Wednesday, April 18

kakak kakak saya

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

syukran kakak-kakak, saya rindu baking ;D

alhamdulillah. std 3 dah habis. walaupun kali ni huru-hara terasa, tapi macam ibu cakap, apa pun yang dapat nanti, at least kita dah cuba yang terbaik, Allah is the best planner :)

let bygone be bygone. saya tak plan langsung nak cerita pasal std 3 haha.

cuma nak share a little bit something that makes me, urmm, happy :)

sabtu lepas, kakak kakak rcmp datang. pada awalnya, saya tak expect apa apa sangat pun. cuma seronok dapat jumpa senior dengar diorang cerita cerita, bagi semangat hee.

tapi, apa yang saya dapat hari tu, lebih. memang lebih dari apa yang saya harapkan. lagi lagi masa tu, masa saya dalam dilema memikirkan sesuatu. haha. *previous post*

apa yang kakak kakak tu buat simple. cerita-cerita, sharing-sharing, nyanyi-nyanyi, eh silap nasyid, huahua, bagi muffin ihihi. kitorang semua, esoknya ada quiz. rcmp quiz chemistry, vinayaka quiz bio. bukan calang calang quiz tau. hah over.

tapi entah, kuasa Allah kan, bila kakak-kakak tu datang, insyaAllah dengan niat yang baik untuk jumpa kami adik adik yang comel yang juga ingin berjumpa kakak-kakak, mungkin pada awalnya ada yang terpaksa, tapi lama kelamaan semua yang datang senyum, hati ikhlas insyaAllah, mungkin di situ Dia berkati, kemanisan ukhuwah itu terasa di hati :')

kami tak pernah kenal, tak pernah jumpa,
tapi, hati boleh saling menyentuh kerana Allah
ukhuwah fillah harapnya.
jadi, sampai ke syurga harus kita bawa :)

huda, kak elis, bella, atey, nadia, azmah, ija
***

kakak kakak tunjuk aktiviti KBG (Kelab Bulatan Gembira ;D) kat rcmp, semua macam yang pernah aku lalui kat al-amin. adoi, masa tu memang dah sebak habis. lepas tu pasang lagu satu tekad, terus banjir T_T *aduh, habis kemachoanku huahua. lagi lagi didi kat sebelah. yaAllah rindu tahap maksima la kan kat Al-Amin, Roses <3

lirik lagu tu pulak memang kena kat dahi sendiri. "tunjukkan aku kawan, simpang mana arah kejayaan." masa tu aku memang dalam gelisah, risaunya hidup di rcmp nanti bagaimana ya? adakah suasana akan sama macam kat kmkn sekarang ni. alhamdulillah :) dengan kehadiran kakak kakak ohsem, jawapan itu terjawab. insyaAllah, pasti ada yang akan bantu, ukhuwah fillah kan ? :') 2,3 malam tidur 2.30 ekk macam fikir pasal boyfriend je, tapi malam tu, tidur awal. hee.

macam Teha remind,
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

cintai seseorang kerana Allah.
tiada sebab lain yang boleh buat kami duduk dalam satu bilik share something dari hati ke hati kalau bukan keranaNya :)

benci untuk kembali ke kukufuran.
banyak lagi yang aku harus betulkan. tapi aku memang takut untuk jatuh dalam lubang yang sama balik. insyaAllah, ya Allah thabatkan hati aku :)

alhamdulillah 'ala kulli hal.

saya bersyukur :)
ya Allah kmkn dah nak habis,
tamatkan ia dengan kesudahan yang baik.
jadikan rcmp permulaan yang baik
untuk aku dan semua <3

1 comment:

musafir asing said...

salam atey!!

jazkaillahukhair atas entry yang sgt manes tak hengat!

akak semua sgt gembira dapat jumpa hadek2 yg ohsemazing! hilang kepenatan dan keletihan akak2 seminggu study medic dan travel tu... semua rasa penat2 tu hilang umpama hilangnya kesan degil kekotoran selepas memakai sabun breze anti bacteria! wahaha..

inshaallah kami smua doakan kejayaan hadek2 semua dan kita akan bertemu dalam dunia keajaiban ukhwah di rcmp! walaweh! inshaallah.