Monday, June 13

sentap!

assalamualaikum w.b.t.

maaf blog. saya terkena writer's block lagi. weee.

takperlu cerita lebih panjang, saya kini sedang belajar di UiTM Puncak Alam, alhamdulillah dekat dengan rumah woohooo. mula mula teruja lebih sebab ramai bonar dapat kat sini, tapi rezeki mereka di tempat lain. macam ehh tinggal 6. dan sekarang, 4 !

registration day, plan dengan wardah konvoi supaya dapat satu bilik. masa on the way tu tiduuuur je. nak simpan tenaga untuk mds kan. huaah. okay pap pap, kami dapat satu bilik. yay !

petang tu, saje je lengah lengah masa, sebab taknak ibu abah balik. saya ni memang jenis homesick. serius. homesick 24 jam. macam kalau ada peluang nak balik tu memang rebut la kan. ha gituu. sedihlah, tapi tak nangis. malam nak tidur baru nangis XD
teringat masa masuk almanar ;P

orentasi kami = minggu destini siswa. taknak cerita panjang, dah sebulan berlalu, tak ingat. cuma, waktu tu dapat saksikan dunia luar memang lain. cehh macam hidup bawah tanah ke ape je kan sebelum ni, ahaks. hmm, hiburan mereka, perbualan mereka, pemikiran mereka memang taksama dengan kita. ada masanya memang rasa nak nangis sebab tak tahan, tapi ini baru sikit, takkan nak jadi selemah tu kan ?

***********

sekarang ni, kami dah mula aktif alhamdulillah :) usrah untuk diikuti dan dipegang masing masing dah dapat. sekarang tinggal untuk memulakannya. jujur kata, memang berdebar tahap apa la kan. agagaga. masih banyak yang perlu saya pelajari. tapi, masanya sudah tiba. saya akan belajar dan cuba untuk buat yang terbaik insyaAllah.


p/s 1 ; rindu suasana belajar dalam kelas.
rindu cikgu cikgu al-amin yang hebat.
rindu kawan kawan roses.
rindu sekolah. huwaaa.

p/s 2 ; maaf ayat macam pelik,
dah lama takmenulis. heee.

p/s 3 ; sorry blog buruk.
ada masa saya decorate balik ;)

5 comments:

anaknomborempat said...

best2..sbnrnya kat sini bru bermula cabaran sebgai penggerak..b4 ni akt al amin jadi pengikut je an..Alhamdulillah ni la proses kehidupan dan tarbiyah..chaiyok..

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

Alhamdulillah,
GO GO jadi penggerak!

rindu nt :(

ateyyyy said...

cikgu and huda ;

huuu penggerak.
seram bobonar dengar perkataan tu, tapi alhamdulillah,
wawa,sae,ain ade. kakyambee pon.
seniors lain pun okay :)
insyaAllah, ana akan cuba yang terbaik. heeee.

doakan ana~ :)

anaknomborempat said...

insyaALLAH..insyaALLAH kite rabu depan..standby kumpul cite byk2..jgn biler jumpe cg..senyap jer.. :p

ateyyyy said...

kenapa senyap ? huahuahua.
banyaaaaak sangat nak cerita ni :D
eiii seronoknyaaa~