Wednesday, March 28

ter-rindu dia

assalamualaikum warahmatullah :)

sihat ? serius sihat ? mari kita bersyukur :)

***


saya tidur memang selalunya bermimpi. iyelah, ada orang tidur tak ada mimpi langsung, ada orang tidur mimpi bersiri. macam macam, dan seharusnya kita tahu mimpi ini mainan tidur, bukan realiti. (tidak tertakluk kepada sesetengah mimpi :)

baru-baru ni, di malam yang indah lagi sejuk, saya buat apa yang kebanyakan manusia lain buat, tidur. dan seperti jangkaan anda, saya bermimpi. betapa vivid mimpi itu saya masih ingat setiap perkara yang berlaku dan semestinya orang yang berada di dalamnya. jangan risau, alhamdulillah mimpi itu masih terpelihara :)

orang kata ; kalau kita mimpi orang tu, orang tu yang rindu kita.

masa bangun bangun tu kepala macam berbunga jugak teringat-ingat. lagi la seronok sebab kalau diikutkan teori orang lama, orang itu yang rindu kita kan. secara tak sedar, saya ter-rindu dia.

hati ni tiba tiba seakan ada perasaan pada dia. sedangkan hanya sekadar mimpi, bukannya realiti. betapa aku rindu dia, kadang kadang niat melakukan satu perkara itu jadi tidak betul, bukan kerana Allah tetapi dia. astaghfirullah. hebatnya permainan tidur ini.

tapi alhamdulillah tadi aku tersedar, lagi lagi lepas baca Aku Terima Nikahnya yang menyatakan tentang perempuan selalu bertindak mengikut emosi bukan logik. ouch ketuk dahi.

terbawa-bawa sangat dengan benda yang it's not even real sampaikan menaruh harapan dan perasaan, sedangkan si dia doesn't even know about that dream. ntah pahape, lawak pun ade. memang belum dewasa lagi ni.


bila tersedar tu, Allah buktikan,
aku rindu dia itu, habuan ? tiada.

tapi bila aku rindu untuk dekat denganNya,
betulkan niat untuk setiap satu perkara, ia mula jadi indah kembali :)


memang aku ter-rindu si dia tapi aku percaya itu hanya gurauan hati. aku juga bukanlah jenis yang berahsia bila tiba bab meminati atau adore sesiapa, tapi sejujurnya, itu hanya tindakan untuk menghilangkan kebosanan. dalam hati ini tiada lagi yang bertakhta. urmm, tapi mungkin si muazzin telah berjaya ? :)


apapun, saya berdoa agar tautkan hati aku dengan si dia yang sebenar kerana cinta kami kepada Allah <3


saya akan sentiasa cuba mengelak permainan cinta di zaman muda ini.
banyak lagi perkara yang perlu difikirkan, diselesaikan.
insyaAllah !








ya Allah aku ingin mencintai-Mu setulusnya sebenar benar aku cinta
dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku <3

2 comments:

Anon said...

Teori orang tua tentang jika kita mimpi orang tu bermaksud orang tu mimpi kita adalah kurang benar. Hal ini kerana kita akan mimpi sesuatu yang kita selalu fikirkan dalam kata lain kalau mimpi seseorang bermakna kita lah yang rindu orang itu bukanlah orang itu yang merindui kita. Sebagai contoh, saya mimpi berjumpa dengan artis korea, adakah kerana artis itu merindui saya? Mungkin 'ya' eh? Perasan. Haha gurau. Sudah pasti kerana saya rindu kan dia bukan. Hmm tu je. Just dropping by to say 'hi' to you actually ;)
ps: teka siapa ni :D

ateyyyy said...

wahaha. terima kasih. nama pun teori orang tua memanglah kurang benar ahaks ;)

siapa ? hmm. takboleh nakteka woohoo :D