Friday, April 13

cahaya dalam gelap


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

sekarang ni 1.26am. terasa nak luahkan apa yang terpendam.

***

sejak kebelakangan ni. hati saya asyik fikir satu benda je.
"zaman kmkn dah nak habis"

seronok ? haruslah, nak dekat cuti and a new chapter of my life akan bermula = RCMP !
tapi dalam masa yang sama, sedih ? pilu ? sebak ? entah ? haha

malam tadi. bacaan saya dengan didi je. berdua. reunion roses sekejap ;) sweet ? mestilah. so al-amin ~ tazkirah session = story mory :)

story ape ? rahsia. haha ntah pahape. okay, saya cakap dengan didi about next year. rcmp moment. takutnya saya. bukan sebab medic life dah start, well actually itu bolehla jugak sikit, tapi majorly sebab this is actually the moment the battle starts.

battle apa lol . battle dengan diri sendiri. you know, kat kmkn ni actually tempat yang saya betul betul faham dan cuba dapatkan tarbiyyah. dulu kat al-amin, tak ramai yang tahu, saya suka rebel, time tu tak matang, bertindak mengikut emosi memanjang. tarbiyyah itu mungkin sekadar di sekolah sahaja bukan terkena timbus membasahi hati.

bila dah tercampak jauh, baru tahu kehilangan bi'ah solehah dan suasana tarbiyyah tu. ada satu detik tu, saya dapat rasa, saya jauh sangat. jauuuh jauh sejauh jauhnyaaa~ jauh sangat dariNya. bacaan al-mulk saya wujudkan alasan taknak pergi. bimbingan puteri? haruslah tidur. satu hari, Allah ketuk pintu hati aku, terus hati ni betul betul rindu Dia. lagi lagi time tu terkena panahan comment dari brother kat kmkn ni yang menusuk tembus dari depan sampai belakang.

tersedar. 11 tahun athirah. lama tu kau hidup dalam dunia tarbiyyah. kenapa tak grab ? kenapa tak ada bezanya dengan mereka yang tidak hidup dalam dunia tarbiyyah ? kadang ada dikalangan mereka yang lebih faham erti tarbiyyah dari aku. tak ke pelik tu ? jeng jeng !

selama ni aku tidur ke pengsan ke ape ke sekarang ni aku harus bangkit, cari balik identiti aku. ilmu sedikit sebanyak dah ada, penghayatan perlu lebih dan amalan perlu ditingkatkan. biah dekat kmkn ni pon, alhamdulillah walau tak seperti al-amin, indahnya islam aku dapat rasa :)

kmkn ni adalah salah satu bumi tarbiyyah aku. mungkin sebab itu sebak dia lebih sikit bila fikir dah nak tinggalkan tempat ni. adoi. sebak itu aku tukar menjadi risau dan takut. saya tertanya, bila kmkn habis ;

mampukah aku nak terus istiqamah ?
ya Allah yang membolak balikkan hati hambaMu, bantu aku untuk terus istiqamah. satu malam tu aku tidur lambat fikir benda ni, kepala dah letak, selimut dah hampar, mata tak tutup, tenung je siling, tembus sampai ke bulan hah over terbayang suasana masa hadapan.

***
panjang sangat ni ahaha, balik kepada situasi bilik bacaan.


didi cakap satu ayat ni, mesej dari tipah katanya ;
" Jika engkau merasa bahawa segala di sekitarmu gelap dan pekat,
tidakkah dirimu curiga bahawa engkaulah yang dikirim Allah untuk menjadi cahaya bagi mereka? Berhentilah mengeluhkan kegelapan itu, sebab sinarmulah yang sedang mereka nantikan, maka berkilaulah ! "

aku tahu aku biasa. tak mampu nak bagi kesan apa apa pun apatah lagi membawa sinar. tapi aku akan cuba perbaiki diri keranaNya. dengan berhikmah, banyak pengajaran yang Allah tunjuk kat aku sepanjang di kmkn, bila lagi nak grab athirah ? :) slow and steady tapi saya cuba kuatkan diri yay.

mungkin sinar cahaya aku tidaklah akan menjadi seterang mana. tapi saya akan cuba untuk mencari sinar terutamanya untuk diri aku dahulu insyaAllah :) saya akan cuba kuatkan diri untuk mewarnai bukan diwarnai. kalau diwarnai dengan cantik dan diberkatiNya takpela kan :) sekarang ni, future, kita memang taktahu, yang kita mampu doa yang terbaik :)


"Allah tidak membebani hambaNya lebih dari apa yang beliau mampu"


semoga mampu menjadi cahaya dalam gelap <3
ibadahku hanya keranaMu, walau di mana aku berada,
kau thabat hati aku dijalanMu ya Allah.

ikhlas keranaMu aku cuba, redhaMu ingin ku miliki :)



seronok,
kongsi cerita dengan kakAin.
syukran ukhti.

2 comments:

Anonymous said...

may Allah be with u with every single steps u take,
may Allah guide u in every decision u make,
may Allah hear u when u call,
may u always be in His loving hand.

tabahlah wahai kesayangan Allah walau dlm apa jua yg kamu bakal lalui...:)

p/s:i miss u.tc ok! ^^

ateyyyy said...

terima kasih banyak wani :)

Allah dah tunjuk something for me today, berkat doa insyaAllah. hee.

miss you too dear.