Tuesday, March 13

Allah answers

notes from the hottest girl -..-


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

alhamdulillah walaupun masih lagi batuk selsema,
saya masih mampu bergerak dan menimba ilmu :)

so today, nak cerita sikit benda benda menarik berlaku kat blok asrama ;)

***

cerita bermula masa kami nak quiz matematik semester lepas. saya dan rumet, Nadia, kitorang target dua dua kena score 100%, kalau dapat ayah Nadia nak kasi hadiah :D so we tried our best and yeah alhamdulillah both of us nailed it. we got 100%. I received a few (tak ingat dah berapa :P) coklat Ferrero Rocher.

then, bila nak dekat final, again kitorang buat perjanjian ahaks. siapa dapat 4.00, dapat hadiah yang dia nak. and for me, I requested baju ! :D

masa menjawab tu, tak ada terdetik langsung pun dalam minda pasal hadiah kalau dapat 4.00. tapi fikirkan ibu abah kat rumah, masa depan aku, anak-anak ku *hah tibe ;D* jadinya aku cuba sedaya upaya. alhamdulillah, dengan izinNya, saya berjaya mendapat 4.00 dalam final semester 1.

dah lama dah semester 1 habis. aku pun dah tak berapa ingat dah pasal baju tu. cuma teringat kalau terbaca nadia tulis kat whiteboard meja dia "baju atey".

macam yang diceritakan sedikit dalam post sebelum ni, saya pergi outing bersama classmates. dan salah satu destinasinya adalah Pekan Rabu. amirah noordin and I searched for Jtai and nadia, ain and ellisa went their own way.

fyi, Pekan Rabu tu bukanlah satu pekan yang besar, dia macam shopping complex yang banyak dengan kedai kedai kecik jual baju and stuffs and dia takde air-cond, angin natural :D

tiba tiba nadia call suruh pegi tengok baju dia nak beli untuk kakak dia, katanya saiz kakak dia macam saiz saya. mula mula tu macam erk, bukan kakak dia kurus ke -..- tak kisahlah. sekali baju yang die tengah try tu, kureng sikitla, memang kena komen habis, kakak kedai tu senyap je terima je segala kritikan. *maaf kak :)

hah. si ain kecik comel tupun duk tanye, "kalau atey, atey pakai tak baju ni?" well biasalah kan ayat tu nak tanya pendapat orang. tak terdetik langsung lagi time tu. jalan pegi kedai lain, nadia nampak satu jubah putih ni, cantik. saya tak masuk sebab saya ngan amirah noordin teruskan perjalanan cari hadiah. masa ni memang penat sangat ya Allah.

dah selesai, kitorang jumpa balik kat surau. nadia dapat baju dia nak beli untuk kakak dia. kitorang dapat hadiah kitorang.

***

semalam. tengah dengan ayunya lipat baju, masukkkan dalam loker. ain ngan ellisa duk tercegat dekat pintu sengih sengih. tak pasal je dua budak comel ni. tiba tiba diorang kasi satu bungkusan. ada satu nota. tengok tulisan pun dah tahu siapa kasi.

terkejut, tergamam, taktahu nak react macamana wey. haha.

so diorang suruh pergi panggil nadia kat bilik rai. dia ni pun kalau terkejut memang menjerit macam ape. terjaga fatin and amirah azam. adoi.

hadiah tu, saya expect baju 4flat saya. tshirt muslimah ke ape ke. langsung tak terfikir jubah yang dia beli kat pekan rabu tu. bukak bukak je, waaaaaaaaah ! tidaaaaaaak ! kata untuk kakaaaak !

diorang suruh try. saya pun try. sekali tersangkut, masuk bilik aliah, mintak aliah tolong. tiba tiba aliah cakap, "ni petunjuk la ni, untuk awak buat keputusan tu" awal awal blur :| setelah diberi kata kuncinya, faham dan sebak.

kat kuncinya apa ? berkenaan masa depan ku, di rcmp kelak. sama ada harus aku pilih untuk hidup bersama mereka yang akan memelihara atau aku yang harus memelihara ?

ya Allah. aku minta bantuan dari Mu berkenaan hal itu endah tak endah. tapi jawapan yang diberi, diberikan dengan cara yang begitu indah :) bercampur dengan terharunya dapat jubah cantik lagi mahal, bercucuran jugak air mata mahal ni. adeh, tak hensem betul -..-

masuk bilik. borak sakan dengan nadia, ain, ellisa, ya, farah, fairuz. diorang ni bakal housemates saya insyaAllah :) oh tidak lupa amirah azam yang sudah tidur. sembang sampai 12.30, kelas bio dengan nadia memang tak jadi la kan huahua.

saya bersyukur dapat rakan macam mereka kat kmkn. dan mereka juga yang akan bersama saya sehingga saya berjaya menjadi doktor insyaAllah.

saya menangis sebab saya takut. betul betul takut untuk dekat dengan situasi yang saya pernah berada sangat jauh dariNya. betapa aku mengharapkan keadaan itu tidak akan berulang.

tapi, macam aliah kata,
sampai bila harus aku tinggal dalam zon selesa ?
bagaimana mereka ?
haruskah aku tinggalkan mereka begitu sahaja ?
siapa yang akan memastikan mereka semakin dekat bukan jauh ?


nilah jubah tu :)

TERIMA KASIH NUR NADIA IZATI BT SHARIF <3
live in kmkn had been easier with you around


what happens next. Allah knows best.
aku sebagai hambaNya akan berdoa untuk diberi kekuatan untuk menempuh hari esok dengan jayanya :)

No comments: