Sunday, March 25

houseman nanti how ?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

diharap semua sentiasa berada didalam limpahan keampunan dan berkat dariNya

jadinya, dua, tiga, empat hari saya sibuk. lagi sekali mengada buat ayat mpp.
ihi, saya sibuk dengan satu event besar yang berlangsung di kolej sejak khamis lepas.

KASUSMA '12
karnival sukan staf mara 2012


karnival sukan ? haruslah saya bersemangat. ihi buat ayat athlete negara pulak.

***

petang ahad ke isnin maaf terlupa, kami pelajar SPC ada perjumpaan pemilihan ketua ajk. oh, memandang KMKN adalah tuan rumah untuk tahun ini, haruslah kami pelajar kmkn yang menjadi sukarelawan.

masa ni, buku Sinergi tak khatam lagi, jadi sepanjang taklimat tu, saya tak berapa fokus *maaf. tak berapa fokus ye bukan sepenuhnya tidak fokus ehe.

akhirnya saya menawarkan diri untuk menjadi ketua teknikal bowling. dah semua orang duk pass nama ni nama tu. saya pun bosan lalu angkat tangan sambil mengikhlas hati :)

***

untuk bowling, tiada perkara besar pun berlaku cuma biasalah, ada pihak pihak yang rasakan kami sebagai tuan rumah akan melakukan pendustaan dari segi pemarkahan ape semua. aish normal sangat.

yang saya nak cerita sebenarnya mengenai BOLA TAMPAR :)

sukarelawan bowling kena tolong bola tampar since we're lack of volunteers.
.
it's been a great journey with all the other volunteers.
walaupun bertambah pengalaman kena marah.
mula mula memang sedih kena marah, tapi bila sampai bilik dah mengantuk nak tertidur tu, fikir balik semua yang berlaku kat court tu, banyak pengajarannya.

here it goes.

firstly,
sebagai linesman,
saya seharusnya fokus.

ada lipan lalu dekat dengan kaki, yaAllah haruslah saya berdebar dahla besar lipan
itu. reaction normal, takut and try to kill that lipan. masa berusaha nak bunuh, dengar orang panggil, "linesman..linesman.." ahh sudah.

angkat angkat kepala semua orang kat court B tengah tengok dengan ekspresi menanti jawapan.

dah taktahu ape ape, dengan selamba sebut "IN". ya Allah, Allah je tahu betapa berdebar time tu. nasib baik time tu players KMK okay lagi takde marah marah. dalam hati rasa nak menangis
;/ but since the ball was obviously out, referee used his power to say it was out.

secondly,
sebagai tukang jaga scoreboard,
harus tabah dengan pandangan negatif setiap pihak.

setiap pertukaran markah kami akan refer scorer ( orang yang jaga scoresheet tu ) but then, orang awam nampak yang berubah hanyalah scoreboard, since it's big and bright.

setiap pergerakan di awasi dan setiap benda yang mereka rasa salah, memang dipertikaikan terus tanpa segan silu sabor jela.

thirdly,
professionalism

masa jaga scoreboard tu jugak, waktu tu semi final.
KM Kulim VS. KM Kuala Nerang


masa first 2 set tu haish memang jadi penyokong tegar sambil jaga scoreboard. sambil ubah markah sambil sokong team kmkn yang hebat woohoo.

lagilah players + penyokong KMK sentiasa nak timbulkan kontroversi. habis 2nd set, referee tua yang duduk atas tangga tinggi tu datang terus sound, mana boleh sokong sambil jadi pegawai pertandingan or something like that. memang ramai lagi la kat sekeliling waktu tu, aduh sakit, terima je dengan senyuman di bibir.

****

experience yang saya dapat sepanjang jadi sukarelawan untuk bola tampar memang mahal.
okay, tajuk macam takde kaitan eh ? ahaks padahal ade.

tiga tiga kesalahan tu sangat boleh dikaitkan dengan kehidupan houseman nanti.

1st - tak fokus.
haa, kalau tak fokus time HO nanti, faham faham je la Athirah. kerja banyak,
kerja berat, tak fokus, macamana nak jalan kerja kan ?

2nd - pertikaian orang terhadap kerja kita.
okay, kasusma ni, cikgu cikgu dan staf mara yang terlibat, itu pon banyak perangai yang boleh kami perhatikan. dan secerewet dan segarang mana pun mereka, setiap seorang dari kami masih mampu menghadapi pertikaian dan apa saja yang mereka katakan pada kita, lebih lebih lagi mereka lebih tua.


nanti time HO, aku sentiasa berdoa untuk dapat supervisor yang baik hati lagi memahami. tapi tak semestinya itu yang aku akan dapat, mungkin yang bengis atau yang garang macam mak tiri, nauzubillah, aku dah ada pengalaman perasaan berada di situasi itu. walau kita cuba buat
yang sebaiknya, mereka akan terus pertikaikan.

kita yang harus berdiri kukuh dengan pendirian kita. dan sentiasa buktikan kita dah buat dan akan buat yang terbaik :)


3rd - bersikap professional
bila perlu. ini melibatkan emosi sangat sangat. kena kental simpan perasaan tak boleh paparkan. lebih lebih lagi bila kena tegur depan khalayak ramai.

banyak cerita dah didengari kalau dapat supervisor time HO yang garang, kat tengah tengah jalan kena tengking ape semua. huish. aku walaupun ref tu cakap dengan nada perlahan pon, dalam hati dah macam nak sebak. at least pakcik, bawaklah aku pergi sudut mane mane ke tegur, ini depan semua orang jugak. sabor je la.

****


memang semua ni bila saya fikir balik, memang bila masa ia berlaku, perit, malu, sedih.
tapi bila fikir apa pengalaman ini boleh bawa pada aku, aku bersyukur :)

Allah memang is the best planner <3

besides that, aku seronok luang masa dengan team volunteer volley, semua happening.

it was a beautiful memory :')




ini team volleyball saya, kitorang turun setiap petang kot woohoo :)

ini pulak Nik Roslina. dia coach saya. dari taktahu apa apa dan takut volley, alhamdulillah sekarang pandai :)


THANK YOU ALLAH
for the the great moment I had here in kmkn
when a lot of my friends went home to meet their families.

:)

No comments: