Friday, March 23

kalau bukan aku, siapa ?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

dah lama tak post, tangan ni teringin je nak taip tapi masa tak mengizinkan. sibuk je kebelakangan ni, sampaikan muka dah macam muka mpp dah kadang kadang tu sebab sibuk sangat *ehem over ;D

baiklah kawan kawan. baru baru ini dunia digemparkan dengan video Kony 2012. tak ada lah gempaq sangat pon. dan kat sini bukan saya nak simpulkan pasal video itu, ceh ayat sama dengan AnwarHadi, tapi nak quote-kan ayat yang berbunyi ;


"who are you to change the world ?"






"but,"
"who are you NOT TO ?"


sentap makngah. kata kata itu dikeluarkan oleh seorang non-muslim,
lelaki yang buat video tu. saya rasa ayat itu sangat mendalam.

perubahan yang saya fikirkan sekarang bukannya perubahan dari segi naik dan turunnya berat badan, putih dan licinnya kulit muka dan bukanlah perubahan sedunia terus tetapi perubahan tahap keimanan kita.

ada seorang pemimpin di Palestin pabila ditanya, bagaimana saudara Muslim yang lain boleh bantu mereka di Palestin ?

beliau menjawab, sekali dari sumbangan yang diberikan,
tingkatkanlah keimanan muslimin di tempatmu.

bila berbicara soal keimanan, haruslah bukan saya orang yang sepatutnya berbicara. eh, mana boleh macam tu. saya memang tidak sempurna, oh jauh lagi. tapi saya terdetik dengan kata kata itu. dan oleh itu saya nak share :)

untuk menulis ayat ayat ini, tidak mudah bagi saya. saya orang yang baru sedar akan sinar cahaya. masih mencari tapak, memperkukuhkan dasar di samping mengindahkan seluruh mahligai. tapi insyaAllah ini juga satu peringatan untuk saya <3

current issue ; syria.
dan before before ni ; palestine. iraq. afghanistan.

aku update sikit sikit pasal mereka. hati sayu bila tengok video, lihat penderitaan mereka, lihat tangisan anak anak kecil di sana, ibu-ibu yang rindukan anak-anak mereka. tapi sampai situ je. done. time tu kata nak boikot. tapi ? faham faham la nafsu manusia.

video kony tu punya konsep senang, share kat facebook bagi ramai tahu, dah dikira membantu. aku dengan pantasnya share. tapi bila aku fikir balik ya Allah, memang seharusnya aku bantu mereka.

tapi kenapa umat Islam, saudara seIslam aku sendiri aku tak buat tindakan apa apa pun.
ya Allah, hati aku, iman aku, apa yang terjadi ni ?

haruskah aku biar keadaan terus macam ini ? bukan. sanggupkah aku ? di saat aku bersuka ria, menjamu selera, mereka merana kelaparan berada dalam ketakutan.

aku selalu ingatkan diri aku, perubahan jangan mendadak.
biar sikit sikit insyaAllah lebih mudah untuk istiqamah dan perbaik dari semasa ke semasa.

jadi :)

THE NEXT STEP ;

1. NO MORE McD


2. NO MORE MAKAN/MINUM BERDIRI


yang kedua tu ade kaitan ke ? for me yes. itu akhlak dan adab. kalau itu pun saya fail. how can I proceed and face even greater problems and temptations ?

oh and believe me, I know dua dua decision ni is not going to be easy. lagi lagi bila kebulur. adoi.
di situlah Allah nak uji tahap keimanan kita.

"wahai Athirah cukup tak?" dan sampai bila nak jawab "tak" ?

lagipun makanan yang kita makan kan seharusnya halalan toyyiba. kalau setakat halal je macamana ? insyaAllah product yang halal dan toyyiba ada :)

bila hidup kita dijalankan keranaNya, all the other things will come tanpa kita sangka insyaAllah.

I know I can do this, because of IMAN.


baiklah. macam obvious baru habis Sinergi. saya nak cakap saya dah jatuh cinta dengan penulisan Hilal Asyraf. sebelum ni, saya fikirkan semua novel melayu itu bosan, mengantuk dan hanya sekadar cerita cinta biasa. novel Inggeris pula sungguh menyeronokkan. bwahaha.


tapi satu hari tu, hati terdetik nak baca Sinergi.
cari kat alor setar , tak jumpa -..-
call auni, minta pinjam <3


it's been a great journey sepanjang tempoh saya baca Sinergi tu, it's like I know the people in the novel. and how much I hope the message they bring in the novel, can one day be true in real life :)

'keimanan adalah paksi'

betapa Hilal cuba tunjuk, bila semua perkara dimulakan kerana iman, kerana Allah, in the end, everything will be just amazingly, fine :') Allah itu Adil <3

dan aku berharap aku mampu pamerkan dalam amalan harian ku insyaAllah :)


in the nutshell, kalau nak kaitkan dengan tajuk, hmm. kalau bukan kita yang berubah, siapa ? kita nak perubahan itu berlaku, tapi kita sendiri tak berubah dan sentiasa mengharapkan orang lain.

ape kes ? insyaAllah masing masing ada tanggungjawab masing masing.



solatku ibadahku hidupku matiku adalah keranaMu <3










p/s ; saya rindu al-amin
tahap maxima.

baru teringatkan ggbs,
wa, ikoi, khairi text.

sahabat yang saya cinta
insyaAllah keranaNya,
syukran for everything.
friends till Jannah <3

2 comments: