Thursday, June 7

the key that fits

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
awak tahu, satu ayat dari akh azree (encik yang berkongsi mengenai blogging kat misi),
setiap malam sebelum tidur perlu tulis sikit demi sikit entri. that's the least yang saya boleh dapat dari perkongsian beliau.

******

hari ni, saya terjaga secara tiba-tiba sebab batuk. aduh sakit. siapa suruh tak pakai selimut. 
kipas direct kena.

*

dari semalam saya plan pagi hari khamis, hari ni nak pergi bank, bukak account baru + activate cimb clicks. pergilah dengan abah, tapi sebelum pergi tu, saya dan abah pergi lunch dekat food court wangsawalk. oh semestinya bila sampai situ, jemput-jemput jepun saya beli dulu ! :D


 
jengjeng. that's my love takoyaki and ikan keli ! (anak + abah : dua dua keli's lover meow )



cimb ; settle sekejap je. lepas tu pergi maybank untuk account baru. saya mengantuk sangat, so tidak dikisahkan orang sekeliling, abah pun takde abah pergi bank lain, saya tidur. haha. 

pejam celik pejam celik. lebih kurang 30 minit berlalu.

konklusinya, servis maybank haruslah diperbaiki tahap kelajuannya dan tahan ke-efisien-annya. sebab setelah tunggu lebih dari 30 minit for my turn, sampai-sampai counter, dia cakap ic tak boleh baca, apa boleh buat? gaduh? balik jelah :) dari observation, 2-3 orang sebelum saya pun kena benda sama. mungkin ya, takdir Allah hari yang sama ada ramai IC rosak /machine baca IC tu mengada. but then, masa diorang ambil IC tu instead of guna hanya untuk susun ikut nombor giliran, they should check it first, tak ada lah 30 minit hilang macam tu je. 

keluar dari maybank dengan mengantuknya. abah pun tak habis lagi kat bsn around setiawangsa. so I walked to wangsa walk sebab nak cari screen protector baru. haa here goes the actual story ;)

~

saya memang selalu beli kat situ je perkakas samsung saya. dulu, pekerja berbangsa Cina yang melayan pelanggan. bila tanya semangat je tunjuk, muka dia pun ceria :) that's why saya selesa pergi situ selalu. tiba-tiba, hari ini ...




















HAA !

maaf. saje over :B
hari ni orang melayu yang jaga. 

bila ternampak satu cover yang comel. saya senyum sambil bertanya 
"Ini untuk galaxy apa eh?" 
dengan garaunya dengan muka swag tak berapa nak jadi, dia menjawab 
"W" 

dalam hati sabar, kisah dia hari ni saya taktahu. baru lepas makan makanan terlebih pedas ke sakit perut ke kasut kena curi ke tali handbag putus ke kan. jadi cuba sabar dan senyum, oh tapi terus lari dari tempat tu. pergi ke arah counter, sekali dia ikut. ahh takut.

tanya orang lain pasal screen protector. dia jawab lah segala jenis yang ada. oh ape itu semua ? - ini bermain didalam fikiranku. pengsanlagibacaayatsendiri . saya tanya yang mana yang okay kak ? *mukasemanisboleh* lagi sorang dengan surau garau menjawab ; semua okay, semua boleh pakai blablabla. muka nak senyum tu, hmm, susah sikit rasanya.

oh untuk pengetahuan, saya susah sikit tengok orang muka garang, masam, pahit, kelat walaupun ada orang kata saya pun macam tu :3 tapi saya tetap tak suka. terasa aura negatif yang kuat di situ. lalala. tukar screen protector sehingga ke saat saya keluar dari kedai saya senyum kat mereka berdua. tapi cintaku bertepuk sebelah tangan ~ :P

*****

terkenang :P teringat satu bahagian terbaca dari solusi pagi tadi. seorang hamba Allah ni conclude-kan topik "Orang Bukan Islam Lebih Baik?" - dia cerita pasal semua pengalaman dia kt Singapore dan Thailand. Di mana negara-negara tersebut adalah bukan negara Islam tapi budaya yang diamalkan boleh dikatakan lebih baik dari yang diamalkan di negara Islam sendiri - contoh paling dekat negara kita Malaysia.

dan antaranya adalah budaya bertegur sapa. ibu pun selalu cerita masa ibu abah kat US dulu. they people there were very friendly. treat you as if they already know you for years. hah. friendly lah senang cerita, dan itu adalah dengan orang asing di negara mereka. kita ? dengan mereka yang sama bangsa dan agama pun macam tuuuut. apetah lagi yang lain ? 

budaya memberi salam ? huu susah tu sebab ye lah macam situasi di atas, yang dah ditegur dan dilemparkan senyuman manis pun masih lagi buat macam stranger. ini kan tiba-tiba nak memberi salam di tengah jalan ? banyak yang perlu diperbaiki di negara kita. nak start dari mana eh ? mana lagi ? diri kita sendiri lah bro.



"Be the change that you want to see" - Ghandi


just start dengan senyuman dan kalau kuat, beri salam <3

ouish, sejujurnya, misi ni tak senang. kat kmkn pun bertahan sekejap je hoho ;/ jadi sahabat ayuh mula bersama, peringatkan saya bila saya lupa, jangan lupa yang saya manusia juga tau. hee. insyaAllah, jom senyum :) - kan itu sunnah Rasulullah yang kita cintai <3



plus ; 


"Smile, it is the key that fits the lock of everybody's heart."- Anthony J. D'Angelo



senyum, tak perlu kata apa-apa. 



No comments: