kenyang? mengantuk? jangan risau. post kali ini simple. cuma sedikit dari apa yang saya dapat dari iftar di RI Zahra tadi :) - by KakWani <3
kad jemputan iftar by seniors. ohsem kan ? 

situasi 1 :
apabila Perdana Menteri beri hadiah pada kita. kononnya lah kan. maka kita sangatlah teruja kerana beliau adalah seorang Perdana Menteri, walau apa pun yang diberi. *ini contoh, tiada yang berkait dengan yang hidup / sudah pergi*

situasi 2 : 
tibanya hari lahir kita, apabila kawan-kawan, sahabat-handai, kaum kerabat memberi hadiah, hadiah ini, hadiah itu, hadiah ini, oh seronok, jiwa gembira hati berbunga. pasti yang diingati adalah siapa yang memberi, bukanlah apa. *takcaya cuba try* :D

situasi 3 : 
Allah yang Maha Kuasa, Maha Agung, Maha Besar mengurniakan kita satu jangka masa, di mana jika kita menggunakannya sebaiknya, hanya kebaikan yang akan menjelma. Juga satu jangka masa yang apabila kebanyakan kejahatan di dunia, seakan-akan hilang sementara. Jangka masa yang diberi nama Ramadhan.

Reaksi kita pabila tibanya Ramadhan ? 
Oh. Eh. Dah kena puasa . Dah kena terawih sebulan ni. Oh okay. Kbai. Meow :3

referring to situation 1 ; no matter what the present is, if it's from someone we claimed to be amazing,  superb, extraordinary, involuntarily, we'll fell really grateful. and referring to situation 2 ; we'll remember the person who gave the present more than what the present itself. got it dearly beloved ones ? okay, so now let's relate everything with situation 3.

what's with the sudden language change -.-

kali ini, Ramadhan, Allah yang Maha Agung yang kurniakan kepada kita. Allah, Tuhan sekalian alam. seharusnya wujud rasa syukur dengan pemberianNya ini. kerana ini adalah pemberian dari Tuhan kita, Allah. tanpa perlu sebarang bayaran, kita dikurniakan Ramadhan di mana ganjaran yang terdapat didalamnya berlipat kali ganda.

all the programs prepared by the Ikram seniors throughout Ramadhan :)
takada alasan dah ni Atey ;)


dan, seharusnya kita lebih mendekatiNya. Ramadhan hanya medium, tapi matlamat sebenar ? haruslah sentiasa ingat, mardhatillah <3 

sekarang ni, baru selesai tarawih ke-4. Tinggal 27 hari untuk berpuasa, 26 kali untuk bertarawih. adakah itu sahaja amalan dalam bulan ini ? yang belum pasti diterima atau tidak. pastinya bukan. 

masih belum terlambat untuk meletakkan azam untuk Ramadhan kali ini. usaha yang ingin dijalankan, perubahan diri ke arah kebaikan yang perlu di titikberatkan. mari mari tetapkan azam, dan berpegang dengannya :)

*JomOptimumkanRamadhanKaliIni* 


may Allah bless :*



1 comment:

nisanadhira said...

insyaAllah. jom tingkatkan mutabaah amal. moga pesta ibadah ramadhan ni lebih bermakna! ameen :)